insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Sunday, October 25, 2009

~ExaM dan KiTa~

Exam!! Exam!! Exam!!

Allahuakbar, beban study sangat terasa sejak bulan Oktober mula menunjukkan tanda-tanda pengakhirannya. Sempatkah untuk men’tranfer’kan cebisan-cebisan ilmu di library+kelas+note ke dalam kepala?? Cukupkah kapisiti akal ini untuk menampung beban kemasukan yang mendadak dalam 2 3 hari mendatang?? Bebaloikah untuk tukar memorycard dalam kepala yang mampu menampung jumlah yang lebih besar ataupun sekadar format memorycard?? Cukup cekapkah RAM 1giga ini untuk memastikan proses pencarian data tidak tersumbat di depan meja peperiksaan nanti??

Menghadamkan ilmu dari dada buku tidak semudah proses pencernaan manusia. Bukankah lebih mudah seandainya ada dijual jus TORT, kari CONTRACT, nasik TRANSAC supaya mudah kami meletakkan ia dalam sistem ilmu dalam minda ini?? Jika tidakpun, bukankah lebih senang seandainya fungsi COPY and PASTE dlm microsoft Word2007 ini dapat diadaptasi secara total bagi seorang penuntut?? Melekatkan ilmu dari contengan buku nota tidak semudah upload gambar dalam Facebook.


Kegilaan ini sekalipun sepatutnya tidak menghalang kita merenung betapa kita amat gusarkan peperiksaan final sem di dunia, berbanding peperiksaan Allah di akhirat. Padahal, pada hakikat yang semua kita maklum, peperiksaan Allah itu boleh datang bila-bila masa sahaja, di mana-mana jua. Justeru wahai pendamba redha Allah sekalian, marilah kita berusaha segenap daya untuk mengejar pointer 4.0 sekaligus jannatul firdaus kelak. Amin~

Selamat rasa takot bila exam da dekat~ selamat rasa menyesal sebab tak study dr awal~ selamat rasa cuak tyme tgok note byk ag pdhal masa da suntuk~ selamat rasa mengantuk bile stay-up malam2 sbb xabes cover lagi~ selamat rasa malu ketika consult ngn lecture sbb nk merayu nk amk exam psl da kne bar~ selamat rasa besh ble ap yg dibace masok dlm exm~ selamat rse sedey bile bacer byk2 tp lost dlm dwn pekse~ selamat membace note dlm toilet smasa exam sdg rancak blangsong~ selamat lwn tarik ketas ngn pegawas exam sbb xnk antor ag pdahal msa da abesh~ selamat menunaikan tgjwb besar sbgai student iaitu menempuhi
~FINAL EXAM~

Selamat berjuang sahabat sekalian~ semoga Allah mengasihani kita~ dan mempermudahkan segalanya~ amin~

[dedikasi utk sape ek? Smua skali lah ye~]

tanggunjawab memlih pimpinan

Salam alaik, para pengemis cinta ILLAHI sekalian~

[artikel ini aku tulis utk mereka2 yg masih tidak mengerti mengapa kita harus menunaikan tanggungjawab memilih pimpinan]

Di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AiKOL), kami baru sahaja selesai menjalankan tanggungjawab pengundian utk saf kepimpinan terbaru Law Student Society (LawSoc). Artikel ini ditulis bukan dengan objektif untuk menembusi pemikiran para penatap sekalian dengan pujukan untuk memilih calon idaman aku, bahkan sekadar untuk menggetarkan kocakan pendirian tentang kewajiban memilih kepimpinan.

Tanggungjwab memilih pimpinan ini sebenarnya sudah dibahaskan sepenuhnya sejak dasawarsa yang lalu. Kita dapat melihat pelbagai sistem kepimpinan diperkenalkan dunia, demokrasi, autokrasi, dan pelbagai lagi. Islam turut menyediakan produk untuk political-government ini melalui sistem khilafah. Bermula dengan Rasulullah sebagai Khalifatul Islam pertama, yang menerajui tampuk negara, legasi baginda diteruskan dengan khulafa’ arRasyidin, pimpianan Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah.

