insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Sunday, December 27, 2009

HATIKU BICARA ; ADA APA DENGAN EXCO ??

Segala puji bagi Allah, pemilik kekuasaan kerajaan langit dan bumi, Dialah yang berhak memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia sukai, dan Dialah juga yang berhak merampas kekuasaan itu daripada sesiapa jua yang Dia mahukan. Engkau lah yang berkuasa memuliakan dan menghinakan sesiapa yang Engkau inginkan. Di tanganMu lah yaAllah, adanya segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya, Engkau lah yang berkuasa untuk berbuat apa sahaja~

Bergelar Exco Public Relation and Student Exchange kepada Law Student Society bukanlah seindah namanya sebenarnya. Rentetan tuntutan dihidangkan di depan mata, aturan pengorbanan yang ditayangkan di layar mata sangat menyesakkan. Berbeza dengan saf kepimpinan yang lain, aku tidak melalui proses pemilihan lantaran masih bergelar 1st year sewaktu gelanggang election dibuka, sebaliknya menerima tauliah pelantikan terus daripada Deputy Dean AIKOL, Dr Hanif. (harapnya menjawab soalan 'kamu' ea?)

Frekuensi getaran hati tatkala menerima panggilan telefon office hanya Tuhan yang tahu. Bagaimana harus ku gambarkan riak di muka, betapa terkasimanya aku, darah terbejat sementara, denyutan jantung ditahan seketika. Seikhlasnya, aku langsung tidak berniat untuk menganggotai keluarga LAWSOC untuk semester ini. Tapi bagaimana harus ku pintal benang ayat ini tanpa ada daging hati yang terluka. Sesi bualan panjang dengan Dr Hanif kuakhiri dengan cadangan satu nama lain yang bagiku, sangat lebih layak dariku. Tapi, Dr Hanif memintaku istikharah dan menilai sebaiknya. Walaupun, beliau akan menyokong setiap keputusanku nanti,katanya , namun riak nadanya agak melankolik di situ sekaligus merentap pendirian ku. YaAllah, tolonglah aku~

Malamnya, sehelai kertas putih kuconteng sepenuhnya, apa aral yang bakal melintang nanti, sejauhmana kemampuan izzatghazali menggalas harapan Dr Hanif, apa kata kawan seperjuangan? apa pula gerak bibir insan yang membenciku? Sesi yang sangat panjang. Berseorangan mendedahkan aku kepada bisikan halus yang merimaskan, lantas ku hubungi seorang senior, memohon diperuntukkan masa untuk ku kongsi bebanan ini dengannya seadanya. Esok menyingsing, hati sudah tidak sekeruan semalam lagi, tapi masih tiada lagi keputusan konkrit kuambil. Mungkin koleksi simpanan jawapan belum memadai. Survey rambang kuteliti sebaiknya, dan alhamdulillah, Allah membulatkan tekadku dengan respon yang jelas bahawa peluang ini bukan datang, pergi dan akan kembali. Ini detiknya untuk kubalasi segala jasa Dr Hanif, atas segala kepercayaan dan risiko yang diambilnya menjadikan manusia kecil ini berdiri sebaris di kalangan orang-orang besar LawSoc.

