Bismillah walhamdulillah~
Semalam, teman2 UII membawa kami menikmati sebuah movie yang sangat baik, secara jelas mampu untuk meneladani kami betapa hebatnya Indonesia berbanding Malaysia. Terkadang kita merasakan yang kita sangatlah bagus berbanding mereka, namun hakikat mengatakan sebaliknya. Selepas movie semalam, fikiran menjadi lebih terbuka, betapa Indonesia sangat mendepani Malaysia.
‘Alangkah Lucunya Negeri Ini (Indonesia)’. Tajuk yang cukup tidak-ada-pape kn? Silaplah kita, kalian. Dalam tajuk sesimple itupun, terselit sebuah mesej pembaharuan besar yang acapkali kita terlupa. Ceritanya biasa2 aja, namun ibrahnya cukup besar. Bayangkanlah, di akhir cerita, filem secara jelas mengutuk kerajaan yang menangkap penjual jalanan (pengasong) sedangkan termaktub secara jelas dalam undang2 Indonesia (yang juga ditunjukkan), anak2 yang tidak berdaya akan dijaga di bawah oleh Negara.
Sudah sedar atau masih mamai? Kerajaan kerapkali menfatwakan undang2 lunak, untuk kita tunduk (apabila merasakan hak kita terpelihara sedangkan tidak) dan mengangguk berhubung sesuatu. Dan, terbukti hari ini, apa yang diamalkan terkadang menyalahi apa yang termaktub. Hinggakan terpampang jelas dalam mahkamah, SILA GUNAKAN BAHASA KEBANGSAAN pun, hakim yang ‘bijak sangat’ (sampai dipanggil Yang Arif) itupun berkecek English. Pe cer?
Sangatlah dangkal prinsip orang bawahan tidak boleh membantah arahan pimpinan, sebagaimana dirintis seorang sahabat tidak lama dahulu. Kita semua terdampar di sebuah pulau, yang mana tidak sesuai diduduki, dan sebahagian daripada kita berada di atas gunung. Dialah mata kita, yang memberitahu akan adanya kapal2 lain di luar sana. Katanya, pimpinan berada di puncak tertinggi, dan kita berada di bawah gunung. Pandangan seorang pimpinan nyata lebih jauh (ini benar), dan disebabkan itu kita tidak boleh membantah apa yang diucap pimpinan.
Betul ke idea ni? Sangatlah bergantung kepada bagaiamana kalian berfikir. Bagi saya yang tidak tahu sangat ni, ia menjurus kepada kelahiran diktator, dan rakyat bawahan akan ditipu sehabisnya dan pimpinan akan mengorek hasil kebongokan rakyat. Ini bermakna, perlunya seorang pimpinan itu menyakinkan rakyatnya, hamparkan sebab musababnya terlebih dahulu, buat semua kami mengerti sebaiknya, sebelum membuat pilihan untuk kami, dan kami akan patuh.
Dan kesimpulannya, cerita yang saya tengok itu, rasanya tidak akan sampai ke Malaysia. Tindakan memerli kerajaan akan membawa padah kerana, kerajaan akan selalu betul bukan? (ye ke?);p
5 comments:
bukan kita yang anak malaysia nie sentia boleh ke?
malaysia boleh ~~
malaysia bukan betul pun....dalam prinsip org bawahan dan atasan, kita perlu lihat dari sudut organisasi dan bukan diktator...kalo diktator,rosak la...yang penting konsep wala dan penerimaan tugas dengan hati terbuka...
haha~~ kenapa ko sgt serious syau...~~~ aku sgt tak serious...haha
serius la..dah e tulis penat2...kita kena hargai and komen gak...tol x e?
haha~
nk bwt cmne kn?
kne patuh kt syau r~
Post a Comment