Waqi’ hari ini melakar sebuah pembaharuan kepada kita apabila setiap daripada kita memiliki hak untuk memilihpimpinan. Abraham Lincon dalam petikan ucapannya menyifatkan demokrasi sebagai power from people, to people, for people. Pilihan majoriti akan diangkat sebagai pemimpin. Memang tidak perlu dijadikan sebuah persoalan lagi, tentang pengaruh pimpinan yang dipilih lantaran memiliki bilangan penyokong yang lebih ramai, namun dari nuansa berbeza, benarkah pemimpin yang disukai ramai itu adalah yang terbaik?

Justeru sahabat sahabiah sekalian, aku mengambil peluang dan kesempatan ini untuk megajak kalian berfikir sejenak, mengapa memilih pimpinan menjadi tanggungjawab buat semua daripada kita. Firman Allah, patuhilah Allah, patuhilah Rasul, dan pemimpin di kalangan kamu. Kepentingan memilih pimpinan juga terbias sewaktu kewafatan Nabi Muhammad, apabila hanya Ali dan Abbas yang menyempurnakan jasad baginda untuk disemadikan sementelah sahabat-sahabat yang lain bermusyawwarah mengasak akal mencari bakal pengganti Rasulullah. Tuntas, usah bersenda dengan pilihan pimpinan kita. Soal mentadbir baik sebuah persatuan, organisasi atau negara sekalipun, tidak wajar dipandang enteng. Ini bukan masa untuk berekspermentasi dengan pilihan-pilihan yang ada, bukan masanya untuk berfantasi sejauhmana mampu merek a mendeklarasi manifesto, sebaliknya kebijaksanaan kita bangkit untuk mereliasasi sebuah mimpi.

Wallahua’lam~

[tahniah utk pimpinan LAWSOC yang baru, di bawah teraju Saudara Husaini, semoga awan rahmat sentiasa menaungi dan akar berkat menunjangi derap langkah kalian]

Sunday, October 18, 2009

Open House versi K.A.M.i

Salam buat para pembaca sekalian~

Alhamdulillah, apabila aidilfitri semakin sampai kepada penghujungnya, ramai di kalangan kami yang mengadakan rumah terbuka untuk meraikan ukhwah fillah yang terjalin sekian lama ini. Bermula dengan rumah Syed Fadhil, Ridhuan dan yang terakhir di rumah Syau dan Yusri. Terasa betapa nikmatnya bersahabat apabila kami saling mengenali ahli-ahli keluarga masing-masing. Seakan-akan tali ikatan hati-hati ini kian diperketat apabila mula memasuki fasa bersama keluarganya. Hujah akhi Zikruamin amat terasa benarnya, terngiang di telinga pesanan beliau sewaktu dalam flight ke Sabah dulu, “Jat, bile kite gi jale doh umoh saing kite 2, kite akan rase sayang die lebih.”

Analogi mudah, Fatimah Syarha dan Ustaz Hasrizal pernah menyebut dalam buku-buku karangan mereka, perkahwinan bukan hanya wasilah memeterai dua jiwa, sebaliknya medan menggabungkan dua keluarga. Bezanya, istilah perkahwinan digunakan untuk lelaki dan perempuan, tapi tidak bermakna formula serupa tidak boleh diaplikasikan untuk teman sejantina. Rentetan daripada itu, untuk cuti sem akan datang, aku bercadang mengembara ke bumi Perak, menjejaki rumah Hisham Marzuki, Daniel Yusof dan juga Issyam Ismail. Bersambung ke Sungai Petani, Kedah melawat Zainal Akram dan berakhir di bumi Perlis, ke rumah Raafiq Zakaria. Mudah-mudahan, rancangan solo ini akan dimakbulkan Allah swt. Amin.

