insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Thursday, November 17, 2016

Institusi Islam Yang Tidak Islamik

Bismillah walhamdulillah.

Baru-baru ini saya mengalami sedikit masalah dengan so-called Islamic Institution. Ia sejujurnya bukan salah siapa-siapa namun, jalan ke arah penyelesaian yang sebenarnya selangkah depan mata, dipindah jauh beratus kilometer jaraknya. Pada hemat saya, - walaupun bukan sebagai pengamal undang-undang sekalipun - the main interest - untuk setiap institusi normal dalam dunia ini adalah untuk memberikan manfaat kepada warga terbanyak, sekaligus mendapatkan manfaat (keuntungan, popular dll) daripadanya.

Dan ia menjadi amat malang, Islamic based institution pula yang gagal menterjemahkannya. Saya berpendapat, dalam keadaan kita sendiri merasa sangsi dengan kewujudan (kebanjiran) institusi/produk yang menggunakan nama Islam, ia sedikitpun tidak memindahkan tanggungjawab institusi Islam tersebut untuk terus mengangkat Islam sebagai teras dalam its daily business. Benar, Islam bukan letaknya pada nama, namun dilihat menggunakan 'Islam' sebagai jenama memberikan greater impact kepada khlayak.

Sebagai contoh - Kedai Runcit Islam (KRI). Di celah-celah kemeriahan industri kecil sederhana negara, tiba-tiba ada individu yang mewujudkan KRI untuk mengetengahkan pemasaran produk. Dakwanya KRI hanya akan menerima dan menjual produk yang terbukti halalan toyyiban supaya customers tidak lagi perlu ragu-ragu untuk membelinya. KDI juga akan memastikan premisnya bersih, pekerjanya ramah, bacaan alQuran diperdengarkan setiap kali ia dibuka, transaksi yang telus dan lain-lain.

Masyarakat menerima kemunculan KRI dengan berbesar hati. Tersebar seantero negara KRI sepatutnya menjadi pilihan utama kepada pengguna. Jika KRI tiadalah, barulah masyarakat boleh membeli daripada kedai yang lain. Duta-duta KRI yang terdiri daripada ustaz-ustaz lulusan realiti TV mula menggunapakai dalil naqli (kerana mereka lebih popular berbanding 'ustaz' sebenar yang tak reti berlakon menangis di pentas), memberikan fatwa menyokong perkembangan KRI.

Dan ia berlaku beberapa ketika.

Kini KRI berdiri megah dengan setiap cawangan sekurang-kurangnya satu cawangan di setiap daerah. Kedai runcit lain mula mendapat tempias berikutan permintaan terhadap KRI semakin meninggi. Namun malangnya, di sebalik semua itu, tanpa hebahan ramai, KRI mula tersasar daripada landasannya.

(..akan bersambung..)

Monday, November 14, 2016

Masa yang dibiarkan PERGI

Bismillah walhamdulillah.

Menjejak ke usia baru buat saya jadi terfikir, apa yang telah saya sumbangkan kepada kehidupan secara keseluruhannya? dan andainya tempoh pinjaman ini ditamatkan dalam keadaan tempoh sahnya menjadi rahsia kepada kita, apa yang bakal menjadi bekalan untuk kehidupan kita, di sana nanti?

Malang sungguh, bilamana waktu yang datang silih berganti ini kita rugikan dengan mengkritik orang, sedangkan tiada ada usaha penambaikan untuk kita. Membuatkan pandangan orang tampak teruk, tidak menjadikan kita lebih baik. Kemukakan pandangan kita dan berhujahlah pertahankannya - tumpukan kepada kelebihan pandangan kita, berbandingan keburukan pandangan mereka. 

Dan saya sedar, kebanyakan kita sudah letih berhujah kerana orang (baca:kita) lebih cenderung untuk percaya apa yang mereka (baca: kita) mahukan sahaja. Tapi, tetap ia tidak menghalalkan cara kita untuk menafikan keperluan untuk berhujah dengan baik. Kalau dulu hujah mulut mungkin agak sukar, "segan jugak nak bercakap bukan-bukan bila orang nampak muka kita ni," tapi sekarang, hujah tangan di sebalik komputer, handphone jadi kebiasaan yang sekaligus menyebabkan gejala membantai tanpa asas, menempelak tanpa adab ini semakin membarah.


life is choice. choose wisely.


