kadangkala ada kata yang tak terucap dek lidah. titis tangis yang tertahan di empangan mata. gelora marah yang terbenam dalam dada. resah gelisah yang terenap di sudut jiwa. rasa kesyukuran yang tak terdefinisi dek bahasa. bahagia yang bertandang tanpa pergi dari hati. wadah pengkongsian utk insan bergelar teman. serangkai kisah hidup utk sebuah perkongsian. medan utk tangan menari. yang dilahirkan tuntas di hati. dari sebatas akal kurniaan Illahi. demi mengamit cintaMu Ya Rabbi .
insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)
Sunday, December 27, 2009
HATIKU BICARA ; ADA APA DENGAN EXCO ??
Bergelar Exco Public Relation and Student Exchange kepada Law Student Society bukanlah seindah namanya sebenarnya. Rentetan tuntutan dihidangkan di depan mata, aturan pengorbanan yang ditayangkan di layar mata sangat menyesakkan. Berbeza dengan saf kepimpinan yang lain, aku tidak melalui proses pemilihan lantaran masih bergelar 1st year sewaktu gelanggang election dibuka, sebaliknya menerima tauliah pelantikan terus daripada Deputy Dean AIKOL, Dr Hanif. (harapnya menjawab soalan 'kamu' ea?)
Frekuensi getaran hati tatkala menerima panggilan telefon office hanya Tuhan yang tahu. Bagaimana harus ku gambarkan riak di muka, betapa terkasimanya aku, darah terbejat sementara, denyutan jantung ditahan seketika. Seikhlasnya, aku langsung tidak berniat untuk menganggotai keluarga LAWSOC untuk semester ini. Tapi bagaimana harus ku pintal benang ayat ini tanpa ada daging hati yang terluka. Sesi bualan panjang dengan Dr Hanif kuakhiri dengan cadangan satu nama lain yang bagiku, sangat lebih layak dariku. Tapi, Dr Hanif memintaku istikharah dan menilai sebaiknya. Walaupun, beliau akan menyokong setiap keputusanku nanti,katanya , namun riak nadanya agak melankolik di situ sekaligus merentap pendirian ku. YaAllah, tolonglah aku~
Malamnya, sehelai kertas putih kuconteng sepenuhnya, apa aral yang bakal melintang nanti, sejauhmana kemampuan izzatghazali menggalas harapan Dr Hanif, apa kata kawan seperjuangan? apa pula gerak bibir insan yang membenciku? Sesi yang sangat panjang. Berseorangan mendedahkan aku kepada bisikan halus yang merimaskan, lantas ku hubungi seorang senior, memohon diperuntukkan masa untuk ku kongsi bebanan ini dengannya seadanya. Esok menyingsing, hati sudah tidak sekeruan semalam lagi, tapi masih tiada lagi keputusan konkrit kuambil. Mungkin koleksi simpanan jawapan belum memadai. Survey rambang kuteliti sebaiknya, dan alhamdulillah, Allah membulatkan tekadku dengan respon yang jelas bahawa peluang ini bukan datang, pergi dan akan kembali. Ini detiknya untuk kubalasi segala jasa Dr Hanif, atas segala kepercayaan dan risiko yang diambilnya menjadikan manusia kecil ini berdiri sebaris di kalangan orang-orang besar LawSoc.
