insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Saturday, October 10, 2009

CONVEST

Salam alaik~ selawat buat junjungan mulia~ n semoga hidayah Allah kekal menginap di hati-hati kita~

Meluangkan sebahagian malam berjalan tanpa tujuan di Convest Hill menemukan aku dengan rakan-rakan yang sebenarnya dekat, tapi sukar untuk bersua. Sunyi sepi kawasan ini pada malam kebiasaannya dilenyapkan dengan ratusan orang yang berpusu-pusu mengunjungi gerai-gerai jualan yang dibuka. Di sudut sebelah sana, kelihatan pentas yang dihias indah utk pertandingan nasyid berhadapan dengan beberapa warung makanan. Kelihatan seperti sebuah pesta lagaknya. Peniaga-peniaga dari seluruh Malaysia datang berkampung di sini sepanjang CONVEST berlangsung. Melihatkan kuasa beli yang dimiliki dari para siswi mungkin lebih besar dari para siswa, kebanyakan barang-barang yang diniagakan khas utk kaum Hawa. Suasana bingit dengan suara dan ragam tersendiri manusia.

Seorang teman melahirkan komen, jujur dan pedas, “CONVEST macam uptown kt Danau” sebuah kenyataan yang mengundang banyak spekulasi sebenarnya. Aku tidak mahu memanjangkan perbicaraan dengannya lantaran aku juga menjadi sebahagian dr organizing committee utk CONVEST. Walaupun dari program yang berbeza, namun sedikit sebanyak tempiasnya tetap terasa di muka. Apa agaknya yang beliau fikirkan apabila menyamakan CONVEST ngn uptown DANAU??

Alhamdulillah lah andainya dia hanya menyamakan lantaran daripada gerai-gerai pakaian yang dibuka secara meluas, baju-baju bertulisan, aksesori ; topi, kacamata dll. Tapi, bagaimana jika dia memaksudkan sesuatu yang lebih jauh dari itu? Sekadar contoh kehadiran illegal couple yang bertali arus, pemakaian sebahagian sister (yang pada perspektif aku agak melaram), ataupun ketidakhormatan pada waktu solat? Aku tidak dapat menyatakan jawapan kepada pandangan peribadi@tersendiri dia sama ada aku menyatakan sokongan ataupun bantahan terhadap provokasi darinya disebabkan ini adalah kali pertama aku mengalami, mengikuti dan menyertai CONVEST. Jadi aku tidak dapat membuat perbandingan samaada ia sepatutnya lebih baik ataupun ini adalah yang terbaik yang boleh kami lakukan.

Daripada nuansa berbeza aku beranggapan masih ada ruang-ruang penambahbaikan yang wajar kita semua sama-sama perhati dan perbaiki. Dari sudut penganjuran, nyata ia menunjukkan gahnya sebuah organisasi yang merencanakan perjalanan festival kali ini. Namun, terdapat kepincangan daripada sudut pengurusan. Benar, andai dibandingkan dengan festival yang pelbagai di luar sana, ia jauh lebih baik. Sepatutnya, penganjuran festival di dalam sebuah universiti ISLAM wajar menjadi peneraju dalam menampilkan sebuah festival yang menepati syarak dan seterusnya diharap dapat menjadi benchmark ataupun contoh ikutan kepada festival-festival di luar sana.
Deklarasi pendirianku, aku tetap berpegang pada ‘the largest room in this world is the room for self-improvement’.

Secara mudahnya, berlapang dadalah untuk mendengar pandangan dan bersedialah untuk berubah, seandainya kita silap. Dan andai kata, kita telah melakukan apa yang terdaya, berserahlah kepada Yang Maha Esa untuk mendapat hasil yang terbaik.
Wallahua’lam~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...