insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, December 29, 2010

Dia tercedera lagi.

Bismillah walhamdulillah.


Petang yang damai.
Sekumpulan lelaki leka mengejar2 sebiji objek bulat di atas gelanggang.
Ditolak ke hadapan dengan pantas.
Lalu di sepak dengan kadar yang tepat buat teman sepasukan.
Demi tujuan yang satu.
Antara 2 kon oren.

Dlm kemeriahan permainan.
Diiringi gelak tawa mereka.
Satu terjahan keras menyentap kesedaran seseorang.
Seorang lelaki rebah memaut lututnya.
Memaksa proses permainan dihentikan sementara.
Dan dalam ngilu mnahan kesakitan.
"aku OK. berlaga lutut skit j td"
Terus, riuh rendah td bersambung kembali.

Malam yang indah.
Lelaki td melangkah ke kafe.
Bukti sokongan kpd tanah air tercinta.
Di celah2 para hadirin. dia berdiri memeluk tubuh.
dengan mata meliar-melilau mencari tempat labuhan punggung.
Azan kedengaran.
Keriuhan berhenti seketika.
Dia berjalan turun ke surau di tingkat bawah.

Waktu solat.
3 kali bangkit untuk berdiri sgt memeritkan.
Rasa ingin sahaja dia berpaut dgn jemaah di sebelah membantu kestabilan.
Perjalanan keluar surau di rasa seperti mengheret sebelah kaki.
Lagak umpama lutut diketuk kepala tukul besi.
Dan sakit itu disahkan waktu bersorak utk kejayaan harimau meratah garuda.
Dia mengerti. Ini bukan biasa.

Sebelum tidur.
Dia mencari Ahmad Wahid yg sedang berperang.
mempertahan jajahan dan memperluaskan taklukan.
Manalah tahu Ahmad Wahid ada pendapat tersendiri.
Setelah mengurut. dengan minyak urut yang ada akar kat dlm botol.
"Mungkin ligamen. atau tisu."
Begitu kesimpulan Ahmad Wahid.

Dia pulang ke kamar. dan bersiap untuk tido.
Mencangkung. Membongkok lutut. Menaiki tangga.
Akan memberikan masalah.
Dia balut erat2.
Bismikallahu maaya waamut.
dan dia mula memejam mata utk tidur.

Tengah malam itu. Kakinya kejang teruk.
Mahu dijerit nama siapa ketika ini.
Tidak diketahui sama ada shbt2 sebilik lain sudah tidur atau tidak.
Dlm mengerang, dia mngurut lutut.
Moga2 ia hnya sementara.
dan dlm mengetap bibir menahan sakit.
Dia kembali tertidur.

"dan tidak seorang Muslim itu diberikan kesakitan, penderitaan, melainkan Allah akan menghapuskan dosanya. seandainya dia besabar"


May Allah bless. Wallahua'lam.

Thursday, December 23, 2010

YB Ahmad Maslan - Episod 3

Bismillah walhamdulillah.


Dalam ucapan penuh kekuatan YB Ahmad Maslan, ada juga peringatan beliau tentang ‘tugas khas’ GPMS terhadap kerajaan. Apa yang membezakan GPMS terhadap kerajaan adalah ‘dana’ mereka datang daripada kerajaan. Saya pernah menganggotai MAMPAT suatu ketika dulu, yaRabbi, mencari dana untuk bergerak sangat melelahkan. Mintak sponsorship dengan syarikat ni, call orang2 besar, letak tabung dekat pasaraya, buat gerakan ke restoran2. Susah yang tidak diterjemah. Tapi GPMS, melangkaui fasa itu. YB Ahmad Maslan, dengan disambut sorak sorai, dan laungan ‘Hidup Melayu’, ‘Hidup Jais’, mengumumkan Biro Tatanegara, di bawah kendaliannya akan menyediakan perkhidmatan percuma seandainya GPMS memerlukan khidmat mereka. Bukan itu sahaja, YB juga akan menyokong surat tambahan peruntukan kepada PM YAB Najib Razak. Bukankah itu sesuatu yang mengujakan bagi sebuah NGO ? ;)