Ketahuilah sahabat sekalian, izzatghazali masih izzatghazali yang kalian kenali dulu. Amanah ini bukan jurang antara kita, langsung! Aku boleh lagi bersedia menadah telinga disajikan rintih tangis, masih lagi ada kesempatan untuk makan byk2 bersama di café Siddiq, tetap lagi ada ruang untuk kita main futsal sampai pukul 3pagi. Walaupun, bilik Bilal E2.1 sudah jadi hotel@ rumah tumpanganku, balik-mandi-tukar baju-keluar balik, kalian tetap tidak perlukan appointment untuk bersamaku dan aku masih lagi boleh susun kasut, buang sampah bila balik bilik. Ku dedikasikan jawatan ini untuk semua sahabat yang pernah jatuh bangun bersamaku, roomate terchenta, Rafiq-Ahmad Cham-Yus, insan-insan yang setia di dampingku, senior-senior AiKoLians khasnya keluarga dalam saf Lawsoc, sahabat seperjuangan batch aku. Dan lain2~
Untuk mereka yang merasakan aku tidak layak untuk ini. Tahniah! Kalian benar, dan aku membenarkan kalian. Untuk yang mengata kopiah yang selalu kujunjung di kepala, aku sama sekali tidak berduka, namun sedikit terasa. Butakah kalian? Semenjak 1st Sem lagi terkadang kopiah menghiasi sosok tubuhku. Dan untuk rekod, semenjak dari PASTI, SKDM2, Sains Dungun, PLKN, kopiah selalu bersamaku. Aku rasa selamat memakainya, sekurangnya, segan untuk berbuat kesalahan timbul ketika meletakkannya di kepala. Nak bising dalam kelas pun kena pegang kepala dulu, hari ni aku pakai kopiah ke tak? =P Sekadar respon untuk yang tanya, “Aii Ee, semenjak jadi Exco ni da rajin pakai kopiah k? ” Bagiku, jenis ini selalu ke musola+masjid, untuk solat Dhuha dan mengulang hafalan alQuran lantaran tidak pernah tersempak denganku berkopiah. “Rambut silap potong k Ee?” Aah, botak kot, tukang gunting 2 terbersin tym trim rambut aku. [iskh, da jadi sesi diskusi kopiah plak, bukan apa ramai sgt yg tnya pasal ni bila mana gambarku sbg exco terpampang merata2, tym aku bkn exco dlu xd org tnya pulak, diskriminasi jawatan btol r dorg ni, len kali, nak sound, xyah r plih2 mangsa =P ]
Ada apa dengan Exco? Tidak ada apapun~ Cuma lambakan tanggungjawab, dan masa dgn sahabat+ tym study jadi gadaian. Untuk subcom-subcom PR, yang join semata-mata untuk bantu aku (Daniel, Dzia, Cham, Acap ICT, Syima, Fatihah, K’Nadia, K’Zahirah n abg Hazwan) dan sederet budak1st year yang aku xingat nama, junjungan apresiasi untuk kalian. Aku tidak memiliki apa-apa untuk dianugerahkan, tapi moga Allah merahmati kalian. Erti hidup pada memberi~ Marilah kita memBERI kepada teman-teman AiKOLian yang lain, sebab Allah pesan, tak kisah banyak mana, tak kisah besar mana, tak kisah kecik mana, apa dia sekalipun, tetap tak terlepas dari hitungan Allah, even sebesar zarah.
Atas segala kepercayaan yang diberi, insyaAllah amanah ini akan kupikul sebaiknya. Namun sahabat, jangan tinggalkan aku sendiri menggalas bebanan ini, marilah bersama dengan ku, perhatilah tari langkah hidupku, ingatkan aku andai ku terbabas, jalan yang kupilih tersalah, pantai sikap yang berubah dek dilanda tsunami jawatan, kegilaan pangkat yang diagungkan, dan apa jua ; ingatkan aku TEMAN~
Aku tidak takut, dan aku tidak risau kerna aku masih punya kalian, SAHABAT~
Cukuplah Allah menjadi pemeliharaku, tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia. KepadaNya lah aku menyerah diri, dan Dia lah yang mempunyai ‘arasy yang besar.
