insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Friday, April 26, 2019

Hujung Minggu Kita

Bismillah walhamdulillah.

Harini ada banyak gila program. Tak boleh kata apa,  sebab memang kita dihimpit hanya ke hujung minggu untuk menambahnilai hidup, dalam keadaan ketaksuban kita kepada 9-6 & malam untuk rehat atas kelesuan sepanjang hari.

Aku jadi dilema sebab antara yang banyak itupun - aku tak pergi satupun haha.

Sebab aku setup polisi untuk keluarga - its either Saturday or Monday, jangan both. Family ada hak jugak atas masa kita. Dalam keadaan Ahad aku dah ada pengisian wajib datang, terpaksalah aku korbankan Sabtu.

Aku faham,  ada jiwa terasa bila kita tak dapat turun menyatakan sokongan, waima ada penganjur yang bagi pilih masa sendiri untuk slot.Tapi aku harap dia pun faham,  prioriti kita tidak lagi sama, kawan.

Sebab itu antara pesan jujur yang tidak selalu ditutur - sebelum kahwin,  ada anak - berlarilah mengejar hidup sepuas hati. Sebab bila ada anak,  ada suami/isteri : langkah sudah tidak jadi sejauh sewaktu bersendiri. Mungkin tidak terpakai untuk semua,  namun terikat dengan kebanyakan kita.

Dan lagi, menjaga amanah keluarga adalah lebih besar daripada amanah masyarakat,  negara. Malang sungguh bila kita lantang memperjuangkan hak dunia,  namun keperluan keluarga keciciran si belakang.

Menyumbanglah selagi terdaya.
Ia bukan lagi tentang sebanyak mana.
Kerana kapasiti kita tentu sekali tidak sama.

Izzat Ghazali
- member kata takut bini, staf kata family man,  tapi aku kata itu kewajipan aku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...