insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Friday, November 5, 2010

sesekali saya terlupa

Bismillah walhamdulillah.


*stress exam berjaya menghasil entry kali ini, TAHNIAH exam*

Sesekali saya terlupa yang saya sangat sayangkan keluarga saya. Jerih payah abah berusaha menyara saya tidak mampu saya dangkal lagi. Kesabaran dan tarbiyyah mak mencorakkan saya sehingga terjadinya izzatghazali hari ini memang tidak ternafi kata. Kesediaan angah menjadi kembar di kala saya keseorangan meniti zaman, teman menjejak masa, kanak2 bersama, remaja bersama membuatkan angah begitu istimewa. Kerajinan ateh sebagai biasan muslimah impian saya, keibuan yang terpancar setiap melayan karenah saya ternyata tidak akan saya lupa. Keazaman acik dalam menjadi pemilik kepada apa yang diimpi, sehingga menjadikan dialah tauladan terbaik saya sememangnya sukar saya lupuskan dari memori. Ketabahan alang dalam menempuhi medium berbeza daripada saya, raut wajah yang menyembunyikan seribu satu cerita sangat cukup untuk membuatkan dia sungguh berbeza. Keunikan uda, sebagai pemimpin yang mengepalai adik2 yang lain di teratak 292 takkan terpadamkan daripada memori. Kehadiran sepasang kembar, abang dan kakak sebagai tamsilan zaman kanak2 saya, kreativiti mempelbagaikan alasan bilamana kehendak tidak sama dengan peranan akan terus mekar dalam lubuk hati saya. Dan wujud sebagai penutup (insyaAllah), adik sebagai pelengkap kepada keluarga ini, dilengkapi dengan teletah yang tidak terduga, mood maker kepada keluarga, sanggupkah along melupakanmu sayang??

Sesekali saya terlupa yang saya sangat beruntung bila mana dikelilingi teman2 yang sungguh istimewa. Cham, Raafiq dan Yus hadir dengan watak yang berperanan sebagai roommate saya. Tempat saya mengadu betapa saya letih, tempat saya menangis tatkala sedih. Arm, Haziq, Imran dan Emi sebagai tetangga yang melengkapkan, mewujudkan sebuah kesatuan hati di kalangan kami. Dan untuk sahabat2 yang lain sebagai teman yang menyempurnakan sebuah kehidupan seharian saya (Dani, you’re include here ;p ). Teman yang tidak kisah siapa pun saya, seberapa terukkah saya, teman yang ada di sisi saya, tanpa sebarang syarat. Bukan kerana saya ialah ‘seseorang’ tetapi hanya kerana saya ialah teman mereka. Jalinan ukhwah yang insyaAllah akan utuh untuk selamanya. Ikatan yang takkan terungkai hanya dengan stigma2 murahan. Dan inilah kami.

Sesekali saya terlupa yang saya ada awak (How I wish to write who you are here). Seikhlasnya, tegarkah saya menafikan yang awak punya tempat dalam kamar hati saya? Dan betapa hebatnya perencaan Allah, menetapkan setiap lelaki itu dilengkapi dengan seorang wanita. Sebagai tempat untuk bersandar pabila lelah menjelma. Sebagai full-time-supporter yang walaupun awak tiada di hadapan mata, tetapi saya yakin dan sangat percaya, setiap kali saya menoleh, di situlah awak akan berada. Dan saya harap, masa itu akan tiba, tidak lama lagi untuk saya lafazkan, “Alhamdulillah, selamat datang CINTA.”

Sesekali saya terlupa, yang saya juga adalah insan biasa. Yang memerlukan Dia sebagai tempat saya berpaut. Di saat mereka yang lain berpaling, saya masih ada Dia. Pena takdir di tangan saya sudahlah kehabisan tinta, sedangkan di tanganNya terletaknya pemadam dan tinta yang sebenar. Biarlah dia menetapkan ceritera kehidupan saya, yang terlupa, betapa saya insan biasa.

Wallahua'lam. May Allah bless.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...