insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Sunday, October 18, 2009

Open House versi K.A.M.i

Salam buat para pembaca sekalian~

Alhamdulillah, apabila aidilfitri semakin sampai kepada penghujungnya, ramai di kalangan kami yang mengadakan rumah terbuka untuk meraikan ukhwah fillah yang terjalin sekian lama ini. Bermula dengan rumah Syed Fadhil, Ridhuan dan yang terakhir di rumah Syau dan Yusri. Terasa betapa nikmatnya bersahabat apabila kami saling mengenali ahli-ahli keluarga masing-masing. Seakan-akan tali ikatan hati-hati ini kian diperketat apabila mula memasuki fasa bersama keluarganya. Hujah akhi Zikruamin amat terasa benarnya, terngiang di telinga pesanan beliau sewaktu dalam flight ke Sabah dulu, “Jat, bile kite gi jale doh umoh saing kite 2, kite akan rase sayang die lebih.”

Analogi mudah, Fatimah Syarha dan Ustaz Hasrizal pernah menyebut dalam buku-buku karangan mereka, perkahwinan bukan hanya wasilah memeterai dua jiwa, sebaliknya medan menggabungkan dua keluarga. Bezanya, istilah perkahwinan digunakan untuk lelaki dan perempuan, tapi tidak bermakna formula serupa tidak boleh diaplikasikan untuk teman sejantina. Rentetan daripada itu, untuk cuti sem akan datang, aku bercadang mengembara ke bumi Perak, menjejaki rumah Hisham Marzuki, Daniel Yusof dan juga Issyam Ismail. Bersambung ke Sungai Petani, Kedah melawat Zainal Akram dan berakhir di bumi Perlis, ke rumah Raafiq Zakaria. Mudah-mudahan, rancangan solo ini akan dimakbulkan Allah swt. Amin.

Perjalanan ke rumah Syed Fadhil Hanafi tidak jauh, rumahnya hanya sekitar Giant, Batu Caves sahaja. Aku tidak berapa bersedia sebenarnya lantaran baru sahaja mengikuti program. Namun, disebabkan kata-kata semangat, makanan umah Syed sedap-sedap. Aku redha membuntuti Hisyam, Isyam dan Daniel. Ayah Syed berpakaian segak, mungkin berperanan selaku tuan rumah pada hari ini. Tidak sukar mengenali adik-beradik lantaran muka ala-ala Chinese yang mereka warisi. Kami dihiburkan dengan sekumpulan sepupu Syed yang masih kecil, yang asyik bermain aci nyorok di hadapan kami. Issyam dan Hisham menguasai sepenuh permainan, membuatkan aku dan Daniel agak ketinggalan. Jarang sebenarnya aku mengalah, tapi disebabkan perut sudah penuh dengan barbeque di akhir program tadi membuatkan aku tewas lebih awal.

Pelawaan ke rumah Dhue ternyata disambut meriah oleh kami lantaran dasar berjimat-cermat amalan mulia yang kami sama-sama dokong. Namun, hampir tersentak pendirian kami lantaran waktu yang Dhue peruntukkan untuk kami bertembung dengan tutor Transac ( Kak Aiman). Aku yang baru sahaja membatalkan puasa untuk memenuhi ajakan Dhue (apabila teringatkan tanggungjawab Muslim terhadap Muslim yang lain) agak terkilan sebenarnya. Terasa rugi membatalkan puasa menyebabkan aku nekad mengikut Emi, Syed, Cham, Isyam ke rumah Dhue. Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya, baru sahaja keluar dari UIA, aku menerima mesej mengatakan tutor Transac diBATALkan. Sesampai di destinasi tujuan, kawan-kawan ayahanda memberikan ruang kepada kami mengambil tempat. Tidak mahu kempunan lagi, aku memainkan peranan dengan lebih baik kali ini dengan menjadikan sesi lalu sebagai guideline. Legasi kami turut disertai kereta Arm yang sampai agak lewat.

