kadangkala ada kata yang tak terucap dek lidah. titis tangis yang tertahan di empangan mata. gelora marah yang terbenam dalam dada. resah gelisah yang terenap di sudut jiwa. rasa kesyukuran yang tak terdefinisi dek bahasa. bahagia yang bertandang tanpa pergi dari hati. wadah pengkongsian utk insan bergelar teman. serangkai kisah hidup utk sebuah perkongsian. medan utk tangan menari. yang dilahirkan tuntas di hati. dari sebatas akal kurniaan Illahi. demi mengamit cintaMu Ya Rabbi .
insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)
Monday, May 31, 2010
sy ni bukan baik sgt pn
dgn nama ALLAH yg Maha Perkasa..
sy rasa geram sangat.. geram, geram dan geram!! msti korg tahu psl Israel serang kapal bantuan utk Palestin kn? recent issue kot, geram kt Israel?? haha, buat apa saya nk geram kt diorang?? Allah da awal2 pesan dlm Quran, Yahudi ni kaum yg dilaknat, diorang bajet diorang bangsa paling best kt bumi ni, banyak nabi ALLAH turunkan dari kalangan diorang, n bila kekasih ALLAH, nabi kita, Muhammad SAW ALLAH turunkan dari Bani Quraisy, diorang rasa bengang r.. n sy xgeram ngn diorang, da mmg diorang jahat, nak kata apa lagi kn? sama r macam kita lempang laju2 org pekak sbb xdgar bunyi loceng r, x ke haru??
sy online, baca blog2,n update FB ngn info2 palestin (kata FB sbg medan dakwah ;p), cuba utk terap betapa kita WAJIB mengetahui dan seterusnya bertindak sbg seorang jundullah, tp sy dikejutkn dgn chatbox sy, adlh sorg hambaALLAH nih, (kne r rahsiakn kn? bru r suspen ;p), dy sembang2 r ngn sy, n all of sudden, dy ckp, ko blaja r dlu Eee, xsmp masa ag ko nk bwt camni.. sy tnya r, bwt ap? tulis status kt FB cm2, letak post picta aminulrashid, UKM4, palestin.. sy mmg da msuk darah dlm kpala (tp msih kekalkn cute ;p) pn mgamuk r, sy ckp
"ak bwt cmni bkn sja2 r shbt, ak bwt sbb ni mdan juang ak, ni lh jwpan ak kt Allah 6t, sbb klu shbt nk taw, ttiap mnd kte bwt ni, Allah akn tnya, even besar zarah kn? n dpan Allah 6t, insyaAllah, ak kn ckp, ni usaha ak yaAllah, utk bwt 'sesuatu' utk daulatkn syiar-Mu, n even aku bwt cmni pn, xberenti gak Israel 2 serang Palestin, xplah, 2 jawapan ak.. sma cm brug kecil yg usaha nk padamkn api yg bakar Ibrahim, walaupun xluak pun api 2 bakar Ibrahim, tp burung 2 bwt derk j kn? sbb ble Allah tnya 6t, 2 jawapan dy.. sma cm ak..
dia diam.. agak lama.. n dy ckp.. "baek ko blajo dlu r Ee", aku takot, tgh2 ak blajo ni, umur aku xpnjag, n ak mati sblum ak smpt libatkn diri dlm mnd2 cmni, ap jwapan ak? ko taw k ble ak nk mati? klu ak jd mahasiswa yg tunggul, yg xamek taw pn mnd2 kliling ak, baeklh ak keje jd pakguard kt skolh adk ak, kte student kn? n kte taw byk mnd, apsl kedekut sgt nk kogc ngn masy yg xtaw?? myb dia bengang, lantak ko r Ee, kang masok penjara 6t, baru ko taw.. dy da blah dr chatbox 2, klux, aku rsa ak jwb cmni, bia r, ak xksh pn klu ak kne pnjara, myb smggu dua, aku kn ngis, mnysal, tingat kt fmily, mber2, tp lma2, insyaAllah, uzlah 2 akn tingkatn ketahanan jiwa ak, tarbiah tak langsung utk kuatkn hati ak..
