Benarlah peringatan baginda Rasulullah beberapa dasawarsa yang lalu, akhir zaman itu akan tiba bila masa itu berlalu dengan begitu pantas sekali. Dan terasa bagai semalam, saya dan keluarga berbaju kuning menyambut Aidilfitri. Hingga jiwa tersedar kembali, baharulah saya tersedar yang kami sudah memiliki purple sebagai tema tahun ini. Alangkah cepatnya masa berjalan, pergi tanpa kembali lagi. Selaras dengan teka-teki al-Ghazali terdahulu, apakah perkara paling jauh? Dan jawabnya, masa yang telah pergi. Dan, ia bukan sahaja tersangat jauh malah ia tidak mungkin akan kembali. Lagi.
Hari ini adalah kenyataan bersama semalam sebagai kenangan dan esok menjadi harapan. Saya dan kamu2 sekalian, pastinya tidak akan mengetahui keadaannya esok. Kekal sebuah rahsia untuk kita. Dan, sama2lah kita berimpi, agar tetap nafas ini dihela untuk saat2 berikutnya. Ironinya, kita merancang untuk masa depan yang entahkan ada atau tidak bukan? Begitulah Allah menduga kita. Dan disinilah keperluan untuk ‘berserah diri’ sangat mendesak.
Berserah diri kepada Dia lantaran kita sangat tidak mengetahui apa yang menanti di depan sana. Berserah diri kepada Dia bila mana kita hanyalah peminjam tegar kepada semua nikmatnya. Berserah diri kepada Dia kerana kita hanyalah sekadar makhluk ciptaannya yang lemah tidak berdaya, dan diangkat sebagai khalifatul ardh dengan kurniaan sejalur akal, sebagai ciptaan yang tebaik, perbezaan dengan jutaan buatanNya yang lain. Dan kita, saya dan kamu, masih tetap degil untuk mengerti. Bukan? Dan nikmat Dia yang mana lagikah ingin kita dustakan?
Pulanglah wahai jiwa kepada fitrah asalmu, yang pernah bersaksi bahwa Allah-lah satu2nya zat yang harus ditaati. Sedarkah? Kita lah golongan yang rugi. Yang masih lagi menanti petanda2 lain agar hati lebih tergerak untuk mengerti. Sementelah banyak peringatan telah diungkapkan, tetapi kita tidak memahami. Berserahlah wahai diri. Berserahlah kepadaNya. Hanya untukNya. Kerana hidup ini bukan hanya untuk di sini hari ini, malah juga di sana esok hari.
Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang memahami sekaligus tergolong dalam mereka yang tidak rugi. Wallahua’lam. May Allah bless.
izzatghazali, bandar ambs, dungun
3 comments:
aku terasa post kali ni semacam emo plak dari sebelum2 ni.
takkan encik ni sedey nak balik uia kot.
hehe.
sabar ok. di penghujung jalan nanti,
akan terbentang luas cahaya yg secerah2 cerahnya.encik selalu percaya itu kan??
hehe ^_^ v
allah bless you too.
Livestrong.
emo? haha.
xdlh. aku okay j.
juz tetibe terpikir.
apsal nk bcita2 tinggi kt sini kn?
baik bercita2 kt sana j ~
couldnt agree no more. =). btw encik, aku balik esok pg. tak sbr nak jmpa ko ;p
Post a Comment