[aku takut sangat nak post artikel ni, nanti orang cakap aku nak bangga lak~ takpun orang cakap baru jadi exco, tak jadi PM ag~ gelojak hatiku ini sape yang faham ea kalau aku tak kongsi ngan sesape? Xplah~ nk baca k,nk kutuk k, aku x kisah lah, ni blog aku kn? Ad org bley citer psl kucing dy, psl selipar dy kne curik kt surau, so xkn aku xley kongsi apa yg aku rsa kn? Astagfirullahal azim~ astaghfirullahal azim~ astaghfirullahal azim~, yaAllah, tuntunilah aku selalu~]
Terima kasih Sa'HeBAT'ku
Bismillahi subhanallah~ Bismillahi walhamdulillah~ Bismilahi Allahuakbar~
Kondisi dunia hari ini, seakan-akan mewujudkan situasi mustahil, untuk mereka yang kepingin hidup tanpa teman. Dengan teman, kita belajar bertoleransi , kita belajar mencari maaf dan menghulur maaf. Adanya teman kita belajar mentaati, secara tidak langsung ditaati. Teman mengajar kita kasih sayang, bagaimana memberi, menjaga seterusnya memeliharanya. Memberi dan menerima seadanya, perkongsian tawa dan tangis, juga disenaraikan dalam list silibus encik teman.
Disinggahi hal-hal yang sukar dijangka, menjadikan segenap hatiku diselubungi rasa tidak senang apabila terpaksa meninggalkan produk garapan kepada mereka yang lain. Memungkiri secara total yang aku ingin sekali, jatuh dan bangkit bersama temanku. Di saat mereka berjerih payah bersengkang mata, aku tidak bisa berbuat apa-apa, selayaknya hanya berdoa memohon agar Illahi memudahkan mereka. Dan hakikatnya aku terlupa, mereka bukan insan kebanyakan, sebaliknya sangat luar biasa.
Alhamdulillah, berbunga hati ini aku memiliki teman seperti mu. Syukur kepada Illahi lantaran menganugerahkan teman hebat seperti kalian kepada izzatghazali ini. Aku bukan siapa-siapa tanpa kalian. Bukan soal tanggungjawab ingin ku utarakan, bukan juga soal tugas yang diamanahkan, tetapi inilah wasilah di mana aku menilai siapa teman yang ku sayang. Ini bukan cerita bagaimana kamu mentaati aku sebagai ‘orang atas’. Tetapi bagaimana kamu menyempurnakan tanggunjawabmu sebagai seorang teman. Semoga ia akan menjadi epilog awal kelahiran seorang pemimpin, yang berjuang demi sahabatnya, masyarakatnya, bangsanya, negaranya dan terutamanya, berjuang untuk agamanya.
Aku bukan Thalhah Ubaidillah, dan sangat tidak layak memilih Zubair al-Awwam selaku teman. Bukan semulia Abu Bakar, untuk memiliki Muhammad SAW sebagai teman.
Wahai Allah, dengarkanlah suara hati ini, betapa aku menyayangi mereka sebagai temanku, Kau sayangilah mereka yaAllah, titipkanlah benih-benih hidayah dalam kalbu mereka agar ia akan berkembang mekar sekaligus menjadi bunga kepada agamaMu yaAllah. Kasihanilah aku yaAllah, jangan Kau lesapkan mereka dari pelukanku, usah mengujiku yaAllah, dengan kehilangan teman-teman yang hebat ini yaAllah. Jalinkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang keranaMu semata yaAllah. Perteguh ukhwah antara kami, jauhilah kami dan sengketa dan prasangka yang menghancurkan. yaAllah, himpunkan kami semula dalam taman FirdausiMu yaAllah, betapa Engkau maha mendengar lagi mengasihani.