Untuk mendapat pandangan yang berbeza, saya pernah berbual dengan seorang perwakilan daripada Pahang. Saya utarakan pendapat betapa ‘kemurahan hati’ kerajaan memberikan peruntukan kepada GPMS adalah tidak adil kepada NGO-NGO lain. Beliau tidak bersetuju dengan itu, “GPMS layak dapat semua 2 sebab GPMS sokong kerajaan.”Saya meneruskan provokasi, ”Bagaimana pula dengan NGO2 yang lain yang tidak berpendirian, neutral dan bebas?” Beliau tidak menjawab, mungkin tidak tahu, namun berkata, “GPMS banyak jasa kepada kerajaan BN kerana GPMS sendiri adalah tempat di mana pimpinan pelapis dilahirkan.”

Mahu sahaja saya tergelak di situ sebenarnya, namun menghormatinya lebih afdhal ketika itu, saya meraikan pandangannya hasil usaha berterusan kerajaan dalam agenda mengelakkan rakyat ‘tahu’ dan ‘faham’. Alahai Pakcik ~ adalah sangat tidak adil bagi NGO lain, kerana kerajaan ‘menyalahgunakan’ wang para pembayar cukai yang bukan semuanya ahli GPMS. So YB, anda dilihat tidak telus dalam point ini. Dan lagi, YB sepatutnya menjadi Timb Menteri, dengan peranan menyelia Biro Tatanegara, kepada RAKYAT MALAYSIA secara keseluruhan bukan ahli GPMS semata. Jaga2 YB, mengkhianati amanah adalah tanda orang munafiq.

Apa yang menyebabkan GPMS begitu istimewa di mata kerajaan? Persoalan ini dijawab dalam ‘list tugasan yang YB hurai panjang lebar seusai sahaja mengumumkan dana bantuan. YB minta ahli GPMS berusaha keras mendaftarkan pengundi2 baru. Kalaulah YB hanya setakat berhenti di sini, untuk ayat ini, nescaya YB akan mendapat tepukan paling gemuruh dari saya. Namun, YB menyambung ini “demi memastikan kelangsungan pemerintahan kita”, saya terus mengutuk YB diam2 dlm hati. Haha ;) Pemerintahan kita adalah merujuk kepada kerajaan BN kn? Apa kene mengena GPMS dengan kerajaan BN YB-ku syg? Saya tidak akan menulis sepanjang ini dalam wadah blog sekiranya majlis yang saya hadiri itu adalah Liqa’ Mawaddah Pemuda UMNO. Di mana letaknya Pemuda UMNO di mata YB? Bukankah tugas menambahkan penyokong BN adalah tugas para pemuda UMNO? Mengapa GPMS yang mendapat pengiktirafan itu? Jawabnya satu, kerana GPMS adalah UMNO bukan? Maka YB, wujudkanlah UMNO cawangan GPMS selepas ini ya?

Dan, saya yakin kepada sahabat2 seperjuangan saya, Raafiq, Awai, Salleh, Nana, and Dada mengerti akan hal ini, dan insyaAllah,saya percaya mereka akan cuba membersihkan GPMS daripada kotoran UMNO sebaiknya. Tapi YB mesti haling diorang kan? Haha. Serius izzatghazali cakap, GPMS akan lebih maju tanpa kongkongan UMNO. NGO yang bebas berpendirian adalah yang terbaik bukan? ;)

*insyaAllah akan bersambung lagi*

May Allah bless. Wallahua’lam.

Tuesday, December 21, 2010

YB Ahmad Maslan - Episod 2

Bismillah walhamdulillah.


Kata orang, bila bercakap, usah bercerita tentang kita semata. Dan mungkin falsafah ini wajar diperdengarkankepada sahabat2 saya yang merupakan orang2 besar dalam GPMS seperti Raafiq Zakaria, Salleh Tugimin, Hidayah Muzammil dan lain2. Seingat saya, sewaktu zaman persekolahan dulu, kami pernah meng’boo’ seorang yang kononnya ‘motivator’. Puncanya? Beliau sangatlah syok sendiri bercerita tentang itu dan ini.