Perjalanan ke rumah Syed Fadhil Hanafi tidak jauh, rumahnya hanya sekitar Giant, Batu Caves sahaja. Aku tidak berapa bersedia sebenarnya lantaran baru sahaja mengikuti program. Namun, disebabkan kata-kata semangat, makanan umah Syed sedap-sedap. Aku redha membuntuti Hisyam, Isyam dan Daniel. Ayah Syed berpakaian segak, mungkin berperanan selaku tuan rumah pada hari ini. Tidak sukar mengenali adik-beradik lantaran muka ala-ala Chinese yang mereka warisi. Kami dihiburkan dengan sekumpulan sepupu Syed yang masih kecil, yang asyik bermain aci nyorok di hadapan kami. Issyam dan Hisham menguasai sepenuh permainan, membuatkan aku dan Daniel agak ketinggalan. Jarang sebenarnya aku mengalah, tapi disebabkan perut sudah penuh dengan barbeque di akhir program tadi membuatkan aku tewas lebih awal.

Pelawaan ke rumah Dhue ternyata disambut meriah oleh kami lantaran dasar berjimat-cermat amalan mulia yang kami sama-sama dokong. Namun, hampir tersentak pendirian kami lantaran waktu yang Dhue peruntukkan untuk kami bertembung dengan tutor Transac ( Kak Aiman). Aku yang baru sahaja membatalkan puasa untuk memenuhi ajakan Dhue (apabila teringatkan tanggungjawab Muslim terhadap Muslim yang lain) agak terkilan sebenarnya. Terasa rugi membatalkan puasa menyebabkan aku nekad mengikut Emi, Syed, Cham, Isyam ke rumah Dhue. Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya, baru sahaja keluar dari UIA, aku menerima mesej mengatakan tutor Transac diBATALkan. Sesampai di destinasi tujuan, kawan-kawan ayahanda memberikan ruang kepada kami mengambil tempat. Tidak mahu kempunan lagi, aku memainkan peranan dengan lebih baik kali ini dengan menjadikan sesi lalu sebagai guideline. Legasi kami turut disertai kereta Arm yang sampai agak lewat.

Mungkin disebabkan cabaran Syed, anggaranku rumah Dhue sebagai penutup Jalan-Jalan Cari Makan Free kami tersilap percaturan. Kali ini, tanzim lebih mantap kami atur, hasilnya, 3kereta sekaligus akan bergerak daripada UIA bagi mengasak rumah Syau. Perjalanan yang agak jauh seakan-akan mendera perut kami. Perjalanan yang dipandu intuisi Isyam alhamdulillah tidak silap. Sebaik kaki terjejak di rumah Syau, ibunda Syau berdiri di pintu menyambut kedatangan kami. Ini merupakan kali kedua sebenarnya aku menziarahi rumah Syau, sewaktu di CFS Nilai dulu aku pernah menginap di sini bersama Cham. Aneka hidangan , Nasi Ayam, Nasi Dagang, Soto, Mee Goreng tepat pada masanya. Kehadiran Emi kali ini sedikit sebanyak mengugat kami. Usai solat Zohor di surau bersebelahan rumah, kami memohon diri. Sekelumit kesal berputik di hatiku, datang, makan, kenyang, balik?? Hanya sekadar itu kami manfaatkan kedatangan penuh karamah ini?? Bagi memberikan rawatan awal pada luka di hati dengan First Aid kit, aku berbual-bual dengan ibunda Syau, berharap agar kunjungan kami tidak menyusahkan beliau.


Niatku, tidak mahu menyusahkan Yus lantaran kami tidak memberitahu kedatangan kami sejak awal tambahan lagi, rumah Yus tidak termasuk dalam master plan asal. Namun begitu, secara persendirian aku merasakan agak membazir,masa (yang sepatutnya dihabiskan dengan study TORT), duit tol+minyak, dan tenaga seandainya hanya rumah Syau yang menjadi destinasi kami setelah hampir 1jam terperap dalam kenderaan. Aku menyuakan pandangan kepada Raafiq dan dia terus bertindak menghubungi Yus menanyakan kesudian menyambut kami, dengan tujuan asal untuk mengenali rumah Yus.Alhmadulillah, permohonan kami diterima mudah tanpa melalui proses rayuan. Perjalanan ke rumah Yus tidak sukar, kerana kami disertai komrad baru yakni Syau yang arif dengan jalan ke rumah Yus. Setibanya di sini, rumah Yus sudah dipenuhi sanak saudara, Meehon Sup, Nasi lauk Ayam menjadi hidangan. Patutlah hati ini beria sangat nak melawat Yus, memang ada majlis rupanya. Dugaan kali ini cukup besar, bagi orang biasa sudah tentu tidak mampu menghadapinya. Ramai yang sudah kecundang tatkala di rumah Syau lagi. Aku makan sekadar menghormati tuan rumah, tetapi ada juga makhluk pembela yang masih lagi makan seperti biasa. Kedahsyatan system defragment perut mereka bermain-main di benakku sepanjang perjalanan pulang.