[untuk himpunan teman tercinta secara keseluruhannya, fokus utama kepada ; Raafiq, Syima, Tirah, Afif, Zahirah, Mawi, Khai, Acap, Iffah Nabilah, Paan, Zarul, Ida .. Thankx korang, barakallahufikum ]
Sunday, December 13, 2009
ini AMANAH Allah~
Dewasa ini, nafas terasa kian menyesakkan dada. Deretan tuntutan menanti giliran untuk mengambil ruang di kepala. Benarlah assyahid Imam Hassan al-Banna berkata ; amanah yang ada lebih banyak daripada masa yang tersedia. Sem baru disingkap sepenuhya dengan aku diamanahkan Allah dengan lebih banyak tugasan. Sekaligus memberi makna, masa untuk diri dan juga sahabat seperjuangan semakin menyempit. Laratkah selemah kudrah ini memikul bebanan di pundak? Ya Allah, gemakanlah pendengaran dengan ingatanMu itu ; yang terbaik di kalangan kamu adalah yang paling berguna untuk orang lain.
Ruang untuk berbakti kali ini diaplikasi sepenuhnya. Bukan lagi menguji teori, tidak juga masih bereksperimentasi, sebaliknya inilah masa untuk terus melaksana dalam bentuk amali. Mahar ruangan arena pembaktian itu sangat mahal, dan aku risau bukan kepalang, seandainya segenap yang ada tetap tidak mampu membayarnya. Dan Alhamdulillah, Allah tampil lagi, menyedarkan aku, bahawa Dia tidak menilai aku dengan apa yang kedapatanku sebaliknya apa yang aku cuba dapatkan. Burung kecil yang besar sejarahnya dalam sirah Ibrahim AS, menjadi sebab yang kukuh, betapa inilah jawapanku tatkala dihadapkan kepada Allah kelak, pabila ditanya apa usahaku membantu agamaku? Inilah jawapanku tatkala disoal, kemana masa mudaku dihabiskan? Dan jugalah, ini hujahku YaAllah, kemana segenap pinjamanMu ini ku gunakan.
Walaupun ia secebis cuma, namun biarpun sebesar biji sawi, sekali tetap dalam pandangan Allah swt jua.
Saya pekerja, dia pekerja, kami pekerja, kita pekerja.
Subhanallah, walhamdulillah, Allahuakbar..
Kalendar di dinding menunjukkan hari kelima kehidupan 2nd year bermula. Nampak persis sistem metabolism badan masih lagi tidak pulih sepenuhnya. Kondisi diri yang masih rindukan pembaringan di kala bahang matahari memanas di muka, nyanyian esofagus yang rindukan makanan selepas baru sejam makan, bebola mata yang masih tidak menunjukkan sindrom mengantuk walaupun masa sahur dah menjengah. Semuanya menjadi saksi, betapa segenap hati, fikiran dan jiwa aku, masih lagi tertinggal di rumah. Mintak-mintak abah dan mak boleh tolong poskan nanti untuk along kat sini.
Menulis dengan nuansa sedih kali ini menyukarkan perahan idea untuk baris ayat seterusnya sebenarnya. Gangguan emosi yang kerap kali menjentik mindaku sedikit sebanyak membantutkan usaha ku memanggil roh ku balik ke jasad. Soal rezeki, takdir, ujian kerap bermukim di dada? Pada siapa harusku hempaskan semua ini? Idea bercakap di cermin produk motivator sekolah sains dulu agak membantu, sekurangnya memerhatikan yang aku masih punya suara untuk mengadu kepada telingaku soal hati yang masih bisa bicara.
Aku pekerja. Dan aku adalah pekerja sepenuh masa. Sebagai pekerja, aku amat mengharapkan gaji daripada Tuanku, kini masih belum dapat ku rasai. Wajarkah aku meletakkan jawatan seterusnya memikirkan kemungkinan bekerja dengan Tuan lain? Apakah selama ini, Tuan aku itu langsung tidak memberiku gaji? Ataupun aku yang memandai memohon gaji besar sedangkan hanya bekerja sebagai cleaner. Dan tentu sekali berbeza dengan dia selaku officer. Tuan aku tidak salah apabila menetapkan gajiku tidak masuk untuk bulan in mungkin. Dan wajarkah aku mempersoalkan wang simpanan dia yang lebih banyak daripada aku, sedangkan itu mungkin sahaja wang pemberian ibu bapanya, ataupun hasil penglibatan dia dalam MLM saban hari.
