Bismillah walhamdulillah.
Cuti sudah berakhir. Dan bibit2 perpisahan mula menjadi nyata. Sorak sorai teratak dari ini mula terhenti, kembali menjadi sunyi. Sepi dengan gelak ketawa, sepi daripada esak tangis. Dan satu tempoh masa akan dijalani sebelum teratak ini kembali terisi. Tanpa menolak ketentuan takdir, penantian untuk kembali sama2 berkumpul lagi selepas ini mungkin akan menjadi kemustahilan, bila panggilan Illahi itu datang menjengah lebih awal daripada tempoh itu sendiri. *Berkatilah usia kami yaAllah* =)
Mungkin lepas ni, mak akan upah orang lain untuk berkawal 24 jam, sebab biasanya jaga2 dia akan stay up sampai lewat pagi bila syok sangat baca blog orang or tunggu movie siap download. Dan akan jadi logik jugak kalau lepas ni, mak kena masak nasik sorang2 bila bibik2 dia semua bagi notis cuti utk sambung belaja. Bukanlah perkara mustahil jugak, bila laptop dan TV kat umah akan mogok sebab jarang sangat luangkan masa kat diorang bila budak2 sekolah itu disibukkan dengan kerja2 rumah. Dan berderet2 lagi adegan yang langsung tak ingin kita lihat akan termaktub dalam kenangan.
Kalau berat hati kami mahu melangkah, keluar dan pergi dari teratak ini, saya yakin dan saya percaya, timbangan hati untuk mereka yang melihar kami pergi akan lebih mengatasi. Separuh daripada zuriat-nya bukan berada di depan mata, hanya risikan khabar daripada medium perantara skrin 2-inci, dan temalian doa jadi pengikat. Hubungan cinta yang berjarak jauh lantaran komitmen yang lebih mendesak. Dan, siapa yang cukup berani mampu mendakwa batin mereka tidak terseksa?
Terenap di mendapan takdir. Kami diikat dengan darah kalian, hubungan disebabkan berasal daripada rahim yang sama, asas pendidikan yang serupa, menjadikan kami sebagai zuriat ‘qurratul-a’yun’ buat baitul-Muslim kalian, anak2 kapal bg pelayaran rumah tangga kalian. Insan pertama yang dikenali, insan pertama yang dirindui.Chef pertama kami, penglipurlara kami, doktor peribadi kami, guru tanpa gaji kami. Dan ada sebab lain lagikah untuk mejadi penghalang kami mencintai kalian sepenuh hati? Tidak sama sekali wahai ayah ibu.
*Ya Allah Ya Tuhan kami, kasihanilah kedua ibubapa dan rahmatilah mereka, sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami masih kecil*
May Allah bless. Wallahua’lam.
teratak abadi, bandar ambs.
2 comments:
see... emotional entry lg sekali...
hehe
semak la ko dany mane2 je ade ko syuh2
Post a Comment