Konklusinya cukup mudah, hadith Rasulullah mengingatkan kita, ‘tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silaturrahim. Ku dedikasikan artikel ini buat semua peserta program ini [Cham, Raafiq, Yusri, Nurhelmi, Hasziq, Imran, Arm, Isyam, Dhue, Zam, Syed, Daniel, Syau, Muaz n Acap]. Maaf sahabat sekalian, seandainya ada tulisan yang menghiris kalbu, menikam perasaan, sekadar sebuah persembahan pentas tarian jari aku j nih.No hard feeling between two players (ayat commentator PES).Doaku, YaAllah, kau satukanlah hati-hati kami dalam mendamba mardhatillah milikMU.

Penerapan Budaya Membaca


Salam sejahtera para pejuang, penuntut ilmu sekalian~

Berkesempatan menghabiskan serelung masa di kedai-kedai buku sewaktu ‘Operasi Ma’ruf’ semasa CONVEST sedang berlangsung baru-baru ini ternyata mampu mengusik hati yang kegersangan ini. Menyedari hakikat ketandusan ilmu pemilik hati ini, aku meneruskan inisiatif yang sebati sejak bertahun-tahun lalu ; memilih bahan bacaan. Dalam kesempitan meniti hari-hari terakhir semester amatlah dikatakan sangat sibuk. People are busy, by doing nothing. Kiraan aku baru-baru ini ternyata mengiakan ‘saying’ itu. Masih banyak lagi masa yang sebenarnya aku sendiri tidak tahu kemana telah ku laburkan. Waktu yang kadang-kadang kita terlepas pandang ; semestinya bukan waktu perdana dan kita sendiri tidak berbuat apa-apa ketika itu.

‘Cerita dari Hati’ karya Nurul Nazwa mengisahkan keteguhan jiwa Aisha Humaira mendepani kehidupannya. Sebuah kisah yang biasa-biasa sebenarnya. Mungkin pengarang masih lagi mencari rentak penulisannya yang kadangkala agak lari dari identiti. Menariknya, novel ini menunjukkan kepada kita bagaimana sepatutnya kehidupan seorang pelajar Muslimah, bagaimana Myra bermuamalat dgn sahabat, penglibatan dalam persatuan-persatuan,komitmen dengan usrah, kekuatan jiwa mendirikan ibadah dan sebagainya. Namun, ke’sempurnaan’ hidup sebagai watak utama dalam sebuah novel agak bebas dari lingkaran logik dan membuatkan roomate aku muak. Masakan tidak, Myra lah segalanya. Agak keterlaluan penulis mendewa-dewakan watak utamanya. Pengolahan yang terikat kepada ke’hebat’an Myra juga turut menjadi faktor, aku lambat menghabiskan rentetan peristiwa novel ini.