YB Ahmad Maslan juga tidak ketinggalan. Semalam saya ke Sarawak ada 3 program. Tak sempat tido lama dah kena naik flight terus ke Kedah, ada majlis nak kena rasmi, habis je majlis tu, terus pecut ke Johor, habis saja ucapan malam ni, YB kena attend majlis lain lagi, pastu ada rewang pulak. Pakcik2 kt bawah, kawan2 saya, semua teruja dengar betapa sibuknye YB berkhidmat untuk masyarakat kn? Allah, klu budak2 skolah saya ad, shahih YB kne boo lagi rsanya ni. Hehe.

Menjadi seorang ahli parlimen 2 pilihan YB sendiri kn? Dengan duit gaji ber’riban’ yang YB dapat, elaun yang macam2, kabel 2 kabel ni, perlu k YB selit lagi ‘sesi betapa sibuknya YB’ dalam ucapan perasmian Himpunan Agung GPMS tu? Bercakap dengan orang kecik macam kami mmg lh akan menaikkan darjat YB di mata rakyat. Sama r bila saya cerita kat adik2 saya, malam ni saya ada meeting sampai pukul 2pagi, pastu balik bilik kene buat assignment sampai pukul 4, tido kejap, pukul 6 da kne bgon sbb ad kuliah Subuh kat luar, pukul 8 ada kelas, pukul 12 kena meeting dengan Deputy Dean pulak. Petang kene present working paper psl solidarity mahasiswa, bergegas gi Sri Gombak sebab ad janji iftar, balik 2 ad usrah lagi dan bla bla bla. Melopong r adik2 saya, YB. Sama r dgn YB jgk kn?

Apa yang nak hairan, mmg kehidupan seorang Ahli Parlimen memang macam 2 lah. Apatah lagi YB merupakan Timb Menteri. Itu adalah kerja YB – untuk rezeki anak isteri YB. Sama dgn nelayan yg pergi ke laut, petani ke sawah. Susah? Penat? Macam lah diorang x letih kn? Saya pernah ikut YB Saiful Bahari dulu, dia ADUN je. Tp, ya Rabbi, hanya Tuhan je yang tahu berapa penatnya dia. Tapi, sepanjang kembara kami, x pernah pulak ada ‘sesi betapa sibuknya saya’ mcm YB buat. Hehe.

Sebab YB mmg juara pengucapan awam, so saya nak bagi sikit tips untuk meningkatkan strategi penyampaian YB, kurangkan bercakap tentang diri sendiri, 20minit untuk satu sesi 1jam agak membazir sebenarnya, dan lebihkan berbicara tentang orang lain. Contoh, berucap di kalangan guru betapa hebatnya tugas mereka, ingatkan tentang balasan Allah yang berkekalan untuk mereka2 yang mengajari ilmu yang bermanfaat. Beritahu para peladang betapa istimewanya mereka. Tanpa mereka, apa yang rakyat nak makan? Dan bila berucap di majlis GPMS, ceritalah tentang kuasa anak muda sebagai pemilik masa depan, anak muda yang tidak dimandulkan dengan ketakutan kepada regim pemerintahan. Apalah salahnya, diingatkan tentang teras dakwah Rasulullah dulu, adalah anak2 muda. Betapa frontliner pahlwan perang baginda adalah anak muda?

Dan untuk pengetahuan YB, bukan YB seorang je MP yang syok sendiri dok bercerita betapa sibuknya dia. Ada ramai lagi. Tapi, sebab saya sayang YB, saya tegur YB dulu lah ya. Berenti lah dok habaq kat orang prog2 kita, yang bizi ni, kalau orang2 dah tahu trick 2, mmg rasa YB ni jensi nak mintak simpati and penghormatan je pulak. YB bukan mcm 2 kn? Hehe. Sila banyak memuji orang lain, berbanding diri sendiri ya?

Wallahua'lam. May Allah bless.

Sunday, December 19, 2010

YB Ahmad Maslan - EPILOG ;)

Bismillah walhamdulillah.

YB mulakan ucapan YB dgn menarik perhatian ramai supaya mengalihkan rostrum ke tengah petas. Dan ini mengingatkan saya dengan ‘kaedah pengucapan cemerlang’ yang pernah saya ikuti dulu. Cara YB mnarik audien mmg mantap, sekaligus menggamit memori saya bersama allayarham Razali Ismail, mantan Pengarah Pendidikan Terengganu merangkap bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu. Coleteh YB dgn keantian YB terhadap warna hijau sangat mengujakan sebilangan besar hadirin, dan dengan itu gap antara penyampai dan pendengar dapat YB kurangkan.

