insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, January 5, 2011

Setiausaha Kerajaan Selangor


Bismillah walhamdulillah.

Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin, mengundang polemik berterusan daripada pelbagai pihak, baik penjelasan daripada kerajaan pusat, mahupun bantahan daripada kerajaan negeri. Namun saya percaya, isu ini insyaAllah akan dapat diselesaikan sekiranya semua pihak kembali ke pangkal jalan dan mencari titik penyelesaian dalam konflik ini.

Selaku pendalam jurusan perundangan, kita mengakui asas pembentukan Malaysia adalah berdasarkan semangat persekutuan. Kita bukanlah 'Unitary Government' sebagaimana Thailand. Merujuk kepada perjanjian persekutuan yang sama-sama ditandatangani oleh Negeri-Negeri Bersekutu (FMS) dan Negeri-Negeri Bukan Bersekutu (UFMS) pada 2Februari1948. Perjanjian persefahaman itu diwujudkan demi membangkang usaha British untuk mewujudkan Malayan Union (MU).

Daripada fakta ini, saya mengajak anda sekalian berfikir, andai kewujudan perjanjian Persekutuan itu dibuat untuk menggantikan MU, kenapa pula kita sekarang mentadbir negara ala MU? Bukankah memperkasakan semangat Persekutuan itu sepatutnya menjadi keutamaan rakyat? Terbukti, dengan menguatkan doktrin Persekutuan yang bukan sahaja diamalkan Malaysia malah negara-negara lain di dunia, asas negara akan lebih subur mengukuh.

Selangor adalah salah sebuah negeri dalam Persekutuan ini. Seperti juga negeri-negeri lain, kerajaan Selangor memiliki sistem legaslatif tersendiri, kerana Selangor memiliki Dewan Undangan tersendiri. Selangor mempunyai kerajaan sendiri, ahli-ahli legislatif tersendiri yang dipilih sendiri oleh rakyat Selangor. Kerajaan Selangor diketuai oleh seorang Menteri Besar yang dipilih oleh majoriti ADUN. Dan beliau adalah Abdul Khalid Ibrahim.

Bukan sahaja berperanan sebagai pelajar IPT malah seorang rakyat yang menjunjung tinggi semangat Persekutuan, kerajaan persekutuan mestilah menjalinkan hubungan dengan Selangor berlandaskan semangat tersebut. Kerajaan Persekutan haruslah menghormati kedaultan Kerajaan Selangor. Andaikata ia tidak diamalkan, secara mudah, kerajaan Persekutuan tidak menghormati hak rakyat Selangor.

Suka saya menyebut betapa kedaulatan kerajaan Persekutuan datang daripada kedaulatan negeri-negeri yang bernaung di bawahnya termasuklah Selangor. Jika Selangor tidak dilihat berdaulat, maka kerajaan Persekutuan juga akan dilihat tidak berdaulat. Justeru, demi kembali mengangkat martabat Malaysia, ada eloknya kerajaan persekutuan menghormati kedaulatan Selangor.

Mohamad Izzat Ghazali.
Persatuan Pelajar Undang-Undang.
Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim.

4 comments:

Anonymous said...

reformasi reformasi reformasi! kukuhkan pakatan,keluar barisan. PRU kita berarak ke putrajaya -angah-

daniel yusof said...

haha.. 'law student's society' is more appropriate ncik ;p

incek.loyer said...

persatuan pelajar undang2 heard to be more 'kemelayuan' i guess.

incek.loyer said...

persatuan pelajar undang2 heard to be more 'kemelayuan' i guess.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...