HAMAS ; Pejuang Kota Suci BaitulMaqdis. Ucapan penuh keramat Dr Khalil al-Hayya, wakil Hamas dari Palestin, sangat meruntun kelalaian sekeping hati. “Alhamdulillah,kami dipilih oleh ALLAH bagi mewakili umat Islam seluruh dunia menentang musuh Allah sekaligus mempertahan Masjid al-Aqsa”. Bumi yang diberkahi tanahnya itu, menyaksikan jiwa-jiwa syahid mencari cinta abadi. Kupasan ideologi HAMAS, tanzim, susur galur organisasi, pembinaan generasi, budaya mendampingi masjid, keluhuran akhlaq, kebergantungan kepada Allah, semangat tidak menyerah dll. Hadith riwayat imam Ahmad menjadipemangkin kebesaran semangat mereka , “akan sentiasa ada dikalangan umatku yang berterusan memperjuangkan kebenaran, mereka bersikap keras terhadap musuh dan tidak akan dikalahkan sesiapa pun. Mereka menginap di Baitul Maqdis dan sekitarnya”. Mengagumkan apabila pembunuhan bersiri pucuk pimpinan HAMAS sediktpun tidak merencatkan usaha mereka. Syeikh Ahmad Yassin, Dr Aziz Rantisi, Dr Salah Syahadah adalah antara nama-nama besar dalam HAMAS yang telah menemui Allah. Apabila kematian Syeikh Ahmad Yassin diketahui ramai, Palestinian tidak merintihlama, dendam semakin marak, ribuan Syeikh Ahmad Yassin akan lahir bagi menamatkan kezaliman Zionis kelak. Aku teruja dengan keengganan Hamas utk membunuh saudara sendiri meskipun FATAH, PLO, pihak keselamatan PA tidak pernah serik menghimpit mereka. Setinngi harapan, semoga semangat yang Allah tiupkan dalam diri pejuang-pejuang turut Allah selitkan dalam lipatan-lipatan hati para pejuang agama Allah di Malaysia ini.

Aku Terima Nikahnya 2 ; Bercinta sampai ke syurga. Kompilasi kisah Ustaz Hasrizal dalam menguruskan rumah tangga memang wajar dijadikan contoh kepada para syabab sekalian. ‘Erti hidup pada memberi’ sedikit sebanyak memberikan impak kepada ku. Agak lambat aku menghabiskan bacaan buku yang sudah glamour ini. Merangkak-rangkak menyusun kembali input-input yang dicedok agar masa yang dihabiskan tidak sia-sia. Tidak perlulah diolah panjang rasanya.

Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul, bingkisan Qaniah utk semua tercinta. Garapan Fatimah Syarha Noordin, yang cuba mengajak adik-adik remaja sekarang mengikuti jejaknya, menganyam cinta dengan sang suami. Novelis kelahiran Terengganu ini turut berbakat untuk menghasilkan puisi-puisi. Pengalaman Fatimah cukup menjadikan novel ini tega dengan identitinya, tidak lari, penyampaian juga tidak mencapah sebalik fokus kepada satu demi satu. Dari perspektif berbeza aku melihat, penulis sepatutnya tidak menjadikan kisah hidupnya sebagai pengisian, lantaran usia perkahwinan yang masih awal, kemungkinan cabaran-cabaran tahap klimaks belum terasa. Mengajak para Muslimah untuk menjadi sepertinya tidak terlalu keterlaluan, tapi andai kata aku menjadi Fatimah Syarha, akan kuolah kisah cinta Rasulullah kepada Khadijah, dan Aishah. Kisah Zulaikha dan Daud, Balqis dan Sulaiman, dan sebagainya. Kurangnya pendedahan kepada masyarakat mengenai episod cinta berlandaskan syariah ini sepatutnya menjadi peluang keemasan untuk penulis berbakat besar sepertinya menceburi bidang itu.Hajat besar di hati, ingin belajar mendalami rentak tari penulisannya dengan lebih mendalam.


Selamat membaca~

[terpengaruh dengan bedah buku]

Tuesday, October 13, 2009

kekalahan yang diperlukan

Salam sejahtera utk para Rasul utusan~ dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam~ Semoga redha Allah terus membelenggu hati-hati kelam kita semua ini~

Ternyata, seluruh Malaysia sudah mengetahui, bahawa BN berjaya menghentikan penguasaan penuh PR dengan kemenangan besar di PRK Bagan Pinang baru-baru ini. Tan Sri Isa Samad, yang juga mantan MB Negeri Sembilan mengalahkan Pesuruhjaya Pas, Ustaz Zulkefly Mohd Omar dengan majoriti 5435 undi. Nyata, kekebalan PR yang selama ini mendominasi siri-siri PRK sebelum ini sudah terhenti. Aku tidak berminat sangat untuk berbicara lanjut tentang proses PRK tersebut yang mana berlakunya pertindihan undi pos, kecaman dari samseng-samseng tempatan, gerai-gerai yang dibuka di tepi jalan tanpa permit, pedang samurai, kesesakan lalu lintas, masjid-masjid yang penuh dan lain-lain.

