insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Saturday, June 12, 2010

Inilah wajah PAS



Bismillah walhamdulillah.


Diperkenankan Allah juga niat saya yang satu ini, mnjadi sebahagian muktamirin yang mewarnai dan memerhatikan pencorakan hala tuju PAS dalam menongkah arus politik Malaysia. Laluan yang panjang ini harus diperhatikan dengan teliti disebabkan perubahan haluan yang sedikit pun akan membawakan perubahan yang besar. Dan, namun saya sgt2 yakin, parti Islam ini akan dijaga Allah senantiasa, dlm mendepani perang persepsi yang terkadang dipelopori bukan hanya dari musuh PAS namun terkadang dilancarkan dari teman sepermainan sendiri. Zaman maklumat, yang membenarkan penyelewangan fakta berlaku dengan dahsyat, insyaAllah akan diatasi PAS dengan jagaan Allah. Lunak jawapan Abdul Muttalib apabila Raja Abrahah memberitahu niatnya utk meruntuhkan Kaabah, “kaabah punya pemilik, dan aku hanyalah pemilik 200 ekor unta”. Dan seandainya ada gerembolan pasukan2 yang dianggotai oleh sesiapa pn, dari idea UG, serangan MP bebas, hatta kepada PAS Reform sekalipun, ingatlah, Allah melihat apa yang kamu sembunyikan dr hati itu dan percayalah Allah akan sentiasa menjaga agamanya.

PAS mara setapak lagi, apabila mula menaiktarafkan peranan bukan Islam dlm usaha menegakkan daulah Islam, sebagai sebuah sayap parti. Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dianggotai 200,000 ahli ini diharapkan mampu bergerak sebagai jentera sebuah parti Islam, dan inilah peluang terbesar yang dimiliki PAS untuk memperhebatkan gelombang ‘Islam utk Semua’ sebagai wadah dlm usaha memperkenalkan wajah Islam sebenar kpd bukan Islam. Dan Rasulullah sendiri suatu ketika dahulu, tidak menolak peranan bukan Islam dlm membangunkn sebuah Negara Islam Madinah sebaliknya mengiktiraf penglibatan mereka dlm kerajaan. Dan PAS insyaAllah, akan dituntun dengan hidayah Allah kea rah itu. Jelas politik perkauman sempit bukan lagi sesuatu yang disifatkan sebagai ‘jalan juang’, bukan juga sebagai medium menghadapi arus zaman. PAS tidak memerlukan MIC untuk India, MCA untuk Cina, sebagaimana UMNO dalangi, sebenarnya tampil sebagai pilihan alternative bersama rakan2 Pakatan Rakyat dengan mengenepikan fahaman songsang sepertikan politik berasaskan kaum. PAS adalah sebuah parti Islam, dan Islam bukan utk kaum tertentu. Andai ada pandangan sinis massa yang menyifatkan PAS tidak berjuang utk Melayu, benar, PAS berjuang utk skop yang lebih besar, mempejuangkan agama yang di dalamnya terkandung keadilan, bukan sahaja untuk Melayu, bahkan semua kaum hatta bukan Islam sekalipun.

Dan saya sangat berharap, wadah PAS ini, walau kemanapun ia dipacu, ia akan tetap berada dlm orbit Islam. PAS bukan parti poltik. PAS adalah jemaah Islam yang berjuang menegakkan Islam dengan wadah politik. Politik adalah wasilah bagi PAS untuk menegakkan daulah Islamdi bumi Malaysia ini yang merupakan matlamat utama jemaah Islam di seluruh Negara, sama seperti HAMAS, Hizbullah, dan juga Ikhwanul Muslimin. Katakanlah, suatu ketika nanti, Malaysia sudah tidak menggunakan plihanraya sebagai jalan utk memerintah sebaliknya dgn jalan peperangan. PAS, sy sgt2 yakin tidak akan terkubur sebaliknya bangkit sbg satu pasukan tentera. Membawa matlamat yang sama tapi menggunakan wasilah yg berbeza. Matlamat penubuhan sebuah Negara yang berdaulahkan Islam adalah sebuah perjalanan yg panjang. PAS bukanlah pemula kepada perjuangan, dan bukan PAS jua akan mengakhirinya, PAS hanyalah sebutir mutiara dalam rantaian perjuangan. PAS hanyalah nama, dan tidak mustahil nama ini akan terkubur, namun entiti jemaah Islam yang dibawa akan terus mekar tanpa luput dek masa, atau ditelan dek zaman. Dan, sahabat sekalian, inilah PAS.


p/s: Niat saya untuk mengulas perjalanan muktamar sbg seorang pemerhati nampaknya gagal lagi ;’(

May Allah bless. Wallahua’alam.


1 comment:

incek.loyer said...

yakinlah wahai saudara, kemenangan Islam kan menjelang..
walau tak kita hadapi masanya, tetaplah al-Haqq pasti menang..

[jalanjuang_izzatulislam]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...