insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Monday, May 3, 2010

Hikayat Cerita Benar dr Jogja~

Abu dan Ali adalah kawan baik sejak daripada zaman sekolah lagi. Mereka selalu bersama apabila ke mana2. Berdasarkan sejarah semasa, Abu dan Ali dikatakan pernah mencuri moto di asrama dan membawa lari ke Bandar berhampiran kerana tidak betah duduk diam. Ironinya, motor tersebut dipulangkan semula dengan tangki minyak penuh.

Suatu sore yang damai, Abu mendapat makluman bahawa akan diadakan satu konsert besar2an oleh syarikat Masuk Air di Dataran Buai2 Utara. Yang menyebabkan Abu berminat utk menghadirinya ialah, konsert tersebut turut disertai dgn band2 besar di Negara mereka seperti , Getah, Kelabu, D’Massage, ND13 dan lain2 band yang tidak besar popul di tempat lain. Disebabkan Abu terlalu pingin memeluk penyanyi kegemarannya, Abu bertekad utk menghadiri upacara itu.

Dan seperti biasa Abu mengajak Ali, dan disebabkan kasihnya Ali kepada Abu, Ali ikut aja. Sebenarnya, malam itu juga perlawanan 2 team big three akan bertanding bagi merebut piala Raja Perlis, Sg Peladang FC akan berhadapan dgn kemARAU FC. Tapi disebabkan 2 sahabat td terlalu eager utk melihat band2 keren td mengalunkan muzik, apapun ngak bisa menghalang mereka.

Mlm yg dinanti pun tiba, badan mereka akan letih disebabkan baru pulang dari laut petang td, tp hajat memeluk Gering vokalis Ninja Band tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jadi, mereka dengan membaca doa naik kenderaan terus memacu motorsikal ke tapak konsert. Seperti biasa, motor2 memenuhi jalan ke Kota Marlboro, perlahan moto yang dipandu Ali membelah kegelapan malam.

Tanpa megirim sebarang short messaging system untuk datang bertandang, hujan mencurah2 membasahi bumi. Jalan mula menjadi licin. Banyak motosikal berhenti di tepi mengalah dgn hujan yang semakin menggila. Tapi Abu dan Ali cuba untuk bertahan. Apa namanya anak jantan kan? Baju keduanya sudah lencun, perjalanan masih jauh, hujan juga belum menunjukkan tanda mahu berhenti. Dan moto sudah keletihan dipacu. Abu dan Ali mengalah jua.

Di hentian rehat, mereka saling menguatkan semangat sesaman mereka, menceritakan kenikmatan berada di tengah hadirin memberikan sokongan moral kepada band2 yang sungguh glemer di tempat org itu. Marah betul mereka apabila rakyat negera asal mereka lebih menyokong pasukan bola luar England, Longlive-Kolam dan Cheer-laut, daripada band2 asal Negara mereka sendiri.

Serentak dengan hujan reda, mereka meneruskan pengembaraan dgn semangat bersisa yang kian membara. Sesampainya di tempat konsert, rasa xenak mula berputik, apabila polis tidak kelihatan mengawal tempat. Abu menyedapkan hati sendiri dengan memberitahu Ali mungkin di tempat kita je polis diperlukan ketika konsert. Ali mengangguk tanda setuju.

Tapi, kelihatan dari jauh, tidak ada cahaya yang menyuluh langit, tidak ada motor2 banyak mengisi parker jalan. Dan jelaslah sekarang, konsertnya habis malam sebelumnya. Diam. Baik Ali mahupun Abu, masing diam2. Tak terkata apa. Mungkin tidak ada perkataan sesuai utk menterjemahkan apa yang dirasa. Dan, jalan yang sama menjadi saksi mereka pulang ke rumah.

Disebutkan dlm hikayat, mereka ditertawakan dengan sungguh teruk sekali. Ada yang dikhabarkan meninggal kerana terlalu asyik mentertawakan Abu dan Ali. Moral daripada hikayat ini adalah, sesuatu yang dirancang lebih mudah tersasar daripada apa yang dirancang, sebaliknya, jika ia tidak dirancang, ia tidak akan lari, kerana ia tidak berada dlm rancangan.

Wallahua’lam~

1 comment:

daniel yusof said...

wa ha... aku tak gelak pon ~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...