Tidak usah menuding jari menghalakan bebanan kesalahan ke bahu-bahu orang lain. Bersamalah kita memikulnya, menganalisa kembali bagaimana mood rakyat boleh berubah. Dari satu sudut, usahlah menyesali menangisi kekalahan ini. Tidak perlu curiga dengan janji-janji Allah. Kekuatan pasak akidah dalam dada sepatutnya mengajak kita merenung kembali, di mana silap-silap kita. Allah berfirman, “Tidak aku timpakan bencana ke atas kalian andai bukan kerana dosa-dosa yang kalian lakukan.” Mengapa kita perlu kepada sebuah kekalahan? Betapa bijaksananya Allah, apabila memberikan tamparan kepada kita setelah 7 PRK di Semenanjung memihak kepada PR. Betapa sayangnya Allah apabila Dia tidak mahu saf-saf pimpinan kita terus lena dibuai mimpi-mimpi indah.

Dengan sebuah kekalahan kita akan lebih mengerti erti kesusahan memburu kemengan. Dengan kekalahan kita akan lebih mengingat betapa hanya Allahlah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dalam al-Mathurat, kita selalu menyebut , “sesungguhnya Allahlah pemilik alam buana ini, Dialah yang berkuasa untuk memberi kekuasaan kepada sesiapa jua, dan Dia jugalah yang berhak menariknya semula.” Dengan kekalahan juga, kita mencari jalan untuk menjadi lebih baik, kita memartabatkan kembali elemen tawakal dalam diri yang kadangkala kita pandang sepi. Hebatnya suratan takdir ALLAH, buat mereka yang berfikir.

Kita sangat bernasib baik, apabila dijatuhkan sewaktu baru di tingkat 7, walaupun mungkin parah, namun tetap ada peluang untuk pulih, bagaimana seandainya Allah memberikan kita kejatuhan di saat kita di tingkat 100? Ataupun di mercu, persada sebuah kegemilangan?” Adapun kita sangatlah bernasib baik andai ditakdirkan masih hidup, tetapi secara fitrahnya mungkin jasad ini hancur berkecai. Demikian secara analoginya, tersirat sebuah penentuan.

Namun, ingatlah wahai jundullah sekalian, kemenangan bukanlah matlamat utama kita, apabila menginap di kuburan kelak, bukan sebanyak mana kemenangan yang kamu peroleh akan ditanya, sebaliknya sejauhmana telah kamu berjuang untuk sebuah kemenangan lah akan jadi penentu destinasi selepas itu. Gunakanlah kekalahan sebagai hadiah indah Allah, wasilah muhasabah terbaik untuk melihat kembali tapak-tapak perjalanan kita.
Sesungguhnya peringatan Allah akan sentiasa bertandang di dalam diari perjuangan kita, bertolak kepada kitalah untuk menyedarinya sekaligus mengubahnya sebagai momentum, ataupun sekadar membiarkan peringatan itu pergi.

