insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Monday, November 29, 2010

Allah sebaik2 perancang.

Bismillah walhamdulillah.


Tik tok tik tok.
jam terus berdetik.
waktu mula pergi.
masa makin sikit bersisa untuk saya.
terbengkalaikah perancangan saya?

manusia merancang. Allah merancang. dan Allahlah sebaik2 perancang.

berdebar. takut.
apa yang saya usaha sia2 k?
apa yang saya buat x bermakna k?

*yaAllah*

saya takut apa yang saya nk n saya rasa saya perlu.
saya tak dapat.
saya takut dengan penerimaan orang.
saya resah dengan apa yang akan berlaku nanti.

betul. indeed, sangat betul.
yg bila Allah x bagi kita something, Dia akan ganti dengan something yg lebih baik.
yg bukan pandangan orang yang patut saya utamakan.

TAPI.
sbb saya sangatlah biasa.
saya lemah sangat.
saya takut saya kecewa.
n kekecewaan 2 akan buatkan saya lebih jauh.

saya dah usaha.
sekurang2nya untuk part saya.
saya dah buat part saya.
semampu mungkin.
sehabis baik,

macamane kalau hasilnya x seperti yang saya nak?

dan dalam Islam.
bukan semua benda bersandarkan kepada logik akal semata2.
tak semestinya ko buat semua resepi dia.
ko akan dapat hasil dia.
sebab Allah adalah Kuasa Mutlak.

logik sgt k bila Rasulullah khabarkan kt masy,
yg baginda bergerak dr Mekah k Madinah n naik k langit.
dalam masa 1 malam?

*dop dang nok mikir kan?*

tp itulah bukti kekuasaan Allah.
bukan semua benda yang kita buat ikut cara dia.
akan jadi macam kita nak.
ingat tu izzat.

*blek pd mood td. gusar lg*

saya da buat sume perancangan.
dan bersiap sekadar saya.
sebatas kemampuan saya.
dan masih takut2 mengimpikan hasilnya.

izzat. ko banyak sangat fikir nih!

maka apakah kamu mengira kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak diuji?

Allah xkan zalimi saya.
Allah xkan zalimi saya.
Allah xkan zalimi saya.

Jangan kecewakan saya Ya Allah.
Ku serahkan segalanya kepada Engkau.

May Allah bless. wallahua'lam.

Tuesday, November 23, 2010

makcik. saya nak cakap sikit ni.


Bismillah walhamdulillah.


KUALA LUMPUR 22 Mac - Kementerian Pelajaran disaran memasukkan pendidikan seks dalam kurikulum pembelajaran di sekolah ekoran peningkatan kes buang bayi dan pelbagai gejala sosial di kalangan remaja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, maklum balas diterima kementeriannya menunjukkan masih ada remaja yang tidak memahami implikasi yang mungkin berlaku jika mereka melakukan hubungan seks di luar nikah.

"Kita anggap rakyat di negara ini terpelajar dan serba tahu tetapi maklum balas diterima kementerian membuktikan masih ada anak muda terutama wanita yang tidak tahu mereka boleh mengandung dan akan berhadapan pelbagai implikasi jika melakukan hubungan intim.

"Disebabkan itu, kita minta Kementerian Pelajaran menimbangkan perkara ini. Kita tidak boleh menyapu isu ini di bawah karpet dan perlu menghadapinya sebaik mungkin.

"Kita perlu berani memberi pendidikan tentang implikasi dari sudut sains dalam kurikulum sekolah mengenai apa akan berlaku jika mereka melakukan hubungan intim," katanya ketika ditemu bual pada program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam ini.

*tamat berita*

Kadang-kadang kita rasa kita bijak sangat. Sampai semua persoalan kita nak rungkai. Walaupun solusi kepada permasalahan tu jelas tersedia. Tapi kita buta.Undang-undang yang kita cipta, kita anggap power sangat kalau nak dibandingkan dengan hukum Allah.

Makcik. makcik nak tiru penyelesaian yang barat guna tu k? Kat US. Bagi mengelakkan berleluasanya masalah pembuangan bayi, maka dimasukkan dalam silibus sekolah2 mengenai pendidikan seks. Makcik nak tiru diorang kn? Konon2 nak nampak moden sangat lah kan?

Makcik. orang2 kafir 2 bukan nak halang masyarakat berzina. So, pembolehubah dimanipulasi diorang bertetapan dengan apa yang diorang sandarkan untuk bertindakbalas. Tapi makcik. Kita orang Islam. majoriti rakyat Malaysia adalah penganut Islam. Zina tu haram makcik. Dosa besar kalau orang buat. Saya nak tanya ni. Makcik jawab betul2 ea. Apasal nak guna sangat undang2 kafir bingai 2? kenapa xnak ikot undang2 Islam?

