Minggu ni banyak sangat mende urgent - mungkin kafarah daripada bulan lepas punya bersenang-lenang kot.
Ada kes dengan Pemaju yang dah dapatkan perintah untuk robohkan kedai penjaja, ada kena prepare agreement untuk satu syarikat mendapatkan arang batu daripada negara luar dan bekalkan kepada TNB, ada kena prepare kertas kausa untuk kes fitnah, ada kena jumpa orang pasal kena buang kerja blablabla tu je yang urgent.
Setiap kali langkah masuk office, mesti rasa aduhhh serabut betul kepala ni. Sebab nak mengadap karenah orang - dan melawan kemalasan sendiri. Orang cakap, kalau kita minat buat something, kita takkan rasa penat buat kan? Bini yang kita sayang pun ada waktu kita rasa geram dengan dia, apatah lagi dengan kerja. Bila buat mende sama, kita jadi tak fresh, dan lemau.
Aku serius minat betul jadi lawyer. suka menulis, suka bercakap, suka discuss dengan orang-orang power. cumanya, repetation yang membuat mende tu 'hilang harga'.
Sebab tu kadang-kadang, aku akan divert advocacy work ni dengan buat kerja bini aku, buat soalan exam students dia contohnya. Ia macam stimulate other part of the brain la konon-konon.
Tapi bila aku tengok kawan-kawan lain yang macam loss, dengan macam-macam isu. Asyik meraban kat medsos pasal karenah bos, politik office etc, aku rasa syukur. Sebab sekurangnya aku dah tak perlu hadapi dah keserabutan itu. Sakit weh. Rela atau paksa, apa yang bos suruh tetap kena deliver.
Indirectly buat aku sedar, selagi nyawa di dada, ujian pasti akan tiba -waima dalam apa jua cara sekalipun.
Stress, pada aku - perlu. cuma ia mesti kena pada kadarnya.
Kalau berlebihan bahaya, boleh bawak kemurungan dan rasa rendah diri.
Kalau takde pulak, jadi buat tak pressure langsung dan kerja sambil lewa.
Jadinya sekarang - Alhamdulillah - sebab aku stress dalam keadaan ada file masuk, (part payment letak tepi) sedangkan ada kawan lain yang stress sebab takde apa nak buat.
Yang paling utama,
Semoga stress ini, bernilai ibadah.
Izzat Ghazali.
1128 230419
No comments:
Post a Comment