( England pon kalah gk nih~ iskh~ kene muhasabah jgk kot =p )

Saturday, October 10, 2009

CONVEST

Salam alaik~ selawat buat junjungan mulia~ n semoga hidayah Allah kekal menginap di hati-hati kita~

Meluangkan sebahagian malam berjalan tanpa tujuan di Convest Hill menemukan aku dengan rakan-rakan yang sebenarnya dekat, tapi sukar untuk bersua. Sunyi sepi kawasan ini pada malam kebiasaannya dilenyapkan dengan ratusan orang yang berpusu-pusu mengunjungi gerai-gerai jualan yang dibuka. Di sudut sebelah sana, kelihatan pentas yang dihias indah utk pertandingan nasyid berhadapan dengan beberapa warung makanan. Kelihatan seperti sebuah pesta lagaknya. Peniaga-peniaga dari seluruh Malaysia datang berkampung di sini sepanjang CONVEST berlangsung. Melihatkan kuasa beli yang dimiliki dari para siswi mungkin lebih besar dari para siswa, kebanyakan barang-barang yang diniagakan khas utk kaum Hawa. Suasana bingit dengan suara dan ragam tersendiri manusia.

Seorang teman melahirkan komen, jujur dan pedas, “CONVEST macam uptown kt Danau” sebuah kenyataan yang mengundang banyak spekulasi sebenarnya. Aku tidak mahu memanjangkan perbicaraan dengannya lantaran aku juga menjadi sebahagian dr organizing committee utk CONVEST. Walaupun dari program yang berbeza, namun sedikit sebanyak tempiasnya tetap terasa di muka. Apa agaknya yang beliau fikirkan apabila menyamakan CONVEST ngn uptown DANAU??

Alhamdulillah lah andainya dia hanya menyamakan lantaran daripada gerai-gerai pakaian yang dibuka secara meluas, baju-baju bertulisan, aksesori ; topi, kacamata dll. Tapi, bagaimana jika dia memaksudkan sesuatu yang lebih jauh dari itu? Sekadar contoh kehadiran illegal couple yang bertali arus, pemakaian sebahagian sister (yang pada perspektif aku agak melaram), ataupun ketidakhormatan pada waktu solat? Aku tidak dapat menyatakan jawapan kepada pandangan peribadi@tersendiri dia sama ada aku menyatakan sokongan ataupun bantahan terhadap provokasi darinya disebabkan ini adalah kali pertama aku mengalami, mengikuti dan menyertai CONVEST. Jadi aku tidak dapat membuat perbandingan samaada ia sepatutnya lebih baik ataupun ini adalah yang terbaik yang boleh kami lakukan.

Daripada nuansa berbeza aku beranggapan masih ada ruang-ruang penambahbaikan yang wajar kita semua sama-sama perhati dan perbaiki. Dari sudut penganjuran, nyata ia menunjukkan gahnya sebuah organisasi yang merencanakan perjalanan festival kali ini. Namun, terdapat kepincangan daripada sudut pengurusan. Benar, andai dibandingkan dengan festival yang pelbagai di luar sana, ia jauh lebih baik. Sepatutnya, penganjuran festival di dalam sebuah universiti ISLAM wajar menjadi peneraju dalam menampilkan sebuah festival yang menepati syarak dan seterusnya diharap dapat menjadi benchmark ataupun contoh ikutan kepada festival-festival di luar sana.
Deklarasi pendirianku, aku tetap berpegang pada ‘the largest room in this world is the room for self-improvement’.

Secara mudahnya, berlapang dadalah untuk mendengar pandangan dan bersedialah untuk berubah, seandainya kita silap. Dan andai kata, kita telah melakukan apa yang terdaya, berserahlah kepada Yang Maha Esa untuk mendapat hasil yang terbaik.
Wallahua’lam~

fitrah sebuah ujian

Alhamdulillah~ selawat n salam kepada junjungan mulia, kerabat keluarga Baginda, pada sahabat, tabi’ tabien, saf-saf ulama’ Islam, seterusnya muslimin-muslimat pemilik jiwa hamba seluruh dunia~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakahtuh~

Hari terasa sangat sepi hari ini, kebanyakan yang dijadualkan tidak berjalan sebagaimana dirancang. Acapkali, ujian Allah datang bertandang, bukti Dia masih menyayangiku. Bermain jelas di cupingku pesan seorang akhi, “Fitrah manusia itu adalah beriman kepada Allah, dan fitrah orang beriman itu adalah menerima, sejauhmana cara mereka menerima ujian itu menjadi penentu sedalam mana iman di dadanya”