Sedarlah, intelectual capability kita tentu sekali tidak sama - ditambah pula dengan variasi latar belakang yang jelas lebih menjadikan ia sukar, jadi kita boleh saja memilih pilihan kedua - tinggalkan perdebatan. Pilihlah untuk meninggalkan setiap yang sia-sia. Bukan kerana anda salah, tapi kerana ia tidak akan menjadikan keadaan bertambah baik. Dalam sesetengah situasi, silence is golden.  Biarkan mereka sendiri, lama-lama nanti, dah penat tak dilayan orang, mereka akan senyap sendiri.

Masa yang dibiarkan pergi ; samaada dengan mengkritik orang, atau berhujah secara bodoh (baca:melulu) adalah kerugian untuk kita. Hidup adalah pilihan, dan pilihlah dengan baik, kerana kita akan dipersoal terhadap setiap pilihan kita.

Semoga Allah redha.










  

Wednesday, November 9, 2016

Selangkah Menuju Mati.

Bismillah walhamdulillah.

Hari ini, 27 tahun yang lalu, mak dan abah dapat zuriat sulung - aku. dan the rest is history. Dah selamat menjadi anak, abang-10-beradik, suami-1-isteri, dan bapak-2-anak dalam tempoh tersebut. Sejauhmana amalan disemai untuk dipetik kat dunia sana nanti, semenjak 27 tahun hidup ni pun rasa macam suam kuku lagi. Bagus juga ulangtahun kelahiran ni datang sebenarnya, sebab dia bagi kau ruang untuk undur belakang tengok apa yang kau dah berjaya buat sepanjang kau hidup, atau kau sekadar menghabiskan oksigen atas muka bumi semata. 

27 tahun aku hidup, aku tak buat mende banyak kot. Dan aku rasa sejujurnya tak berbaloi pun untuk kau orang amik input pengajaran. Tapi sebabkan amalan pun cap ayam, dan ketakutan aku pada siksa neraka kalau-kalau terjerumus ke sana nanti, semoga sedikit perkongsian ini boleh bagi 'wildcard' atau 'additional-mark' untuk saham kebaikan aku, tu pun kalau kau orang amal lah kan? huhu.

Ini adalah SATU perkara yang aku harap kau orang boleh amik teladan (kot?), nasihat yang terutama daripada pengalaman 27 tahun aku hidup. Sebenarnya, kau orang pun tahu ni, aku sekadar memberikan peringatan.
 
Janganlah bergaduh.

Aku tak suka pergaduhan, tak suka terlibat dalam pergaduhan yang panjang, tak suka tengok kawan-kawan bergaduh, dan tak suka memihak kepada pergaduhan. Bagi orang sementah aku, aku rasa berpegang kepada pendirian/perspektif yang berbeza tidak layak langsung menjadi sebab untuk pergaduhan tercetus. Ianya sunnatullah bahawa kita semua tidak akan bersetuju dengan satu perkara yang sama.

Cuaca panas terik adalah rahmat kepada pemilik dobi, sebab dia boleh jimat kos dryer & boleh jemur sebahagian bawah matahari. Tapi panas terik yang sama adalah bala kepada orang yang kerja sapu sampah jalanraya sebab tak sempat nak habiskan tugas cepat pasal banyak kena rehat, jadi mudah penat cuaca panas. Sudut pandang kita terhadap sesuatu tentu sekali tidak sama, sementelah aku belajar Medik, kau belajar Law. Euthanasia pada pendapat doktor adalah berpadanan, sebab organ lain sudah tidak berfungsi dan jantung berdegup hanya kerana bantuan mesin. Tapi undang-undang menyarankan, 'mercy-killing' ni masih lagi 'killing' - dan pastinya boleh dikira sebagai menyebabkan kematian. Tentunya masih ada perbahasan yang panjang tentang ini, tapi aku petik sekadar nak tunjuk bagaimana pandangan yang berbeza ni dah jadi lumrah dah.

Berbeza pandangan ni tak pelik. Tapi bagaimana kita menguruskan perbezaan tu membuatkan kita jadi pelik.