n lama ak termangu pas2, myb mncari2, kt mna slh ak lg, ak bkn nk jd bgos sgt, sbb mmg ak bkn bgos sgt pn, ak xckp pn ak baek, jhat ak ni, *seyez*, tp ye ke org jahat cm ak xleh bg nasihat?? Ali ibn Abu Talib ckp, tgok ap yg dickp, bkn sape yg ckp.. xkn ncik shbt2 smua nk tggu malaikat trun dr langit dlu pesan, bru nk ikot? n ak sgt mngaku, aku bukn seorang daei yg baek, utk kawn2 smua.. maafkan lh aku, sbb aku pn xsmpurna jgk, sma cm korg~ n igtlh, izzatghazali ni bknlh contoh yg bgos utk anda sekalian, tp sma2 lh kita brubah dmi kebaekn brsama2..
*i fell like crying* byk ag mnd ak nk tulis, tp ak xnk keyboard ak rosak sbb mata ak da stat bocor, so, maafknlh aku sbb ak bkn baek sgt pn..
Sunday, May 30, 2010
saya ni KULI j makcik ;p
”Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan”
*institut pemikiran nik aziz*
Friday, May 7, 2010
Human do mistake, and I’m human,
I am not too smart, to let the others fell what I feel,
Even I also cannot fell what others fell,
For every reasons they use,
I’m start to controlled n avoided to just being me,
But,
I don’t care how much will I suffered as long as they were happy
As long as it will make the thing done perfectly,
As long as my ‘lead’ responsibility can be completed,
As long as people don’t start to talk much until I can’t understand the noisy,
It’s better to me act as their wish,
Even it is a MISTAKE!!
Because,
I was taught that,
We learned from our mistake,
So let’s making mistake, n learn from that,
N I’m just don’t care
How much it will cost me
I really hope I can get something
Something that could make me a better me
Something that did not come n just goes away
Something that even unexpected but giving an impact
For me, my heart n my soul
I’m fighting not only for here, but also there,
Haha, pity you,
I’m sure that Allah will never let me alone along this way,
Guide me, teach me, educate me, and instruct me,
Always, always n always
N I’m sorry,
For the mistake I did,
I’ll never repeat it again. *I hope*
Monday, May 3, 2010
Hebatnya Negara Ini
Semalam, teman2 UII membawa kami menikmati sebuah movie yang sangat baik, secara jelas mampu untuk meneladani kami betapa hebatnya Indonesia berbanding Malaysia. Terkadang kita merasakan yang kita sangatlah bagus berbanding mereka, namun hakikat mengatakan sebaliknya. Selepas movie semalam, fikiran menjadi lebih terbuka, betapa Indonesia sangat mendepani Malaysia.
‘Alangkah Lucunya Negeri Ini (Indonesia)’. Tajuk yang cukup tidak-ada-pape kn? Silaplah kita, kalian. Dalam tajuk sesimple itupun, terselit sebuah mesej pembaharuan besar yang acapkali kita terlupa. Ceritanya biasa2 aja, namun ibrahnya cukup besar. Bayangkanlah, di akhir cerita, filem secara jelas mengutuk kerajaan yang menangkap penjual jalanan (pengasong) sedangkan termaktub secara jelas dalam undang2 Indonesia (yang juga ditunjukkan), anak2 yang tidak berdaya akan dijaga di bawah oleh Negara.
Sudah sedar atau masih mamai? Kerajaan kerapkali menfatwakan undang2 lunak, untuk kita tunduk (apabila merasakan hak kita terpelihara sedangkan tidak) dan mengangguk berhubung sesuatu. Dan, terbukti hari ini, apa yang diamalkan terkadang menyalahi apa yang termaktub. Hinggakan terpampang jelas dalam mahkamah, SILA GUNAKAN BAHASA KEBANGSAAN pun, hakim yang ‘bijak sangat’ (sampai dipanggil Yang Arif) itupun berkecek English. Pe cer?
