Bismillah walhamdulillah.
Pilhanraya kecil adalah istilah yang dugunakan untuk wakil rakyat baru sementelah YB yang terdahulu lompat parti meninggalkan parti, keputusan pilihanraya tidak sah, ataupun YB hilang kelayakan. Trend hari ini memperlihatkan pilhanraya sebagai medium kelulusan projek2 mee segera dari kerajaan. Sewaktu PRU Kuala Terengganu seketika dahulu, saya sendiri menyaksikan jalan raya ditar baru pada jam 3pagi, kawasan taman permainan bercat baru, geran-geran tanah yang ditunggu kerana kelulusannya digantung bertahun-tahun diperoleh dalam program mesra rakyat yang dirancang lama kononnya, menteri2 turun padanng mengumumkan projek2 beraneka bagai di Kuala Terengganu, janji manis pilihanraya berkumandang, berita2 akan menafkahkan kira2 15 minit waktu siaran untuk mengkhabarkan kepada dunia apa usaha kerajaan untuk memajukan Kuala Terengganu dan lain2.
Inikah Pilihanraya kecil yang sebenar? Seluruh tenaga kerajaan akan dihala di kawasan itu, dengan bantuan kewangan dari kantung Negara, saya keliru dengan kebenaran amalan demokrasi yang dikatakan sihat di Malaysia ini. Saya masih ingat ceramah penjelasan isu oleh Ustaz Hadi Awang dihentikan polis kerana tidak memohon permit, sedangkan ia dijalankan di kawasan persendirian, sedangkan esoknya, BN dengan sewenangnya memasuki kawasan sekolah untuk memberikan bantuan beg sekolah. Dan, tidak perlu disebut lagi penyalahgunaan stadium, dewan orang ramai, untuk pelancaran program2 yang diatur mereka. Oh Tuhan, Ya Allah. Saya yakin, ini hanyalah sebahagian kecil daripada pemerhatian betapa amalan demokrasi tidak mekar seperti yang didakwa. Sementelah, saya hanya menulis berdasarkan Kuala Terengganu semata2 sedangkan masih ada banyak PRK yang lain, Bukit Gantang, Sibu, Bukit Selambau, Batang Ai, Pengkalan Pasir, Permatang Pauh dan lain2.
Saya tertarik untuk mengulas isu ini lantaran pengakuan YAB Perdana Menteri yang telah melaburkan kira RM 37.7 juta sewaktu gelanggang Sibu dibuka sedikit waktu dahulu. Projek2 yang memang sudah lama diperuntukkan untuk Sibu, dan kebetulan PRK sedang berlangsung waktu itu. Di Hulu Selangor juga setelah menanti bertahun2, keluarga kawan sekuliah saya menerima RM50,000 bagi melangsaikan bayaran tertunggak kepada para peneroka. Bayangkanlah, seandainya nilaian itu dijadikan ukuran, tidakkah ia menampakkan pengaliran wang bersangkut paut dengan kewujudan PRK ? Bukankah, BN sepatutnya hadir bukan sebagai kerajaan sebaliknya sebuah parti politik yang bertanding menggunakan dananya sendiri? Melepaskan penggantungan kepada media massa, biarkan mereka bertarung di padang rata dengan SPR bertindak sebagai pengadil diiktiraf rakyat. Namun, keengganan BN untuk menjemput badan bebas dunia sebagai badan pemerhati ketelusan pilihanraya sudah cukup menggambarkan motif mereka.
Cukupla sekadar ini episode penipuan ini. Rentetan ini harus dihentikan. Saya percaya, rakan2 saya, generasi muda yang akan buat kali pertamanya menjadi sebahagian daripada jutaan pemilih ini sudah matang benar dengan situasi politik semasa. Mahasiswa merdeka daripada belenggu pemikiran kolot mari mencintai kerajaan, sebaliknya kita bersama mencintai Malaysia. Hentikan penyalahgunaan jentera kerajaan sebagai alat parti politik. Kerana kami sama2 yakin, janji ALLAH akan tetap benar, kebenaran dan keadilan akan tertegak jua. Cuma masanya masih belum tiba.
Malam yang paling pekat itu akan tiba untuk menandakan fajar akan menyingsing tidak lama lagi- Assyahid Hassan al-Banna
May Allah bless. Wallahua’lam.