Tapi YB, bagi sekelumit kecil orang2 (termasuk saya dan saya percaya ada beberapa kerat lagi), tindakan YB agak tidak kena pada tempat. YB berucap di tempat di mana ‘anak2 muda pejuang bangsa’ berhimpun. Kalaulah fikiran mereka tidak dibataskan dengan budaya politik sempit, semestinya YB seakan2 menikam diri sendiri apabila mengaitkan GPMS dengan UMNO sekaligus mengiakan pendapat saya yang GPMS hanyalah alat kepada UMNO. Setidak2nya mana professionalism YB apabila secara terbuka menyifatkan YB benci kepada hijau putih? Di point ini, walaupun ia menarik gelak ketawa audien, bagi saya, ia jelas menunjukkan ketidak-matangan YB.

Mungkin ada secubit kebenaran seperti-mana didakwa oleh sesetengah blogger, YB masih belum cukup masak dalam arena ini. Maklumlah, dilantik secara terus ke jawatan tinggi dalam UMNO mengatasi senior2 politik UMNO yang lain. Dan menjadi ketua penerangan UMNO Pusat, bukanlah sesuatu yang ringan bukan? Sepatutnya, hadir sebagai seorang Timbalan Menteri di sebuah Majlis NGO, nada YB seharusnya berbeza, ini bukan program UMNO, YB , kendatipun GPMS adalah NGO naungan UMNO.

Tetapi, saya mengakui mungkin saya tercampak ke tempat yang tidak sepatutnya saya berada, bukan? Tidak mengapa YB, secara keseluruhan, saya sebagai orang awam menyukai pengucapan YB, tidak terlalu bergantung kepada teks, berkeyakinan dan jelas dalam menyampaikan. Tapi, menghakimi YB dengan sedikit kefahaman yang saya ada, tidaklah menjadikan YB sebagai orang-yang-mengisi-pengucapan sangat kan? Setakat berbicara kosong or ‘sembang sedap’ memang enak sebagai halwa kerana ia tidak meresap jauh ke hati. Jadi, optimis saya mengatakan andai YB benar2 berucap di kalangan anak muda yang ‘faham’, ucapan YB tidaklah ke mana, biasa2 sahaja. Tapi disebabkan ‘tempat’ yang YB pilih sangat tepat, ucapan YB kedengaran sangat hebat. Tahniah YB ;)

*berbicara dengan orang yang kurang pandai adalah jauh lebih mudah berbanding dengan orang yang pandai. Buktinya? Sila berucap pasal repair kereta di depan budak2 belum mumayyiz dan sila try berucap di kalangan gabungan pengusaha workshop pulak*

*insyaAllah ulasan ini akan bersambung kembali*

May Allah bless. Wallahua’lam.

Tuesday, December 7, 2010

tadi. sy belaja something.


Bismillah walhamdulillah.


nak cerita ni ;)
perihal sebuah cerita.
yg xd lh best mcm 2Alam pn.
pengalaman n pengajaran utk sy.
bukti sy msih byk xtaw.
*berazam nk blaja psl hidup byk lg*

pagi td.
sy hntar roti kt kedai2 runcit,kedai makan.
kali ni, sy masuk kt sbuah kaw pdalamn.
jauh dr hiruk pikuk org.
jauh dr kesibukan materialistik kota.

incik taw x?
nk masuk tmpt ni.
1/2 jam jgk r kot lalu jalan raya yg xd penempatan.
mmg port utk lori2 kne paw ngn budak2 moto.
nama? *rahsia* ;p

sesampainya sy di sna.
kampung senyap sunyi.
xd lg lelaki yg biasanya menebas kebun.
xd lg kanak2 xberbaju brlari mnyeberang jalan.
kampung diam. gersang orang.
jauh dlm diri.
sy bermonolog sendiri.
iskh, mne org pergi?
xkn kne mkn rimau rmai2 kot?

d kejauhn, nmpk sorg kak.
cepat2 tutup kdai dia.

then, slepas dtnya.
barulh sy mengerti.
ad kematian berlaku di penempatan itu.