Dan mungkin sekali aku terlupa, elaun perumahan, wang ansuran kenderaan, elaun kesihatan semuanya nikmat daripada Tuanku yang seorang ini. Mungkin sahaja Tuan aku terus meng‘cash in’kan gaji aku ke akaun aku sekaligus menyaksikan wang aku dikumpulkan tanpa aku ketahui sebelum dihujankan kepada ku? Layakkah cleaner ini bising berpiket dengan kadar produktiviti yang langsung tidak membantu perkembangan syarikat? Wajarkah cleaner ini bangkit berdemo sekadar menuntut hak yang sama dengan pekerja yang berbeza kedudukan dengannya? Tuan aku lebih tahu, dan aku mesti menutup mulut celupar ini. Ada pekerja yang tidak bekerja, tapi Tuan aku masih lagi memberikan gaji besar kepada mereka. Tentu sekali sahabat sepekerjaan aku lupa yang Tuan kita punya CCTV berjuta. Dan tiap detiknya hanya memerhatikan kita. Lumrah seorang Tuan kan? Meninjau pekerja dari segenap sudut, memberikan gaji, membuang mereka yang tidak perlu, menerima pekerja baru dan lain-lain rutin yang sama sekali berbeda dengan pekerja seperti aku.
Jauh dari sudut hati, aku sangat risau. Masakan tidak, Tuanku memberi 15,000 kepada ku selaku cleaner. Itu bukan sekadar rezeki bagiku bahkan ujian sejauhmana akan ku nifaqkan duit itu untuk menjayakan wawasan syarikat. Tuan ku mungkin memerhati aku yang selama ini apakah aku akan berubah bangkit dari masa-masa yang dibuang ketika bekerja setelah diberi gaji besar itu? Tuan menilai aku dari itu. Dan bila sahaja aku tidak mempergunakan helaian kertas bernilai ringgit itu sebaiknya. Mungkin gaji selepas ini akan menyusut jauh, atau lebih teruk aku akan dibuang kerja.
Saturday, December 5, 2009
Lensa Rasa
Cuti bermula dengan sesi pengembaraan ke belahan semenanjung utara, ke rumah Encik Daniel, Encik Arm dan Encik Raafiq. Segalanya aku coretkan dalam ‘Musafir Pengukuh Taaruf’ yang masih tergendala lantaran beberapa kesilapan teknikal. InsyaAllah akan di’posting’ nanti. Pulang ke rumah, alam percutian dihiasi dengan riang ria banjir di
Dan aku juga berkesempatan, untuk turun
Tidak dilupakan program membuat ampaian kain dalam rumah anjuran Pihak Kerajaan Rumahtangga. Dalam sesi ice-breaking kami, kami ditinggalkan oleh organizing committee dengan satu misi, membina ampaian dengan tali RM2 yang disediakan barisan penganjur. Alhamdulillah, berkat kesungguhan kami dan keberkesanan strategi yang direncanakan, aku berjaya mengemudi pasukanku untuk merangkul juara keseluruhan program tersebut. Walaupun letih,tapi kami tetap gembira dan berharap dapat mengikuti program ini lagi pada masa-masa yang akan datang. (skema BM Penulisan darjah4)
Bijaksananya Allah merencanakan takdirnya, pagi Aidiladha, hujan tidak turun membasahi bumi. Jelas memberikan ruang kepada hambaNya mempersembahkan korban-korban mereka kehadratNya. Juga memberikan peluang kepada segenap pengorban memerhatikan setiap titis darah yang menitik ke bumi simbolik kepada pengampunan dosa. Alhamdulillah, skill melapah tahun lepas dapat di’improve’ lagi tahun sekaligus mempertajamkan teknik-teknik me’ninggaltulang’
Lawatan ke Mesra Mall juga menjadi sebahagian daripada plan cuti sekolah kali ini. Seusai menyambut Aidiladha di kampung bonda terchenta, driver bertukar tangan. Mak digerakkan hati untuk drive sendiri. Alhamdulillah, boleh gak aku membawa minda menerawang jauh dalam perjalanan nanti. Hujan sekejap-sekejap langsung tidak dapat menghalang urusan jual beli kami sekeluarga, bahkan seakan-akan menyokong tindakan kami me’labur’ di bursa TMC itu. Apalah yang dikirakan sangat, peluang untuk kami sekeluarga berkumpul penuh dalam setahun sangat singkat.Apa tidaknya 5 daripada 9 beradik kami sudah mengorak hidup sendiri meninggalkan pasangan pengantin mak dengan abah kat rumah dengan anak sulung yang berusia 10 tahun.
