Bismillah walhamdulillah.
Kita sambut Syawal dengan riang gembira, sebab (sepatutnya) setelah menempuh Ramadan, kita telah kembali kepada fitrah - sebab tu Hari Raya Aidilfitri. Fitrah sebagai manusia yang lemah tiada daya, fitrah sebagai hamba yang tidak punya apa-apa, fitrah mengharap kepada belas ihsan & kasih sayang, fitrah dalam mentaati Allah.
Malangnya, belumpun tetamu sedia ada melangkah pergi, kita teruja untuk menanti tetamu lain (yang belum tentu datang) menggantikan. Terleka yang tetamu yang masih ada, tidak dilayan sempurna - sedangkan kehadirannya menjanjikan ribuan kebaikan.
Bermaafan sesama kita di Aidilfitri, atas asas bahawa yang menjadi terhutang dengan Allah telahpun sedia dilunaskan sepanjang tempoh madrasah tarbiyah Ramadan.
Semoga kebiasaan yang terbentuk dalam fasa Ramadan, bangun malam, ngaji quran, lazimi masjid, sedekah jariah dll tetap tidak ditinggalkan - walaupun bukan atas nama Ramadan.
Kerana sesungguhnya, kitalah hamba kepada Rabbani bukanlah hamba Ramadani.
Kerana itu jawapan kepada Ramadan Kareem ialah Allahu Akram. Agar kita tidak goyah bahawa kemuliaan yang ada pada Ramadan tidak sedikit pun menggugah kemuliaan Allah.
Semoga menjadi peringatan dan memberikan manfaat bersama.
Selamat Hari Raya,
Semoga amal ibadah yang kita laksana sambil lewa, tanpa khusyuk, tetap diterima Allah.
Mohon maaf salah silap.
Kullu am wa antum bil khair.
Izzat Ghazali.
No comments:
Post a Comment