insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Sunday, October 18, 2009

Penerapan Budaya Membaca


Salam sejahtera para pejuang, penuntut ilmu sekalian~

Berkesempatan menghabiskan serelung masa di kedai-kedai buku sewaktu ‘Operasi Ma’ruf’ semasa CONVEST sedang berlangsung baru-baru ini ternyata mampu mengusik hati yang kegersangan ini. Menyedari hakikat ketandusan ilmu pemilik hati ini, aku meneruskan inisiatif yang sebati sejak bertahun-tahun lalu ; memilih bahan bacaan. Dalam kesempitan meniti hari-hari terakhir semester amatlah dikatakan sangat sibuk. People are busy, by doing nothing. Kiraan aku baru-baru ini ternyata mengiakan ‘saying’ itu. Masih banyak lagi masa yang sebenarnya aku sendiri tidak tahu kemana telah ku laburkan. Waktu yang kadang-kadang kita terlepas pandang ; semestinya bukan waktu perdana dan kita sendiri tidak berbuat apa-apa ketika itu.

‘Cerita dari Hati’ karya Nurul Nazwa mengisahkan keteguhan jiwa Aisha Humaira mendepani kehidupannya. Sebuah kisah yang biasa-biasa sebenarnya. Mungkin pengarang masih lagi mencari rentak penulisannya yang kadangkala agak lari dari identiti. Menariknya, novel ini menunjukkan kepada kita bagaimana sepatutnya kehidupan seorang pelajar Muslimah, bagaimana Myra bermuamalat dgn sahabat, penglibatan dalam persatuan-persatuan,komitmen dengan usrah, kekuatan jiwa mendirikan ibadah dan sebagainya. Namun, ke’sempurnaan’ hidup sebagai watak utama dalam sebuah novel agak bebas dari lingkaran logik dan membuatkan roomate aku muak. Masakan tidak, Myra lah segalanya. Agak keterlaluan penulis mendewa-dewakan watak utamanya. Pengolahan yang terikat kepada ke’hebat’an Myra juga turut menjadi faktor, aku lambat menghabiskan rentetan peristiwa novel ini.

HAMAS ; Pejuang Kota Suci BaitulMaqdis. Ucapan penuh keramat Dr Khalil al-Hayya, wakil Hamas dari Palestin, sangat meruntun kelalaian sekeping hati. “Alhamdulillah,kami dipilih oleh ALLAH bagi mewakili umat Islam seluruh dunia menentang musuh Allah sekaligus mempertahan Masjid al-Aqsa”. Bumi yang diberkahi tanahnya itu, menyaksikan jiwa-jiwa syahid mencari cinta abadi. Kupasan ideologi HAMAS, tanzim, susur galur organisasi, pembinaan generasi, budaya mendampingi masjid, keluhuran akhlaq, kebergantungan kepada Allah, semangat tidak menyerah dll. Hadith riwayat imam Ahmad menjadipemangkin kebesaran semangat mereka , “akan sentiasa ada dikalangan umatku yang berterusan memperjuangkan kebenaran, mereka bersikap keras terhadap musuh dan tidak akan dikalahkan sesiapa pun. Mereka menginap di Baitul Maqdis dan sekitarnya”. Mengagumkan apabila pembunuhan bersiri pucuk pimpinan HAMAS sediktpun tidak merencatkan usaha mereka. Syeikh Ahmad Yassin, Dr Aziz Rantisi, Dr Salah Syahadah adalah antara nama-nama besar dalam HAMAS yang telah menemui Allah. Apabila kematian Syeikh Ahmad Yassin diketahui ramai, Palestinian tidak merintihlama, dendam semakin marak, ribuan Syeikh Ahmad Yassin akan lahir bagi menamatkan kezaliman Zionis kelak. Aku teruja dengan keengganan Hamas utk membunuh saudara sendiri meskipun FATAH, PLO, pihak keselamatan PA tidak pernah serik menghimpit mereka. Setinngi harapan, semoga semangat yang Allah tiupkan dalam diri pejuang-pejuang turut Allah selitkan dalam lipatan-lipatan hati para pejuang agama Allah di Malaysia ini.

Aku Terima Nikahnya 2 ; Bercinta sampai ke syurga. Kompilasi kisah Ustaz Hasrizal dalam menguruskan rumah tangga memang wajar dijadikan contoh kepada para syabab sekalian. ‘Erti hidup pada memberi’ sedikit sebanyak memberikan impak kepada ku. Agak lambat aku menghabiskan bacaan buku yang sudah glamour ini. Merangkak-rangkak menyusun kembali input-input yang dicedok agar masa yang dihabiskan tidak sia-sia. Tidak perlulah diolah panjang rasanya.

Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul, bingkisan Qaniah utk semua tercinta. Garapan Fatimah Syarha Noordin, yang cuba mengajak adik-adik remaja sekarang mengikuti jejaknya, menganyam cinta dengan sang suami. Novelis kelahiran Terengganu ini turut berbakat untuk menghasilkan puisi-puisi. Pengalaman Fatimah cukup menjadikan novel ini tega dengan identitinya, tidak lari, penyampaian juga tidak mencapah sebalik fokus kepada satu demi satu. Dari perspektif berbeza aku melihat, penulis sepatutnya tidak menjadikan kisah hidupnya sebagai pengisian, lantaran usia perkahwinan yang masih awal, kemungkinan cabaran-cabaran tahap klimaks belum terasa. Mengajak para Muslimah untuk menjadi sepertinya tidak terlalu keterlaluan, tapi andai kata aku menjadi Fatimah Syarha, akan kuolah kisah cinta Rasulullah kepada Khadijah, dan Aishah. Kisah Zulaikha dan Daud, Balqis dan Sulaiman, dan sebagainya. Kurangnya pendedahan kepada masyarakat mengenai episod cinta berlandaskan syariah ini sepatutnya menjadi peluang keemasan untuk penulis berbakat besar sepertinya menceburi bidang itu.Hajat besar di hati, ingin belajar mendalami rentak tari penulisannya dengan lebih mendalam.


Selamat membaca~

[terpengaruh dengan bedah buku]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...