*tarik nafas dalam2*

Tinggi harapan saya, agar makcik memberi penekanan khusus kepada penerapan Islam kepada anak2 muda Malaysia. Kuat-kuasakan pahala-dosa dalam sistem kehidupan kita. ingatkan masyarakat tentang hidup ni bukan hanya untuk dunia semata2. Bukannya ajar diorang berzina guna langkah pencegahan kehamilan. Boleh makcik kan?
Saya percaya makcik ni bijak. Sebab 2 makcik dapat jadi menteri kan?

Tapi, sebelum tu, boleh x makcik pakai tudung elok2 dulu. *sigh*

Thursday, November 18, 2010

Perkahwinan yang DISUSAHKAN


Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Penerimaan Masyarakat

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.

Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.

Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.

b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Ustaz Nasrudin Hassan merupakan graduan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau kini merupakan Pengarah Akademi Ar-Rasyidin yang berpusat di Kuantan, Pahang. Blog episodeperjuangan.blogspot.com menjadi medium untuk beliau menulis di alam maya.


Friday, November 5, 2010

sesekali saya terlupa

Bismillah walhamdulillah.


*stress exam berjaya menghasil entry kali ini, TAHNIAH exam*

Sesekali saya terlupa yang saya sangat sayangkan keluarga saya. Jerih payah abah berusaha menyara saya tidak mampu saya dangkal lagi. Kesabaran dan tarbiyyah mak mencorakkan saya sehingga terjadinya izzatghazali hari ini memang tidak ternafi kata. Kesediaan angah menjadi kembar di kala saya keseorangan meniti zaman, teman menjejak masa, kanak2 bersama, remaja bersama membuatkan angah begitu istimewa. Kerajinan ateh sebagai biasan muslimah impian saya, keibuan yang terpancar setiap melayan karenah saya ternyata tidak akan saya lupa. Keazaman acik dalam menjadi pemilik kepada apa yang diimpi, sehingga menjadikan dialah tauladan terbaik saya sememangnya sukar saya lupuskan dari memori. Ketabahan alang dalam menempuhi medium berbeza daripada saya, raut wajah yang menyembunyikan seribu satu cerita sangat cukup untuk membuatkan dia sungguh berbeza. Keunikan uda, sebagai pemimpin yang mengepalai adik2 yang lain di teratak 292 takkan terpadamkan daripada memori. Kehadiran sepasang kembar, abang dan kakak sebagai tamsilan zaman kanak2 saya, kreativiti mempelbagaikan alasan bilamana kehendak tidak sama dengan peranan akan terus mekar dalam lubuk hati saya. Dan wujud sebagai penutup (insyaAllah), adik sebagai pelengkap kepada keluarga ini, dilengkapi dengan teletah yang tidak terduga, mood maker kepada keluarga, sanggupkah along melupakanmu sayang??

Sesekali saya terlupa yang saya sangat beruntung bila mana dikelilingi teman2 yang sungguh istimewa. Cham, Raafiq dan Yus hadir dengan watak yang berperanan sebagai roommate saya. Tempat saya mengadu betapa saya letih, tempat saya menangis tatkala sedih. Arm, Haziq, Imran dan Emi sebagai tetangga yang melengkapkan, mewujudkan sebuah kesatuan hati di kalangan kami. Dan untuk sahabat2 yang lain sebagai teman yang menyempurnakan sebuah kehidupan seharian saya (Dani, you’re include here ;p ). Teman yang tidak kisah siapa pun saya, seberapa terukkah saya, teman yang ada di sisi saya, tanpa sebarang syarat. Bukan kerana saya ialah ‘seseorang’ tetapi hanya kerana saya ialah teman mereka. Jalinan ukhwah yang insyaAllah akan utuh untuk selamanya. Ikatan yang takkan terungkai hanya dengan stigma2 murahan. Dan inilah kami.

Sesekali saya terlupa yang saya ada awak (How I wish to write who you are here). Seikhlasnya, tegarkah saya menafikan yang awak punya tempat dalam kamar hati saya? Dan betapa hebatnya perencaan Allah, menetapkan setiap lelaki itu dilengkapi dengan seorang wanita. Sebagai tempat untuk bersandar pabila lelah menjelma. Sebagai full-time-supporter yang walaupun awak tiada di hadapan mata, tetapi saya yakin dan sangat percaya, setiap kali saya menoleh, di situlah awak akan berada. Dan saya harap, masa itu akan tiba, tidak lama lagi untuk saya lafazkan, “Alhamdulillah, selamat datang CINTA.”