Dulu masa ada program ala-ala kem pupuk semangat gitu, fasi suruh kita tulis, siapa musuh kamu? Aku just amik tempoh tu untuk termenung dalam - dan tinggalkan kertas tu kosong sebab aku rasa aku tak musuhi orang, masa tu lah aku perasan yang aku ni jiwa pendamai orangnya kohkoh. (Sebenarnya idea fasi tu nak cakap, musuh kita ni bukan penghalang kepada usaha kita nak berjaya, melainkan kita sendiri.) Dan aku tahu, tidak meletakkan orang sebagai musuh, bukan menjadi penyebab kepada orang tak memusuhi aku kan? Tapi tulah. Mungkin ada 2-3 kerat yang aku tak ngam, tapi biasanya aku tak ambik tempoh lama untuk benci dia. Aku pernah sebut dalam satu misi nak something yang super dan power, "tak elok kita buat macam ni, dia tak seteruk tu." Selamba aku kena smash, "Mung memang lalang!" Hahaha. *ketawamenangis*.

Eleh, kalau kita nak hipokrit pun, memang kita akan cakap, aku pun takde musuh. Tapi malangnya sebahagian tindakan kita, menafikan. Tindakan & tulisan kita - yang tanpa sedar/dengan sedar, menunjukkan ke-tidaksuka-an melampau kepada dia, sehinggakan menafikan jasa dan sumbangan dia kepada kalangan kita secara tidak langsung, sehinggakan, kita memperlihatkan seolah-olah macamlah orang yang kita tak suka tu takde buat baik langsung, dan kita yang tengah seronok bambu ni takde buat salah langsung?

Sedarlah kawan, kita ni hanya nampak mulia sebab Allah masih jaga aib kita.

Jadinya, berpadalah membenci orang, - sesungguhnya kita tidak mengetahui.
..
..
..
Doakan aku, moga terus berada dalam haluan meraih redha Allah, selalu.


Selamat hari lahir, izzat.
Moga peribadimu seagung namamu.

.birru walidaini bi ihsana.



 

Sunday, November 6, 2016

Bacaan Hari Tua 1

Bismillah walhamdulillah.

Imbas kembali ; 6 Mei 2014.


Pagi ni memang rusukkiri dijadualkan check up. so selaku suami supersaiya, aku akan apply halfday sebagai tanda sokongan kepada beliau lepas penat mengusung ke sana ke mari. part kena paksa minum susu, makan ubat, telan air gula tu aku takleh nak buat apa dah. takkan laa aku nak pegang perut rusukkiri masa turun daripada kereta daripada kereta nak gi jogging tasik titiwangsa pulak kan? takkan pulak aku nak minum susu nak kasi tulang beliau bertambah kalsium? ni je lh yang termampu nak bagi moral support. err, part tadah telinga dengar dia cerita tu nanti yg pernah jaga isteri mengandung harap fahamfaham sendiri. hihi.

Walaupun suasana klinik kat tempat aku ni ibarat ofis JPJ time ada offer diskaun saman, aku gagahkan diri jua. kat situ korang akan nampak ibu-ibu mengandung terpaksa berdiri macam konduktur bas, pasal semua kat situ preggy, so takde orang nak murah hati bagi seat kat engkau, "pinggang aku lenguh jugak", "baby aku ada kelas karate jugak dlm perut", dan lain-lain merupakan antara getusan hati mereka. haha. so macam biasa aku akan melewar kat luar, sambil-sambil carik orang ada pegang paper, pastu sembang 2 minit. topik-topik seperti anak no berapa, dah berapa bulan tu kira dah selalu bermain di bibir lah. pastu kalau respon baik, biasanya akan melarat sampai MU ni team power, Arsenal main utk 4th position, dll. kalau respon terlampau baik, "abang ada nak saman orang tak bang? saya peguam." kahkah. ok aku tipu. tapi mostly, respon suamsuam kuku, so dengan rendah diri aku cakap, "bang, pinjam paper kejap?"