Kehidupan di rumah sangat mencabar. Nasib baiklah di rumah, mak baru sahaja merekrut 3 orang gaji baru.Bolehlah juga aku merasa nikmatnya menjadi seorang putera raja. Nak makan panggil along taw~ Aku dengan kegilaanku masih lagi tidak berubah. Tautan Hati, Tunas dan juga Rooftop Rant selamat dikhatamkan. Dalam pada itu, Kelantan Sesejuk Wajah TuanGuru dan Dasar-Dasar Ilmu Dakwah juga selamat dijadikan bedtime stories di malam-malam yang kelopak mata atas merajuk dengan kelopak mata bawah. Mungkin ada pergeseran dalaman antara mereka berdua.
Sebagai klimaks percutian, uda selamat di’jadikan budak besar’ dengan Encik Razak, yang mana berpengalaman dalam arena per’khatan’an semenjak aku kecil lagi. Aku juga selamat di’boleh kahwin’kan dengan beliau. Dapatlah juga aku mengalami keperitan hidup di zaman raja Uda memerintah. Teringat di zaman aku dulu, pelbagai cerita seram direka, di’ulangtayang’ di telinga, digambar di mata. Bagaikan sebuah keraian menyambut majlis berkhatan anak sulung keluarga. Tetamu yang bertandang saban hari. Sedikit sebanyak perasaan ke’hilang’an agak terubat dengan duit saguhati untuk beli Alam Perwira itu dihulur.
Terbukti sudah! Dan kiamat itu akan datang pabila waktu itu berlalu dengan pantas meninggalkan kita. Seakan-akan baru sebentar tadi meeting MRC Bilal berakhir dengan resolusi setiap blok akan dihuni dengan 2orang MRC. Dan baru juga sebentar tadi, aku mendengar suara Yus, Rafiq dan Cham yang bersetuju mendiami bilik baru kami. Letih lelah LCSC masih membusung di dada. Terasa seperti baru tadi Daniel datang di tengah pagi mengambilku di Tol Gombak. Masih merasa letih bermain futsal di laman court Bilal. Juga, masih terasa hiba meninggalkan teman seperjuangan untuk cuti yang panjang dengan persoalan, masihkah kita punya kesempatan bersua lagi?
Dan sehinggalah saat artikel ini ditulis. Betapa cepat masa itu meninggalkan aku. Yang masih terus terpinga-pinga memikirkan apa seterusnya selepas ini? Kolam empangan air mataku agak bekocak mengenang betapa aku sudah melewati 20 tahun penghidupan. Apalah yang terdaya aku jawab bila disoal ke mana masa muda ku dihabiskan dihadapan ALLAH nanti? Cukup lengkapkah koleksi bekalan aku untuk meniti kehidupan selepas mati ini? Dapatkah amalan yang sedikit ini mengimbangi beban dosa yang ku lakukan? Seandainya, inilah posting terakhir yang sempat aku titipkan, cukupkah ia untuk membawa kalian berfikir sejenak tentang Allah? Sekaligus, menyempurnakan dakwah fard’iah yang wajib atas setiap kita agar tidak dipalit kerugian?
