Bismillah walhamdulillah.
Menjejak ke usia baru buat saya jadi terfikir, apa yang telah saya sumbangkan kepada kehidupan secara keseluruhannya? dan andainya tempoh pinjaman ini ditamatkan dalam keadaan tempoh sahnya menjadi rahsia kepada kita, apa yang bakal menjadi bekalan untuk kehidupan kita, di sana nanti?
Malang sungguh, bilamana waktu yang datang silih berganti ini kita rugikan dengan mengkritik orang, sedangkan tiada ada usaha penambaikan untuk kita. Membuatkan pandangan orang tampak teruk, tidak menjadikan kita lebih baik. Kemukakan pandangan kita dan berhujahlah pertahankannya - tumpukan kepada kelebihan pandangan kita, berbandingan keburukan pandangan mereka.
Dan saya sedar, kebanyakan kita sudah letih berhujah kerana orang (baca:kita) lebih cenderung untuk percaya apa yang mereka (baca: kita) mahukan sahaja. Tapi, tetap ia tidak menghalalkan cara kita untuk menafikan keperluan untuk berhujah dengan baik. Kalau dulu hujah mulut mungkin agak sukar, "segan jugak nak bercakap bukan-bukan bila orang nampak muka kita ni," tapi sekarang, hujah tangan di sebalik komputer, handphone jadi kebiasaan yang sekaligus menyebabkan gejala membantai tanpa asas, menempelak tanpa adab ini semakin membarah.
Sedarlah, intelectual capability kita tentu sekali tidak sama - ditambah pula dengan variasi latar belakang yang jelas lebih menjadikan ia sukar, jadi kita boleh saja memilih pilihan kedua - tinggalkan perdebatan. Pilihlah untuk meninggalkan setiap yang sia-sia. Bukan kerana anda salah, tapi kerana ia tidak akan menjadikan keadaan bertambah baik. Dalam sesetengah situasi, silence is golden. Biarkan mereka sendiri, lama-lama nanti, dah penat tak dilayan orang, mereka akan senyap sendiri.
Masa yang dibiarkan pergi ; samaada dengan mengkritik orang, atau berhujah secara bodoh (baca:melulu) adalah kerugian untuk kita. Hidup adalah pilihan, dan pilihlah dengan baik, kerana kita akan dipersoal terhadap setiap pilihan kita.

life is choice. choose wisely. |

No comments:
Post a Comment