insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, April 17, 2019

DI AMBANG RAMADAN


Bismillah walhamdulillah. 

Waktu aku tulis ni, dalam tempoh kurang 3 minggu, insyaAllah Ramadan akan menjelang. Bulan yang dijanjikan seribu kerahmatan untuk orang yang menanti, dan mengambil peluang. Dan hanya akan berlalu sebagai bulan yang biasa - sama seperti lainnya - buat yang leka dan terbuai dengan sibuknya dunia. 

Apa yang dah kita bersiap untuk Ramadan? Tak sure nak buat apa, kerja tetap kena jalan macam biasa, court case still jalan siap ada yang ke Seremban, office pun kena running kang duit raya pulak pending, anak-bini pun tetap sekolah-kerja macam biasa. Cuma - aku taknak jadi orang yang rugi, dah berapa kali Ramadan dah datang, tapi tetap buat macam biasa. 

Jadinya, ini adalah antara perancangan aku - insyaAllah sepanjang Ramadan kali. Bila sebut 'rancang' ni, kena faham-faham sendirilah yang kadangkala tak menjadi pun sebab tentunya perancangan Allah-lah tentu sekali lebih baik. 

1) deactivate FB. 
dulu aku tak activate sebab kononnya, boleh buat baik dengan ada medium sosial ni. tapi sejak kebelakangan ni - aku rasa kita makin jadi rosak bila terbuai dengan seronoknya bersosial dengan orang yang bukan depan mata. Sindir menyindir, troll, kutuk-maki, even respect/hormat kat orang boleh jadi hilang macam gitu je. Malang sungguh kita. 

2) baca Quran - sebanyaknya. 
tahun lepas aku tak sempat nak khatam pun. so tahun ni aku taknak jadi poyo dengan konon berazam nak khatam, tapi ke laut. realiti kerja sendiri, kau lah bos, kau lah kuli sangat membataskan masa. ada waktu yang rilek, memang 5-6 episod Running Man boleh habis sekali hadap. tapi kalau kena waktu sibuk tu ya Allah - nak makan pun tak sempat, nak pergi kencing pun rasa buang masa. jadi harapnya, dengan berkurangnya aktiviti di 1), aku boleh spend banyak masa - untuk baca Quran. insyaAllah. Adik aku ada tulis baru ni, banyak mana kita kena baca Quran? Banyak mana kau nak ketenangan.

3) tidur dan bangun awal. 
ini masalah besar, sebab aku perasan yang aku ni lagi perform bila buat kerja malam. Siang waktu untuk jumpa orang, cari bahan, malam ialah waktu buat, waktu goreng. tapi insyaAllah Ramadan kali ni, aku sedaya mungkin tarik awal, or tolak lewat kes-kes besar, supaya aku dapat peace of mind untuk dapatkan tidur yang cukup insyaAllah. 

4) dengar Quran/ceramah/kuliah.
tahukah anda, waktu yang dihabiskan dalam kereta aku menjangkau 2-3 jam kalau kena caranya? destinasi jauh, jalan jem memang paduan yang baik - untuk memenjarakan aku dalam binaan besi kenderaan. Yang sekarang ini dihabiskan dengan dengar Pakcik Nasi Lemak, Benar Atau Cabar dan lain-lain mende yang menipu otak kau dengan ketawa kosong, dan sebenarnya hilang tak berdegih pun. so aku cadang nak cari CD Quran, dan dengar ulang-ulang sampai aku bosan. dan nak download ibrah ke, motivasi pagi ke, usrah nurani ke, bubuh dalam pendrive dengar dalam kereta. yang ini insyaAllah boleh buat. 

5) spend time membaca/menulis.
aku perasan, sepanjang jadi Lawyer ni - jarang gila aku baca buku selain daripada kes, sekyen blabla. Buku PBAKL zaman dapat baucer buku tu pun bersepah lagi Allahu. Aku taktahu la bila nak baca. Sebenarnya, baca memang kena paksa. Paksa dan paksa sampai ketagih. Dulu zaman belajar, aku boleh habiskan satu buku semalam. confirm la bukan buku belajar kan, tapi serius. punyalah sedap. ya Allah, di manakah kesedapan membaca tu hilanggg? dan menulis pulak, memang aku malas. Update FB pun aku malas sebenarnya, tapi kadang-kadang sebab ada mende yang jadi, yang wajar untuk jadi memori - sebab FB ni ulang balik setiap tahun kan? - jadi aku pun 'terpaksa' la post. dia bukan taknak post, tapi memang kalau kerja kau dah menulis - kau akan jadi sangat malas.

ini insyaAllah akan jadi target Ramadan aku. Mesti kau pelik, eh kenapa tak bubuh semayang dhuha ke, tahajud ke, hahaha. yang tu takyah tulis kang kau tepek aku pak lebai kaki tahlil pulakk. 

Buatlah apa pun cuma yang paling penting, semoga apa yang dibuat tu membawa kita lebih dekat dengan Allah, bukannya lebih jauh.

Semoga Allah redha.

Ya Allah sampaikan kami kepada Ramadan.

Izzat Ghazali
Office. balik meeting dengan geng melayu. 
dan baru sudah update files dengan staf. 






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...