Sebagai konklusi konkrit dari penceritaan bebas pada kali ini, dapatlah aku simpulkan, dalam kita bergelak ketawa, jangan kita lupa menangis hiba, dalam kita mendabik dada, jangan dilupa Dialah pencipta, dalam kita rendah menunduk,usah dilupakan tujuan hidup, dan ingatlah, atas setiap perbuatan kita, kita akan dipertanggungjawab hatta ia sebesar zarah baik yang baik mahupun yang buruk. Imam alGhazali dalam Minhajul Abidin ada menyebut ; dunia ini terdiri daripada 3 hari, hari semalam sebagai sebuah kenangan atau penyelasan, esok sebagai harapan dan impian, dan hari ini sebagai waktu untuk mengambil ruang dan peluang.
~Wahai Allah swt, ketahuilah, hati-hati ini amat mengharapkan belas kasihanMu, merindu hidayahMu sebagai pedoman di perjalanan. Duhai Allah, pimpinlah hati-hati kami agar ketemu redhaMu di penghujungnya~ amin~
Masih Bernyawakah Hati?
Hati adalah organ penting tubuh manusia. Bukan sekadar sebuah stor penyimpanan asid amino, hati memainkan peranan sebagai teratak kepada iman dalam jiwa seorang insan. Berbeza dengan jasad yang tampak dek kerlingan mata, hati lebih berahsia. Misteri hati takkan disingkap dek tuturan kata. Jasad hidup dan jasad mati sangat berbeda. Besar perbezaannya.Jasad adalah relatif maknawi dalam hidup manusia. Namun hati, tidak. Hati bukan sahajanya realitinya terbalut dek tubuh, bahkan teratak kediaman ini amat sukar dimengerti. Bagaimana agaknya meneliti kelainan antara hati yang hidup dan hati yang mati?
Bersyukurlah seandainya terdetik kekesalan tatkala melakukan maksiat. Bersyukurlah pabila masih lahir serelung kebimbangan bila saja godaan syaitan bertandang. Bersyukurlah jika ketakutan wujud sejurus selepas berbuat dosa. Itulah tanda hatimu masih hidup. Dan di antara mereka yang sudah kematian hati, segenap perbuatan mereka lansung tidak lekat dek tapisan hisab. Fikiran tidak lagi dapat mencerna mana satu yang baik pahala, mana pula yang buruk dosa. Sisi mana yang terang benderang, sisi mana yang gelap gelita.
Imam Ghazali ada berwasiat, andaikanlah hati itu hilang, carilah ia di 3 keadaan ; ketika sedang membaca al-Quran, tatkala sedang mendirikan solat dan semasa duduk bertafakur mengenang jemputan kematian. Dan seandainya ia kekal tidak dijumpai. Mohonlah dari Allah sebentuk hati yang baru karena kamu sudah tidak lagi memiliki hati.
Proses membina hati memerlukan waktu yang tidak sedikit. Perjalanannya panjang dan pengorbanannya besar. Realitinya, hati yang dibiarkan akan pergi sendiri. Oleh itu, selalulah berdamping dengan hati. Ketahuilah setiap hak dan tuntutannya. Fasihilah dengan lumrah hati, bagaimana menjaga dan seterusnya memeliharanya. Dan ingatlah sabda Rasulullah yang antara lainnya bermafhum ; Dalam jasad manusia, terdapat satu daging, yang mana andai daging itu baik, baiklah seluruh tubuhnya dan jika daging itu jahat, jahatlah seluruh jasadnya. Dan ketahuilah, daging itu adalah HATI.
~Wahai Allah, lihatlah aku. Betapa aku tidak menghiraukan Engkau, di kala aku menyakini kewujudan Engkau. Biarkanlah hidayahMu ini setia bermukim di teratak hatiku~