*tamat cerita*

KEMATIAN adlh mnd normal di kalangn kita.
sptutnya x mnjadi satu kepelikan andai tiba2 ajal tiba menjemput.
tp apa yg abnormal adlh bgaimna mereka meraikan kematian.
seluruh aktiviti ditinggalkn demi menghormati si mati.
sama2 berkabung berkongsi kesedihan bersama keluarga si mati.
sama2 merenung betapa kematian tlh memisahkn mereka.

dan,
masing2 saling tertanya2,
bilakah akn tiba waktu diri akn pergi.

apa yg saya insafi,
bagaimana dgn kita?
smpaikn suatu ketika.
majlis tahlil shbt yg pergi dulu pn kita buat donno.
seakan2.
biarlh dia. bukan aku yg mati. bkn adik ak.

berbeza dgn mereka.
masing2.
sibuk salig berebut cangkul menggali.
sibuk menyiapkn air utk para tetamu yg dtg.
sibuk menghampar sejadah utk solat.
seakan berlaku pemusatan masy pd waktu itu.
ad yg dtg utk menyampaikn takziah.
ad yg menunjukkn muka, membuktikn skogn.
bersama2 menyatakn,
kalian tidak sendirian menerima takdir ini.
kami akan bersama kalian.
dan hidup ini masih perlu diteruskan.

baru lh sy sedar.
mrka menerima kematian sbg tnda peringatan Allah kpd mereka.
"walaupn bkn fmily ak, bkn snak sedara ak,
tp siapa pn org ini.
masa aku menjadi sebagaimana dia akn hadir.
n tidak salah andai aku mngambil 'ibrah drp pmergiannya?"

sy harap. lepas2 ni.
sy xnk jd org yg alpa, alah dgn kematian.
sy xnk ble dgar berita org mati.
n saya xd rsa ap2.
sebaliknya.
sllu insaf dgn kematian.
n bersedia utk hadapinya.
walaupun hakikatnya.
tetiap saat ad org mati.
dan siapa bleh jamin?
bkn kita yg akn digelar allahyarham utk saat seterusnya?

ya Allah.
smpaikan lh mati kpd ku.
di saat yg terbaik bg ku menerimanya ~

may Allah bless. wallahua'lam.

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432

Bismillah walhamdulillah.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
  • Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.

Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.

Sekian.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 28 Zulhijjah 1431H / 5 Disember 2010M

Sunday, December 5, 2010

Adakah Korang Cakna?

Bismillah walhamdulillah.



Sahabat2 sekalian, fakta betapa 650ribu tong sehari dikeluarkan dari perut bumi Malaysia dengan penggunaan sekitar 400ribu tong mengesahkan kita adalah negara pengeluar. Sebagai negara pengeluar, keuntungan akan menjadi berbilion2 dengan kenaikkan setiap dollar pada harga minyak dunia.

Kenapa tidak pakai sistem 'keluar minyak dari bumi dan terus guna'? kenapa minyak Malaysia dijual keluar dan minyak arab dibawa masuk? kita rakyat bukan minta minyak secara percuma, tetapi biarlah pembayaran setiap liter minyak yang dibeli itu hanya merangkumi harga kos, bukan untuk buat keuntungan. Itu sepatutnya menjadi dasar PETRONAS.

hasil bumi negara ini patut dibahagikan sama-rata, bukan untuk syarikat tertentu sahaja seperti pengeluar tenaga IPP. Diulangi, sepatutnya pengeluaran minyak negara menampung kos. Kos itu ditanggung oleh rakyat melalui kerajaan dan akhirnya minyak itu diberi semula kepada rakyat !!!

apa yang berlaku ialah, PETRONAS untung bersih 70billion tetapi hanya diagihkan dengan kekeliruan. bonus para pekerjanya juga melebihi orang lain, wajarkah? Katanya duit keuntungan minyak PETRONAS untuk pembangunan. Jadi, bagaimana pula dengan keuntungan getah negara, keuntungan minyak sawit, komoditi lain, cukai-cukai perbankan, cukai pendapatan, cukai syarikat, road tax, keuntungan export dan lain lagi.