Sangatlah dangkal prinsip orang bawahan tidak boleh membantah arahan pimpinan, sebagaimana dirintis seorang sahabat tidak lama dahulu. Kita semua terdampar di sebuah pulau, yang mana tidak sesuai diduduki, dan sebahagian daripada kita berada di atas gunung. Dialah mata kita, yang memberitahu akan adanya kapal2 lain di luar sana. Katanya, pimpinan berada di puncak tertinggi, dan kita berada di bawah gunung. Pandangan seorang pimpinan nyata lebih jauh (ini benar), dan disebabkan itu kita tidak boleh membantah apa yang diucap pimpinan.
Betul ke idea ni? Sangatlah bergantung kepada bagaiamana kalian berfikir. Bagi saya yang tidak tahu sangat ni, ia menjurus kepada kelahiran diktator, dan rakyat bawahan akan ditipu sehabisnya dan pimpinan akan mengorek hasil kebongokan rakyat. Ini bermakna, perlunya seorang pimpinan itu menyakinkan rakyatnya, hamparkan sebab musababnya terlebih dahulu, buat semua kami mengerti sebaiknya, sebelum membuat pilihan untuk kami, dan kami akan patuh.
Dan kesimpulannya, cerita yang saya tengok itu, rasanya tidak akan sampai ke Malaysia. Tindakan memerli kerajaan akan membawa padah kerana, kerajaan akan selalu betul bukan? (ye ke?);p
Hikayat Cerita Benar dr Jogja~
Abu dan Ali adalah kawan baik sejak daripada zaman sekolah lagi. Mereka selalu bersama apabila ke mana2. Berdasarkan sejarah semasa, Abu dan Ali dikatakan pernah mencuri moto di asrama dan membawa lari ke Bandar berhampiran kerana tidak betah duduk diam. Ironinya, motor tersebut dipulangkan semula dengan tangki minyak penuh.
Suatu sore yang damai, Abu mendapat makluman bahawa akan diadakan satu konsert besar2an oleh syarikat Masuk Air di Dataran Buai2 Utara. Yang menyebabkan Abu berminat utk menghadirinya ialah, konsert tersebut turut disertai dgn band2 besar di Negara mereka seperti , Getah, Kelabu, D’Massage, ND13 dan lain2 band yang tidak besar popul di tempat lain. Disebabkan Abu terlalu pingin memeluk penyanyi kegemarannya, Abu bertekad utk menghadiri upacara itu.
Dan seperti biasa Abu mengajak Ali, dan disebabkan kasihnya Ali kepada Abu, Ali ikut aja. Sebenarnya, malam itu juga perlawanan 2 team big three akan bertanding bagi merebut piala Raja Perlis, Sg Peladang FC akan berhadapan dgn kemARAU FC. Tapi disebabkan 2 sahabat td terlalu eager utk melihat band2 keren td mengalunkan muzik, apapun ngak bisa menghalang mereka.
Mlm yg dinanti pun tiba, badan mereka akan letih disebabkan baru pulang dari laut petang td, tp hajat memeluk Gering vokalis Ninja Band tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jadi, mereka dengan membaca doa naik kenderaan terus memacu motorsikal ke tapak konsert. Seperti biasa, motor2 memenuhi jalan ke Kota Marlboro, perlahan moto yang dipandu Ali membelah kegelapan malam.
Tanpa megirim sebarang short messaging system untuk datang bertandang, hujan mencurah2 membasahi bumi. Jalan mula menjadi licin. Banyak motosikal berhenti di tepi mengalah dgn hujan yang semakin menggila. Tapi Abu dan Ali cuba untuk bertahan. Apa namanya anak jantan kan? Baju keduanya sudah lencun, perjalanan masih jauh, hujan juga belum menunjukkan tanda mahu berhenti. Dan moto sudah keletihan dipacu. Abu dan Ali mengalah jua.
Di hentian rehat, mereka saling menguatkan semangat sesaman mereka, menceritakan kenikmatan berada di tengah hadirin memberikan sokongan moral kepada band2 yang sungguh glemer di tempat org itu. Marah betul mereka apabila rakyat negera asal mereka lebih menyokong pasukan bola luar England, Longlive-Kolam dan Cheer-laut, daripada band2 asal Negara mereka sendiri.