Berbicara soal fitrah, kita lebih tertarik kepada [Cinta adalah Fitrah Manusia] berbanding [Beriman kpd Allah adalah Fitrah Manusia]. Sering, kita terlupa meletakkan tempat untuk Allah di hati kita. Dimana Allah sebenarnya dalam hati mulus ini agaknya? Fitrah mengaduni prinsip keperluan dan hak tanpa mencantas elemen tanggungjwab dan peranan yang mana tidak dipopularkan sangat. Buktinya, lelaki berpoligami kerana memikirkan itu hak mereka sedangkan jika diolah teliti, ia hadir bersama tanggungjawab yang semestinya tidak kecil. Anak kecil menangis minta dibelikan aiskrim, usah dimarahi kerana itu fitrah mereka, sambil diselitkan tanggungjawab untuk tidak mengotorkan pakaian mereka dengan aiskrim itu.

Ujian yang bertandang kiriman Allah buat kita ini tidak semestinya dalam bentuk sebuah penderitaan sebaliknya juga dalam bentuk sebuah kebahagiaan. Seorang sahabat mengadu kepadaku, dengan persediaannya yang mantap, beliau masih tidak memiliki ketajaman yang diperlukan semasa menjawab exam. Kebanyakan fakta yang dikuasai tidak dapat dikeluarkan@blur. Mungkin aku bukanlah orang yang arif utk memberikan pandangan tentang permasalahan isu ini lantaran, aku juga tidak terelak ‘pending’ dan ‘blackout’ semasa exam.

Tapi secara mudahnya, Allah kepingin mendenggarkan rintih tangis hambaNya mengadu, mendamba sebuah pengharapan. Mungkin Allah sengaja mahukan kita terus mendekatiNya kerana kita pada kebiasaannya tergelincir, terlupa kepadaNya apabila mendapat apa yang kita cari. Dan semestinya Allah akan menngantikan sesuatu dengan yang lebih baik apabila permintaan kita tidak dipenuhi. Sesungguhnya, usahlah menaruh curiga kepada Allah sedangkan Dialah Yang Maha Mengetahui.Al-Baqarah 216 ;
                     
216. …… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Secara keseluruhan, aku menjadikan artikel ini wasilah utk terus memujuk hati-hati mereka yang kerap diuji Allah termasuk hati ini. [ 1-kunci moto xingat letak kat mana time paintball kt gempak carnival, yg mbwa kpd xley g openhouse uma k’ida, tp nseb baek abg fitri ada, 2- display laptop brgegar yang bwt sakit hati bile nk gune laptop, 3-igtkn da setel sume assignment, bley fokus kt test next week, tp rupenye ad 2ag kne bwt yg ak xtaw sbb xdtg tuto, 4-mood nk study suda ilang lantran display skrin yang memeningkan n pkir kt kchatan moto aku, hehe]

Semoga kita senantiasa saling mengingati sepertimana yang ditegaskan dalam suratul ‘asr, utk termasuk dalam golongan mereka yang beriman. Wallahua’lam~

Thursday, October 8, 2009

ribuan langkah bermula dengan yang pertama

alhamdulillah~

selawat salam kpd junjungn mulia Rasulullah~ lafazan kesyukurn dirafaqkn setinggi k hdrat Illahi~ lantaran akhirnya~ bertempat di AiKol Cafe, brsaksikn Iena, Issyam, n Dhue, tanggal 9 okt 2009 menyaksikn akhirnya izzatghazali.blogspot brjaya di'muqaddimah'kn~ hasrat yg trpendam sekian lama ; memiliki blog prsendirian, alhmdulillah brjaya dilunaskn. moga dgn kelahiran medan pemikiran tersendiri ni mningkatkn kyakinan aku utk tros bdpan dgn rintangan merimbun yg xserik mnantiku dlm rentetan episod khidupan ini~

sekalung apresiasi utn Iena, Dhue n Isyam ats bantuan korg memakbulkn doa2 mrka yg sntiasa mndesak ak menulis kembali~ selamat menunjuk ajar bwt sume~

salam alaik~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...