on the way balik tu aku singgah beli makan, rusukkiri ni dah slowslow macam pelik sikit, biasnya doktor ni kata gini, doktor tu kata gitu. tapi kali ni dia enjoy je melemparkan pandangan ke luar tingkap. rusukkiri ni jenis yang kalau aku cakap takleh sekali dia diam terus. tapi kali ni, sejurus dia nampak satu kedai ni, dia mintak 'coconut milk shake' tengah-tengah hari. aku dah cakap tunggu pasarmalam, yelah confirm2 laa ada orang jual kan? tapi sebab gesaan dia kali ni macam bertaraf lain macam dan bukan biasa, walau hangat tar kat jalan sampai nampak fatamorgana, kerana terpaksa aku relakan laa kan? hoho. so aku steady park jauh sikit, cakap kat rusukkiri tunggu jap, dan berjalan kaki gi kat kedai tu, "kak, coconut milk shake, satu. bungkuslah." Part ni memang epik. raut muka akak ni macam blur. pastu macam nak gelak, tapi tambah dia pandang slek. gulp. dia ingat aku ponteng sekolah ke mende ni kan? tetiba member dia sound, "mana ada coconut shake sini banggg." 

ok. aku tepuk tangan. sambil memberi kata-kata semangat pada diri sendiri. order air nyior bungkus. dalam kepala rusukkiri ni berhalusinasi ke apa nampak ada coconut shake kat sini. part mintak mende takde tu satu hal, part bagi nama panjang - coconut milk shake padahal coconut shake - tu satu hal lagi. aku bayar, senyum sikit konon cover malu, pergi kat kereta, cakap kat rusukkiri, "ada banyakkk sangat milk shake syg, sampai taktahu nak pilih yang mana satu." kehkeh.

sampai umah. jam dlm kol 1 gitu lh kot - aku dh lupa. rusukkiri cakap nak baring kejap pasal baby ada sparring pulak dlm perut pulak arini. lenguh. so dia baring atas sofa, aku landing kt bawah. bukak tingkap sikit, turunkan langsir, pasang kipas, boommm terus lelap.

..
..
..
..

"bang. bangun bang." aku dah biasa dengar skrip gini so aku steady lagi buat buat rilek. "bang. air ketuban dah pecah ni" okay skrip ni skrip baru. so aku kena react. gulp. dah nak beranak ke? aku ada baca dah pasal suami jadi bidan sendiri, tapi dengar cerita bini dia dah serik nak beranak. haha. part ni aku kena berterimakasih kt abah. sbb genetik tenang dia masuk jugak dlm darah aku walau tak banyak. aku bangun suruh rusukkiri rilek kejap. kasi dia makan dulu. well, kalau tak makan, mana nak datang tenaga kan? kalau takde tenaga macamana nak push baby keluar. rusukkiri dah makin tak keruan ni. makan pun tak sampai separuh. ishh. dia ingat aku ni ada pengalaman sangat ke, 'ni pun baby first abang jugakk sayanggg oiii'

Riak risau kat muka kena cover, rilek izzat, rilek. Jangan tunjuk sangat ko cuak, kang mental jadi down. fuuhh. beg bersalin, beg baby, beg baju semua dah siap-siap prepare dalam kereta. Yelah. mana tahu nak terberanak tengah malam ke, senang. masuk kereta, terus gi spital. So lepas aku bagi taujihat ringkas depan cermin kat diri sendiri. aku pimpin rusukkiri masuk kereta. terus gi hospital. dalam perjalanan, rusukkiri diam je. ahhh sudahh. aku pulak yang naik risau. habis aku bukak cerita daripada kisah jack dan kacang ajaib sampailah kisah fitnah akhir zaman terhadap gerakan Islam, rusukkiri tak respon sangat. ni kalau beranak tengah jalan ni memang boleh jadi cerita tiga keturunan ni.

sampai hospital, orang ramai. fuuhhh. lepas daftar semua, doktor suruh tunggu?! Perghh. silap pulak tak pakai baju korporat peguam ni, hahaha, untung-untung dapat masuk wad terus. tapi, memang penuh rumbu graduan ibu menunggu kat luar, aku tak sure samaada tengah tunggu turn masuk dewan bersalin, or saja nak sambut rusukkiri kat luar. memandangkan rusukkiri pun boleh senyum senyum lagi, aku malas nak bertekak laa. so aku tunggu je lah keluar. 