Serentak dengan hujan reda, mereka meneruskan pengembaraan dgn semangat bersisa yang kian membara. Sesampainya di tempat konsert, rasa xenak mula berputik, apabila polis tidak kelihatan mengawal tempat. Abu menyedapkan hati sendiri dengan memberitahu Ali mungkin di tempat kita je polis diperlukan ketika konsert. Ali mengangguk tanda setuju.
Tapi, kelihatan dari jauh, tidak ada cahaya yang menyuluh langit, tidak ada motor2 banyak mengisi parker jalan. Dan jelaslah sekarang, konsertnya habis malam sebelumnya. Diam. Baik Ali mahupun Abu, masing diam2. Tak terkata apa. Mungkin tidak ada perkataan sesuai utk menterjemahkan apa yang dirasa. Dan, jalan yang sama menjadi saksi mereka pulang ke rumah.
Disebutkan dlm hikayat, mereka ditertawakan dengan sungguh teruk sekali. Ada yang dikhabarkan meninggal kerana terlalu asyik mentertawakan Abu dan Ali. Moral daripada hikayat ini adalah, sesuatu yang dirancang lebih mudah tersasar daripada apa yang dirancang, sebaliknya, jika ia tidak dirancang, ia tidak akan lari, kerana ia tidak berada dlm rancangan.
Wallahua’lam~
Mekar Cinta di BuMi Jogja (1st Report)
Bismillah walhamdulillah..
Hari ini, genap 8hari, kami hidup di bumi Jogja, makna kata kami sudah saja menamatkan fasa pertama di Universitas Muhamadiyah Yogyakarta. Seminggu di bumi Jogja sebagai pemastautin. Semahuku, aku masih tidak punya kekuatan untuk kembali melakar sebuah ceritera tentang ini, lantaran programnya masih berjalan. Risau sekali seandainya, bunga bahasa karya hati ini bisa mencoret retak di jiwa2 mereka yang terasa. Sesungguhnya mata pena itu jauh lebih berbisa dari tajamnya mata pedang. Akulah penulis cerita hati, sayup hatiku menjerit berceloteh, laju jemari ini melagukan rentak tari di pentas keyboard. Namun, desakan teman tersayang, dan mungkin sahaja cerita panjang Mekar Cinta di Bumi Jogja ini sudah hilang serinya lantaran terlama lama di simpan. Atas indicator itu, aku memaksa hatiku kembali berbicara.
19 April 2010
Menghantar pemergian team ke Universitas Islam Indonesia dengan kelahiran perasaan bimbang. Akan sepertikah apakah keadaan di sana? Memegang taklifat sebagai ketua pasukan agak menggusarkan aku. Bagaimana mungkin aku berkemampuan mengawal aturan langkah sahabat2 kesayanganku di sana? Atas dasar apakah harus aku berpijak sebagai paksi menyamakan kami yang pastinya menjadi pemilik . rasa hati berbeda. Dari jauh aku sudah mengiyakan, semua kami akan memperlihatkan diri yang tak terlindung di sini. Dan persoalan siapa sebenarnya dia akan terungkai-tanpa-sedar. Apa yang tambah merisaukan, hubungan ini termeterai sekian lama, dan kami adalah mata rantai penerus kerjasama ini. Dan, terbeban di pundak kami lah, mesej pengutuhan 2 entiti kekal dipateri. Cerita kami, dari kantor fakultas Hukum UMY, akan terus ke Office AIKOL, dan semestinya, tidak melalui tapisan kami. Sementelah ramai tenaga pengajar di sini merupakan lulusan UIA, aku cukup bimbang cerita2 kurang enak hidup kami, lebih kuat kedengaran berbanding kebaikan yang tersembunyi. Persoalan yang sama berulang2 di kepala, mengakhiri tanggal 190410.