Di mana perginya wang 13bilion sewaktu harga minyak dinaikkan 30sen sebelum ini? katanya nak mempertingkatkan pengangkutan awam. Tak nampak pun pembaharuan pun? Rapid KL, Metro Bus still lagi ntah-apa2-ntah. Kat Parlimen, menteri jawab wang itu hanyut bersama harga minyak yang melambung. Mana boleh ! Duit 13bilion itu sepatutnya sudah diasingkan !!!

kalian merampas kebahagiaan kami. Masa ibu bapa yang terluang untuk anak-anak terpaksa digunakan untuk mencari lebihan wang bagi mencukupkan perbelanjaan bulanan. Anak-anak akan lebih terbiar selepas ini, kes kehilangan anak juga akan meningkat. Tahukah kita kenapa gejala sosial sekarang telah melampau dan tidak terkawal? ya, kerana masa untuk membelai anak dan memantau anak telah digunakan sepenuhnya untuk mencari duit belanja dan duit persekolahan anak itu sendiri. Rakyat semua tertekan untuk berebut mencari peluang mendapatkan lebihan wang. Jenayah juga akan meningkat berganda. Golongan manakah yang akan menghadapi mimpi ngeri ini? Bukan pemimpin, tetapi rakyat !!

kita semua tahu, harga minyak adalah kunci bagi semua harga barang kerana ia terlibat secara langsung dengan faktor logistik. Orang2 besar macam kalian, memang lah tak rasa macam kami rasa. Korang ada elaun mcm2.

ayuh anak2 muda, sahabat2 saya, jadikan zaman kita adalah zaman yang menumbangkan tindakan zalim ini. Jalankan peranan masing-masing. kita bukan mahu nama, kita mahu bersama untuk menghadapi kehidupan yang lebih selesa. Rakyat Malaysia wajar dilayan dengan lebih baik oleh kerajaan dan selaku rakyat celik, kita harus mengajar kerajaan tentang bagaimana kepuasan itu harus dipenuhi dan mampu dipenuhi !

demi masa depan Malaysia tercinta, kita wajar melakukan sesuatu di zaman kita. Jangan biarkan penindasan sebegini berlaku dalam hidup kita lagi dan generasi selepas kita. Harga kehidupan ini tidak harus dibayar untuk kesenangan orang lain!

*hehe. sorylh. ayat-skema-tahap-langit. aku just nk korang aware betapa hak kita dinodai. n amnd peranan kita selaku anak muda*

apsal nk sibuk2? sbb ada Pemilik Segala Kerajaan akan persoal kita amnd kita buat msa kita muda .. v(^_^)v

May Allah bless. Wallahua'lam.

Friday, December 3, 2010

hikayat betik yg best

Bismillah walhamdulillah.


ayah saya memiliki kebun yg luas. byk tumbuhan yg ditanam olehnya di dlam kebun itu. dlm byk2 pokok, ayah sy minat pokok betik. dan baru2 ini, beliau telah mndaftar dgn peladang. khidmat nasihat drp FAMA dalam perniagaan betik, modal bantuan drp jabatan pertanian menyebabkan ayah saya semakin berjaya dalam menghasilkan betik2 yg bermutu tinggi.

pd mulanya, pasaran ayah saya hnyalah kepada org2 kmpung saya. byk org2 kampung sy gembira kerna betik yg ayah sy tanam sgt sedap. dgn harga yg murah, betik trnyata mampu menjadi makanan ruji di kampung saya. smp dikatakn smp kpd satu tahap, betik adalah segalanya di kampung saya. saya sgt gembira dgn situasi ini.

ayah sy sgt xberkira. beliau bkn memntigkn keuntungn kerna ap yg pentig adlh berbakti kpd masy kampung saya. harga yg beliau berikan sgtlh tak-diterjemah-kepala oleh sesetengah org.
begitulh hebatnya kebaikan ayah saya.

tp masa berganti masa. betik ayah saya mula mendapat tmpt di hati org kampung lain. n mereka sggop utk mbyar harga yg tinggi kpd ayah. dan ayah mula berubah. beliau mula mengasingkan betik2 yg berkualiti tinggi (RON-97) utk dijual kepada org kmpug lain, dan utk anak2 dan org kmpung sndri, hanya betik2 yg direject (RON-95). kesian kpd kami.