Sesekali saya terlupa, yang saya juga adalah insan biasa. Yang memerlukan Dia sebagai tempat saya berpaut. Di saat mereka yang lain berpaling, saya masih ada Dia. Pena takdir di tangan saya sudahlah kehabisan tinta, sedangkan di tanganNya terletaknya pemadam dan tinta yang sebenar. Biarlah dia menetapkan ceritera kehidupan saya, yang terlupa, betapa saya insan biasa.

Wallahua'lam. May Allah bless.

Tuesday, November 2, 2010

Wahai Orang2 Besar, Wahai Orang2 Kecil !!

Bismillah walhamdulillah.

*blog ini terpaksa bercuti buat beberapa ketika bukanlah kerana final exam yg mula menjengah tiba, tetapi kerana kegagalan system wayarless laptop saya yang tidak men’detect’ iium.community*

Selawat dan salam kepada rasul Junjungan, himpunan para sahabat2 baginda, lautan pejuang2 agamaNya tidak kira di mana anda berada, saf2 kepimpinan gerakan Islam, ulama’2 sebagai petunjuk sepanjang zaman, dan para pembaca yang dimuliakan Allah sekalian.

Saya melihat kegagalan orang2 besar di sekeliling kita, termasuklah kamu, dia dan juga saya, memberikan impak negatif yang bukanlah sedikit kepada dunia keseluruhannya. Ketidak-mampuan untuk menjadi qudwah hasanah kepada anak2 buah yang kamu, dia dan saya naungi menghakis kepercayaan mereka terhadap system kepimpinan sekarang. Natijahnya, sokongan, penerimaan, rasa hormat, perhatian dll trhadap kamu, dia dan saya mula luntur. Dan, mereka mula merasakan kehidupan tanpa orang2 besar adlh jauh lebih baik.

Tahukah anda? Tanpa orang bawahan, pimpinan tidak akan wujud, without students university is just a building, tanpa rakyat apa guna kerajaan? Membuktikan, betapa orang2 kecil memiliki suara majority yg jauh lebih berkuasa drp orang2 besar. Namun, kerana stigma ‘diam itu lebih baik’. Suara yang kuat ini sekadar diam, dan bertukar kpd mood ‘mengutuk’, either bercakap dlm hati, mengumpat belakang2, ataupun menunjukkan dgn tindakan sama ada mencalarkan kereta cikgu disiplin, memecahkan tingkap bilik persatuan ataupun memangkah parti lain pada hari pengundian.

Dan kebanyakan orang2 kecil langsung tidak menghiraukan fenomena ini. Tidakkah kalian tahu, dana kepada kepimpinan siapa yang tanggung? Gaji PM adalah hasil cukai pendapatan rakyat, gaji rector datang dari yuran semester pelajar, jadi untuk apa kamu, dia dan saya selaku orang2 besar ni KEREK sangat? Tanpa mereka siapalah kamu? Tanpa mereka siapalah dia? Tanpa mereka siapalah saya? Dan atas dasar apa lagi orang2 kecil mahu boikot Annual Grand Meeting, Perhimpunan Agung, Muktamar Tahunan, Konvokesyen Kebangsaan, Pilihanraya Umum mahupun Kampus ?? Itu duit kita, duit saya, dia dan kamu. Seandainya ia jatuh ke tangan orang yang salah, digunakan utk maqasid yang salah, disebabkan kealpaan kita, tidakkah kita fikir kita akan terlepas drp penghakiman Allah?

“maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah, niscaya dia akan mendapat balasannya. Dan barangsiapa berbuat kejahatan seberat zarah, niscaya dia akan mendapat balasannya” (al-zalzalah 7-8)

Dan wahai orang2 besar, jangan pandai cakap saja. Kamu, dia dan saya bukan selalunya betul. Berdegar2 percakapan, hanya akan mengundang bencana kepada diri seandainya tidak dititipkan sandaran kepada kepada Allah swt. Kadang2 orang besar merasakan mereka lebih pandai drp orang2 kecil walaupun di lapangan berbeza dengan bidangnya. dan orang2 kecil juga menyalahkan orang2 besar kerana tidak menjaga kebajikan mereka. dan orang2 kecil turut terlupa yang orang2 besar byk berkorban utk mereka tnpa mereka sedar.

Begitulah sebuah cerita. Tentang orang kecil dan orang besar. Indahnya perencaan Allah mencipta kisah untuk kita sertai dan hikmah untuk kita hayati disebaliknya.

May Allah bless. Wallahua’lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...