20 April 2010
Pagi yang sejuk, kabus yang tebal seakan2 melambai2 menghantar kami ke bumi Jogja. Jam 4 pagi. Beg2 yang berkepuk2 di punggah dimuatkan ke perut bas, lalu menderulah enjin membelah kedinginan menanti kehadiran matahari. Excited terlakar di wajah2 kami, namun cuaknya lebih membelah dada. Kesyukuran kutitipkan ke hadratNya, bila mana ketibaan kami tepat perhitungannya. Tidak ramai orang beratur di kaunter. Waktu untuk check-in masih bersisa. Namun, keriangan kami tidak lama, seorang anggota rombongan masih belum menampakkan diri. Kiriman ringkas dikirim berbalasan ternyata tidak membantu mempercepatkan proses memunculkan dirinya. Subuh kian dihalau syuruk, sementelah semua kami masih belum mempersembahkan diri kepada Illahi utk pagi ini lagi. YaAllah, desis hati memanjatkan doa janganlah terjadi hal2 tidak baik kepada kami. Sebahagian kami berangkat utk solat, dan yang lainnya akan menunggu dia tiba. Lantunan suara pengumuman dr kaunter acapkali kedengaran diselangselikan. Dan Alhamdulillah, dr jauh kelihatan tubuh kecil itu berlari2 mendapatkan kami. Seusai segala urusan di kaunter, kami bergegas ke terminal pelepasan, meninggalkan Subuh sendiri. Mungkin inilah saatnya, utk kami mempraktikkan solat dlm pesawat yg pernah dipelajari dahulu. Pesawat sudah hampir penuh tatkala kami melangkah masuk. Tidak sampai 3minit, pintu pesawat ditutup, kami disajikan dengan tarian-bagaiamana-menyelamatkan-diri oleh pramugari2 yang bisu ;p, dan pesawat pun berlepas, syahdu meninggalkan tanah air tercinta MALAYSIA..
Sinaran matahari terik menyambut kedatangan kami di bumi Jogja. Lapanagan terbang Adisucipto menjadi destinasi pertama, sebelum deretan tempat2 lain yang akan disinggahi nanti. Urusan yang kurasa leceh-tapi-perlu ini memakan masa yang bukan sedikit. Tambahan pula, beg Daniel rosak dibelasah kerakusan para pekerja airport. Keramahan sekumpulan panatia UMY datang menyantuni sedikit sebanyak melepaskan lelah tanggungan tubuh. Tatkala teman yang lain pergi meninggalkan aku dan Daniel terkulat2 di depan kaunter aduan dgn bas cute UMY, karenah birokrasi yang memenatkan tersembah di depan. Harus dipenuhi diphotostat diisi ditandatangani itu dan ini, barulah Daniel dapat memegang wang pampasan yang bukan-banyak-sangat pun.
Jalan yang disesaki dengan motor2 yang menyelit kiri kanan sangat menguji kehandalan si kendali mobil. Silap langkah, jalan akan diderma darah segar sang manusia. Irama hon berkumandang, membentuk nada indah untuk santapan kami pengunjung bumi Jogja ini. Papan tanda Universitas Muhammadiyah Yogyakarta ditangkap ekor mata dari jauh. Terus kami menyertai teman2 lain yang tiba lebih awal University Residence (UNIRES) yang akan menjadi rumah kami utk sebulan, bermula hari ini. Jauh dari hiruk pikuk kota, terbentang sawah padi luas di bahagian belakang. Kehangatan matahari mula dirasai makin membakar tubuh sejurus kami menyedari kipas angin bukan menjadi komponen penting utk keselesaan rakyat Jogja. Masuk ke bilik, dan agenda penting; menguji keempukan tilam pun bermula.
Malam yang indah. Bintang2 jelas kelihatan dari balkoni bilik, mungkin disebab kurangnya cahaya menyimbahi malam di Jogja. Aktiviti pertama, yang memang termaktub sebagai permulaan program; taaruf kami jalankan di sebuah restoran.Tapi yang tidak termaktub, segerombolan panatia (committee) datang membawa kami dengan motor. Mudah tapi tidak berada dalam anggaran awal kami. Lalu berkonvoilah kami beramai2. Ayam telewang turut sama menyampaikan salam perkenalan buat kami. Dan, assalamualaikum, kami memiliki saudara baru di sini. Dan esoknya, banyak lagi cerita cinta akan tercipta.