Ketahuilah sahabat sekalian, izzatghazali masih izzatghazali yang kalian kenali dulu. Amanah ini bukan jurang antara kita, langsung! Aku boleh lagi bersedia menadah telinga disajikan rintih tangis, masih lagi ada kesempatan untuk makan byk2 bersama di café Siddiq, tetap lagi ada ruang untuk kita main futsal sampai pukul 3pagi. Walaupun, bilik Bilal E2.1 sudah jadi hotel@ rumah tumpanganku, balik-mandi-tukar baju-keluar balik, kalian tetap tidak perlukan appointment untuk bersamaku dan aku masih lagi boleh susun kasut, buang sampah bila balik bilik. Ku dedikasikan jawatan ini untuk semua sahabat yang pernah jatuh bangun bersamaku, roomate terchenta, Rafiq-Ahmad Cham-Yus, insan-insan yang setia di dampingku, senior-senior AiKoLians khasnya keluarga dalam saf Lawsoc, sahabat seperjuangan batch aku. Dan lain2~
Untuk mereka yang merasakan aku tidak layak untuk ini. Tahniah! Kalian benar, dan aku membenarkan kalian. Untuk yang mengata kopiah yang selalu kujunjung di kepala, aku sama sekali tidak berduka, namun sedikit terasa. Butakah kalian? Semenjak 1st Sem lagi terkadang kopiah menghiasi sosok tubuhku. Dan untuk rekod, semenjak dari PASTI, SKDM2, Sains Dungun, PLKN, kopiah selalu bersamaku. Aku rasa selamat memakainya, sekurangnya, segan untuk berbuat kesalahan timbul ketika meletakkannya di kepala. Nak bising dalam kelas pun kena pegang kepala dulu, hari ni aku pakai kopiah ke tak? =P Sekadar respon untuk yang tanya, “Aii Ee, semenjak jadi Exco ni da rajin pakai kopiah k? ” Bagiku, jenis ini selalu ke musola+masjid, untuk solat Dhuha dan mengulang hafalan alQuran lantaran tidak pernah tersempak denganku berkopiah. “Rambut silap potong k Ee?” Aah, botak kot, tukang gunting 2 terbersin tym trim rambut aku. [iskh, da jadi sesi diskusi kopiah plak, bukan apa ramai sgt yg tnya pasal ni bila mana gambarku sbg exco terpampang merata2, tym aku bkn exco dlu xd org tnya pulak, diskriminasi jawatan btol r dorg ni, len kali, nak sound, xyah r plih2 mangsa =P ]

Ada apa dengan Exco? Tidak ada apapun~ Cuma lambakan tanggungjawab, dan masa dgn sahabat+ tym study jadi gadaian. Untuk subcom-subcom PR, yang join semata-mata untuk bantu aku (Daniel, Dzia, Cham, Acap ICT, Syima, Fatihah, K’Nadia, K’Zahirah n abg Hazwan) dan sederet budak1st year yang aku xingat nama, junjungan apresiasi untuk kalian. Aku tidak memiliki apa-apa untuk dianugerahkan, tapi moga Allah merahmati kalian. Erti hidup pada memberi~ Marilah kita memBERI kepada teman-teman AiKOLian yang lain, sebab Allah pesan, tak kisah banyak mana, tak kisah besar mana, tak kisah kecik mana, apa dia sekalipun, tetap tak terlepas dari hitungan Allah, even sebesar zarah.

Atas segala kepercayaan yang diberi, insyaAllah amanah ini akan kupikul sebaiknya. Namun sahabat, jangan tinggalkan aku sendiri menggalas bebanan ini, marilah bersama dengan ku, perhatilah tari langkah hidupku, ingatkan aku andai ku terbabas, jalan yang kupilih tersalah, pantai sikap yang berubah dek dilanda tsunami jawatan, kegilaan pangkat yang diagungkan, dan apa jua ; ingatkan aku TEMAN~

Aku tidak takut, dan aku tidak risau kerna aku masih punya kalian, SAHABAT~
Cukuplah Allah menjadi pemeliharaku, tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia. KepadaNya lah aku menyerah diri, dan Dia lah yang mempunyai ‘arasy yang besar.

[aku takut sangat nak post artikel ni, nanti orang cakap aku nak bangga lak~ takpun orang cakap baru jadi exco, tak jadi PM ag~ gelojak hatiku ini sape yang faham ea kalau aku tak kongsi ngan sesape? Xplah~ nk baca k,nk kutuk k, aku x kisah lah, ni blog aku kn? Ad org bley citer psl kucing dy, psl selipar dy kne curik kt surau, so xkn aku xley kongsi apa yg aku rsa kn? Astagfirullahal azim~ astaghfirullahal azim~ astaghfirullahal azim~, yaAllah, tuntunilah aku selalu~]

1 comment:

daniel yusof said...

langit mana pun ko pijak, ko still ada aku
smpai bila2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...