insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Sunday, December 13, 2009

ini AMANAH Allah~



Bismillah~ dengan kalimah kebesaran Illahi, memujiNya selaku pemilik kerajaan langit dan bumi~ aku mula menulis~

Dewasa ini, nafas terasa kian menyesakkan dada. Deretan tuntutan menanti giliran untuk mengambil ruang di kepala. Benarlah assyahid Imam Hassan al-Banna berkata ; amanah yang ada lebih banyak daripada masa yang tersedia. Sem baru disingkap sepenuhya dengan aku diamanahkan Allah dengan lebih banyak tugasan. Sekaligus memberi makna, masa untuk diri dan juga sahabat seperjuangan semakin menyempit. Laratkah selemah kudrah ini memikul bebanan di pundak? Ya Allah, gemakanlah pendengaran dengan ingatanMu itu ; yang terbaik di kalangan kamu adalah yang paling berguna untuk orang lain.

Ruang untuk berbakti kali ini diaplikasi sepenuhnya. Bukan lagi menguji teori, tidak juga masih bereksperimentasi, sebaliknya inilah masa untuk terus melaksana dalam bentuk amali. Mahar ruangan arena pembaktian itu sangat mahal, dan aku risau bukan kepalang, seandainya segenap yang ada tetap tidak mampu membayarnya. Dan Alhamdulillah, Allah tampil lagi, menyedarkan aku, bahawa Dia tidak menilai aku dengan apa yang kedapatanku sebaliknya apa yang aku cuba dapatkan. Burung kecil yang besar sejarahnya dalam sirah Ibrahim AS, menjadi sebab yang kukuh, betapa inilah jawapanku tatkala dihadapkan kepada Allah kelak, pabila ditanya apa usahaku membantu agamaku? Inilah jawapanku tatkala disoal, kemana masa mudaku dihabiskan? Dan jugalah, ini hujahku YaAllah, kemana segenap pinjamanMu ini ku gunakan.
Walaupun ia secebis cuma, namun biarpun sebesar biji sawi, sekali tetap dalam pandangan Allah swt jua.
Saksikanlah wahai Tuhanku, betapa hambaMu yang lemah ini kerap kali tersungkur disapa ujianMu sebagai lambang perhatianMu kepadaku. Saksikanlah olehMu wahai Tuhanku, penat lelahku, jerih payahku, rintih tangisku, menyalurkan segenap khidmatku yang sedikit ini demi membantu agamaMu. Dan sedarlah wahai diri, segenap bebanan di pundakku ini teramatlah sedikit, seandainya dibandingkan dengan tugasan berat para utusanMu. Kupohon kepadaMu yaAllah, kukuhkanlah langkahku seteguh RasulMu, pasakkanlah tapakku ke dalam redhaMu, naungilah seluruh kehidupanku yaAllah, dengan rahmat dan keampunanMu. Dan sesungguhnya akulah insan yang banyak berdosa.

Buat sekalian sahabatku, ucapkanlah salam takziah kepadaku, sebagai tanda kasihkan aku diingatkan Allah dengan ujian ini. Bantulah aku sekadar kemampuanmu, dan terutamanya, perbetulkanlah aku sekiranya longlai langkahku tersasar dari jalanNya. Semoga Allah, hadiahkan kita anugerah indah berupa hidayahNya selalu.

2 comments:

Syauqani said...

tanhiah exco!!!

daniel yusof said...

sejauh mana kita berusaha,sejauh mana kita berjalan, tanggungjawab takkan pernah lari dari hidup kita...tak kira la tangungjawab diri sendiri ke,terhadap org lain ke dan even terhadap Dia...kita still seorg hamba yg makan 'gaji' dari Dia...bersabarlah n chaiyok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...