dalam 10 minit, rusukkiri masuk, aku dah bukak langkah dah nak prepare azan senafas nanti ni. kohkoh. sedang aku mendoakan yang baik-baik, ada makcik tegur aku, 'isteri dah kat dalam ke dik?', 'aah, makcik dah lama tunggu ke?' aku jawab pendek, kang kacau pulak konsentrasi aku ejas azan versi akhil hayy. 'baguslah datang teman isteri.' gulp. cubaan dia nak ajak sembang aku tu memang tak kenal erti putus asa. sudahnya - disebabkan genetik mudah mesra mak ni ada dalam badan - memang aku layan jugak laa dia sembang.

so hasil persembangan aku dalam dekat setengah jam jugak tu, aku nak ingatkan kita bersama, tentang keperluan ada hubungan yang baik dengan geng satu kerja dengan kita. jangan lokek nak tolong apa yang kita mampu, jangan kedek nak kongsi apa yang kita tahu, jangan rasa rugi nak bahagi apa yang kita ada, sebab time-time kita genting gini laa pertolongan-pertolongan kita yang lepas tu akan jadi pertimbangan untuk orang tolong kita kali ni. 

area tempat menunggu tu ada port solat, kalau ikutkan jiwa muda, cukup syarat dah nak letak kepala barang selagu dua, tapi untuk tidak dilihat gagal menghormati perasaan rusukkiri yang tengah bertarung nak keluarkan seorang manusia yang kita panggil baby, aku withdraw balik keinginan tersebut dengan kebebasan untuk menfailkan permohonan semula. hoho.

dalam jam 5.30 petang, nurse laung, "suami iffah nabillah." aku yang tengah syok susun-susun beg bingkas bangun angkat tangan, "saya cikguuu!" okay. aku tipu. ingatkan dia suruh masuk tengok rusukkiri, tapi dia sampaikan pesan, rusukkiri mintak kain batik, dan lain-lain lagi.  (sebenarnya aku dah lupa apa yang nurse tu nak haha.) lepas bagi barang-barang tu, aku mintak nak masuk dalam jumpa rusukkiri kejap, tapi nurse tu tak kasi, dia cakap baru ada kak lepas bersalin kat tempat menunggu kat dalam. so right of movement aku telah dinafikan sewenangnya.

lepas solat, port aku kat tempat menunggu tu dah ada mamat lain kebas. haish, menyesal pulak aku tak letak nama siapsiap tadi. so aku keluar, call mak ganu & ma ipoh bagitahu kitorang dah kat hospital, takyah risau, insyaAllah takde masalah. mintak mak & ma doakan moga moga segalanya dipermudahkan. update group wassap mintak doa sahabat-sahabat yang soleh dan wara'. dan aku amik kesempatan ni nak pesan, ini adalah antara keperluan terbesar kita berkawan dengan orang-orang baik walaupun ko rasa serabut telinga pasal asyik kena sound suruh pakai seluar tutup lutut time futsal. nak berkawan dengan geng jual emas ke, geng Myvi Owner ke, geng Lawyers for Liberty ke, kena pastikan ada jugak kawan dengan orang-orang soleh. supaya time hanyut karang, ada jugak yang nak balik pelampung tarik kita balik.

lepas maghrib rusukkiri bagitahu, dia kena warded, pasal contraction tak berlaku dalam sela masa yang dekat lagi. haaa, mesti ko yang tak kawin lagi tak tahu kan? catit ni, catit. nak beranak ni bukan ko push, pastu terus budak tu keluar, haii untunglaa kalau senang macam tu kan? ada satu pressure drp dalam rahim, yang akan berlaku sebagai tanda yang baby betul-betul dah ready nak keluar. mula-mula rahim rasa tegang jarang-jarang, pastu makin dekat dengan waktu yang mak bidan nak catat dekat rekod kelahiran bayi tu nanti, dia jadi makin tinggi kekerapan dia. biasanya selang 5 minit contohnya, tapi kali ni dia jadi selang 30 saat dia rasa, haaa. nampak tak pengalaman tu?