ap yg menyedihkan lagi. ayah baru sahaja mengumumkan kenaikan harga 15 sen seliter betik pd 1 Disember yg lalu. saya mula merasa marah n kecewa. apabila saya mula mempersoalkn tindakan ayah. beliau menjawab, saya dan org2 kampung xsedar diuntug, kerana harga yg ayah sy jual kpd kami adlh lebih rendah drp harga betik sekitar. apa yg kami mampu buat lagi?

alasan lain ialah harga betik bkn ditetapkan oleh bliau, ttapi oleh OPEC, kawan ayah dr kg luar. apakehal? bknkh betik ini adalah milik ayah? mngapa ad individu lain yg ske2 hati men'decide' harga betik kepada kami. ini tidak adil, ayah.

bknkh sptutnya ayah mngutamakn kami? bukan sdikit org kmpug yg sama2 bekerja di ladang milik abah. septutnya betik yg bermutu adlh utk kami dgn harga yg rendah. sy sgt sedih dgn tindakan abh. sepatutnya, beliau fhm kerana beliau sgtlh ank jati kg ini, dlm keadaan betik yg menjadi rebutan dunia, ayah xboleh sebegitu kejam. ble harga betik naik, akan naiklah harga pelepah betik, batang betik, dan pucuk betik.

sy berasa sgt geram dgn ayah. sy berazam utk tidak lagi memlilih ayah dlm pemilihan ketua kampung akn dtag. siaplah ayah!

sekian sahaja karangan musim cuti sekolah saya, wan mohamed RAKYAT bin che wan KERAJAAN.

Thursday, December 2, 2010

nak jadi TPM aku? jangan kau harap!

Bismillah walhamdulillah.


kepada : YB Lim Kit Siang.
daripada : saya.

YB jangan HARAP boleh jadi TPM !!

sehari dua, heboh orang cakap YB akan jadi TPM kan? so, merujuk kepada tajuk di atas, saya ingin menarik perhatian YB dan dengan sungguh2 menegaskan YB jangan-dok-mimpi-lah nak jadi TPM.

2. adakah YB fikir YB xlayak jadi TPM disebabkan mata sepet YB? ataupun loghat pelat YB? xpun kaedah YB makan? YB salah sama sekali. satu2nya sebab yang menyebabkan YB xkan layak jd TPM ialah kerana YB orang CINA. C-I-N-A !!

3. walaupun YB didaftarkn sbg warganegara, YB kena bayar beraneka ragam cukai, YB tetap xkan dapat pegang jawatan tersebut. YB nak jadi Melayu? cet! jgn harap r YB. sampai bila2 YB akan tetap Cina, waima YB masuk Islam, YB xkn jadi Melayu, tp jadi Cina-Muslim, walaupun bila YB mati, n 'disimpan' kat perkuburan Islam pun YB tetap Cina tau.

4. YB nak cakap apa lagi? haaa? nak jadi Melayu? jangan harap! walaupun YB makan belacan, belajar silat, pakai baju melayu siap dengan kain pelikat, join Debat Bahasa Melayu, YB tetap xkan jadi TPM disebabkan YB adalah seorang Cina. senang formula dia kan?

5. dan ini adalah sistem yang adil. ingat sikit, Ketuanan Melayu adalah dasar kat sini. so, sebagai penutup, saya nk cakap lagi, walaupun Nik Aziz ckp YB boleh jadi TPM, sbb bangsa 2 bkn persoalan pun dalam kubur, YB hiraukan je lah. sbb smp krismas berlaku masa gerhana matahari pun, YB xkn dpt jadi TPM ! huh!

sekian, pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

yang emo,
upin dan ipin.


left-footed note : xplh YB, walaupun kerajaan malaysia xbg YB jd TPM, ttpi YB ttp berpluang masuk syurga. nak masuk syurga bkn mcm nk masuk pejabat TPM Malaysia. kekallah sbg Cina, dan masuklah Syurga. sbb kerajaan Allah xpernah letak syarat 'bangsa' pn utk masuk syurga. Tuhan yg mncipta syurga ni-lah yg mencipta semua bangsa ;)

*ya Allah. sesungguhnya hidayah hanyalah milik-MU*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...