Mungkin disebabkan cabaran Syed, anggaranku rumah Dhue sebagai penutup Jalan-Jalan Cari Makan Free kami tersilap percaturan. Kali ini, tanzim lebih mantap kami atur, hasilnya, 3kereta sekaligus akan bergerak daripada UIA bagi mengasak rumah Syau. Perjalanan yang agak jauh seakan-akan mendera perut kami. Perjalanan yang dipandu intuisi Isyam alhamdulillah tidak silap. Sebaik kaki terjejak di rumah Syau, ibunda Syau berdiri di pintu menyambut kedatangan kami. Ini merupakan kali kedua sebenarnya aku menziarahi rumah Syau, sewaktu di CFS Nilai dulu aku pernah menginap di sini bersama Cham. Aneka hidangan , Nasi Ayam, Nasi Dagang, Soto, Mee Goreng tepat pada masanya. Kehadiran Emi kali ini sedikit sebanyak mengugat kami. Usai solat Zohor di surau bersebelahan rumah, kami memohon diri. Sekelumit kesal berputik di hatiku, datang, makan, kenyang, balik?? Hanya sekadar itu kami manfaatkan kedatangan penuh karamah ini?? Bagi memberikan rawatan awal pada luka di hati dengan First Aid kit, aku berbual-bual dengan ibunda Syau, berharap agar kunjungan kami tidak menyusahkan beliau.


Niatku, tidak mahu menyusahkan Yus lantaran kami tidak memberitahu kedatangan kami sejak awal tambahan lagi, rumah Yus tidak termasuk dalam master plan asal. Namun begitu, secara persendirian aku merasakan agak membazir,masa (yang sepatutnya dihabiskan dengan study TORT), duit tol+minyak, dan tenaga seandainya hanya rumah Syau yang menjadi destinasi kami setelah hampir 1jam terperap dalam kenderaan. Aku menyuakan pandangan kepada Raafiq dan dia terus bertindak menghubungi Yus menanyakan kesudian menyambut kami, dengan tujuan asal untuk mengenali rumah Yus.Alhmadulillah, permohonan kami diterima mudah tanpa melalui proses rayuan. Perjalanan ke rumah Yus tidak sukar, kerana kami disertai komrad baru yakni Syau yang arif dengan jalan ke rumah Yus. Setibanya di sini, rumah Yus sudah dipenuhi sanak saudara, Meehon Sup, Nasi lauk Ayam menjadi hidangan. Patutlah hati ini beria sangat nak melawat Yus, memang ada majlis rupanya. Dugaan kali ini cukup besar, bagi orang biasa sudah tentu tidak mampu menghadapinya. Ramai yang sudah kecundang tatkala di rumah Syau lagi. Aku makan sekadar menghormati tuan rumah, tetapi ada juga makhluk pembela yang masih lagi makan seperti biasa. Kedahsyatan system defragment perut mereka bermain-main di benakku sepanjang perjalanan pulang.


Konklusinya cukup mudah, hadith Rasulullah mengingatkan kita, ‘tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silaturrahim. Ku dedikasikan artikel ini buat semua peserta program ini [Cham, Raafiq, Yusri, Nurhelmi, Hasziq, Imran, Arm, Isyam, Dhue, Zam, Syed, Daniel, Syau, Muaz n Acap]. Maaf sahabat sekalian, seandainya ada tulisan yang menghiris kalbu, menikam perasaan, sekadar sebuah persembahan pentas tarian jari aku j nih.No hard feeling between two players (ayat commentator PES).Doaku, YaAllah, kau satukanlah hati-hati kami dalam mendamba mardhatillah milikMU.

1 comment:

daniel yusof said...

danielle disini....
macam yang sahabatku ini inginkan,
kini aku perkenankan...
tepanah seketika sepasang mata bila pertama kali menjarah blog ini...entah kenapa...
tapi....
tima kasih atas segalanya...
kita kawan sampai bila2....
daniellerishah.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...