port katil rusukkiri ni terbaik, betul-betul side tingkap, sebilik ada 4 orang, tapi masa rusukkiri masuk, baru ada 3 orang, toilet ada dua, siap dengan aircond semua. rusukkiri dah tukar pakai seragam hospital dah, warna pink. aku baru nak kemas barang-barang letak dalam loker kasi cantik sikit ada nurse bagitahu aku takleh duduk lama sini sebab sekarang bukan waktu melawat. lagipun, takut patient lain tu rasa terganggu pasal ada lelaki kat dalam. so aku faham. tak best jugak orang datang time ko tengah nak rehat lepas ko beranak kan? aku letak air kotak sebelah bantal rusukkiri sekali dengan handphone. papehal aku tunggu kat luar wad.

dekat ruang menunggu wad tu ada seorang makcik dengan menantu dia. kes sama macam aku jugak, time tak datang lagi. so kena prepare anytime. bini dia kat wad 3rd class, so kongsi ramai-ramai 16 orang. lepas cerita-cerita sikit, bro tu sibuk main hp, bukan jenis nak sembang sangat, makcik tu dah siap cantumkan 2 sofa nak landing kat situ, bernas idea dia, cuma port situ sejuk sikit. kalau dapat selimut ni memang boleh pergi jauh. aku sandar kt sofa, try carik mood walau dalam dada ada sikit risau, apa ceritaa laa rusukkiri kat dalam tuu.

aku sedar bila dengar suara ada sorang makgad kejut lelaki tadi. kahkah. dia siap hampar towel baring atas lantai bro. memang win habis.  makgad bagitahu situ takleh tidur, memandangkan bakal jadi ayah, aku malas nak rebel walaupun lepas makgad tu blah lelaki tu hampar balik towel. aku turun bawah carik kereta, kalau balik rumah ni kang, ada kirim salam daripada kejauhan je nanti. so, aku berijtihad untuk tidur dalam kereta demi maslahat yang lebih besar. kohkoh.


... bersambung...

(Allahu. Berkat dapat hidayah update blog pagi tadi, rupanya aku ada menulis lama dulu pasal Icad lahir dan masih utuh tersimpan di draf. mintak maaflah, tak tahu bersambung ke tak sebab rasanya macam dah tak banyak memori aku ingat pasal Icad ni memandangkan memori Iham dah amik alih. haha. ) 










Ilusi - Kita Yang Terpedaya.

Bismillah walhamdulillah.


Lama tak menulis blog, kejung jugak jadinya. Alasan untuk menipu diri sendiri yang terbaik adalah cakap saya sibuk. Tak tahu lah sibuk apa. Mungkin sebab dulu tak diganggu laman sosial sangat, jadi blog adalah tempat saya menulis. Bukan untuk orang sangat sebenarnya. Tapi untuk diri, untuk express innerself, & reminding my-future-me apa yang dah my-today-me dah buat tentang hidup hari ini.
Kewujudan laman sosial macam FB/Twitter/Instagram dan seumpamanya, sepatutnya pada saya tidak mengganggu proses menyelam diri menerusi menulis blog. Namun disebabkan kegagalan mengawal kegilaan bersosial di laman palsu sebegitu, membuatkan sesi self-reflect turut jadi gersang. Mungkin di sana (laman sosial) sudah menjadi 'overkill' - dengan orang yang pelbagai tahap pemikiran, berbeza latar belakang, dan dihimpunkan di satu tempat yang semua orang meluahkan apa yang dirasa. Hinggakan variasi pandangan terhadap satu-satu perkara tidak lagi mencantikkan kanvas hidup, malah lebih teruk menconteng terus lakaran ini.

Yang betul ada penyokong, yang salah pun ada penyokong. Kalau dulu - kita yang tidak tahu memilih untuk diam, tapi kita hari ni jadi berani meluah atas alasan kebebasan berekspresi. Kalau dulu - kita yang tahu memilih waspada menutur bimbang ada kata yang bakal mengguris, tapi kita hari ni jadi semangat mengurai setiap simpulan biarpun tanpa meneliti permasalahan terlebih awal. Ingatlah saat seorang alim ditanya, keldai yang ditunggangnya mempunyai berapa kaki? Beliau memberhentikan keldai, turun dan mengira terlebih dahulu sebelum menjawabnya. Bagaimana dengan kita?

Dan ruginya - suasana ini memberikan lebih banyak mafsadah berbanding manfaat kepada kita.

Semoga apa yang benar, dilihat benar, dan didekatkan kepada kita.
dan yang salah, dinampakkan salah, dan dijauhkan daripada kita.

Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...