insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Tuesday, June 22, 2010

Hikayat Parlimen di Antartikastik

Bismillah walhamdulillah.



Bila kerajaan saya kata nak tukar bangunan Parlimen, agak2 awak, apa yang saya rasa? Parlimen kt Malaysia nih, samalah dgn Dewan Perhimpunan Rakyat (DPR) kt Jakarta, sama jugak dengan Westminster Palace kt Great Britain. Parlimen adalah tempat di mana, semua mereka2 yang menipu dipilih rakyat terbanyak utk mewakili suara mereka. Kalau saya kt kawasan Dungun ni, YB Matulidi Jusuh akan membawa suara org2 Dungun di Parlimen, nak mintak peruntukan lebih k, nak bwt bangunan mcm KLCC kt Pantai Teluk Lipat k, haruslah melalui Parlimen.

Kalau selaku budak Law, Parlimen adalah tempat utk bahas rang undang2, tmpat kerajaan bentangkan ketirisan belanjawan, polisi2 kementerian dan mcm2 lagi lah. Masjid Parlimen dianggap tempat yang mulia, sbb kt sinilah undang2 yg menjadi kerangka kerajaan dilahirkan. Dulu, masa Shabery Chik pengang Kementerian Penerangan ada siaran langsung World Cup perbahasan parlimen, masa ni lah rakyat boleh tgok MP dia tidur aktif atau tidak. Seingat saya, rajin gak lah sy mengadap TV awal2 dulu, nk tgok YB Matulidi saya cakap, tp frust btol saya, sbb dia asyik xd j. Semenjak dr hari itu, saya berjanji tidak akan pangkah BN tgok perbahasan Parlimen lagi. Baik lah download kt YouTube.

Selepas membuat sedikit kajian, saya dapat tahu yang bangunan Parlimen yang kita tgok hari ini siap dibina pada 1963. Almarhum YDPA ke-3 yang rasmikan bangunan ni. Maknanya kita baru guna bangunan nih kira2 47 tahun j. Dalam 47 tahun 2, agak2 awak, berapa kali j dewan bersidang ea? Kalau bangunan 2 macam orang, 47 2 kira umur produktif lagi 2, silap2 ley tmbah anak ag. Sebagai perbandingan, saya nak kongsi pulak pasal Westminster Palace. Ia mula dibuka sebagai tempat utk pertandingan pantun perbahasan sejak dr 1512 lagi. Sebelum 2, Raja Henry yang keberapa ntah, duduk bermukim kt situ. Maknanya lebih 498 tahun bangunan Westminster Palace itu sudah diguna sebagai Parlimen. Pernah awak dgar ura2 diorang nk pindah x? ;p

Saya xnmpk pn amnd sbb Parlimen Malaysia ni nak ditukar kt Putrajaya. Takkanlah sebab kes bumbung bocor dulu sampai nak kne tukar kt Putrajaya? Marah kt lipas seekor pun xkn sampai bakar rumah? Beli r ubat lipas RM1 kt pasar malam. Baiki lah bumbung 2. Ke masalah penyaman udara, system audio?? Xleh baiki kah? Dgn kos 800juta duit rakyat, saya rasa sangat xwajar kerajaan nk yakinkan rakyat marhaen sekalian betapa keperluan menukar lokasi Parlimen menjadi terdesak. Dlm keadaan rakyat disuruh bersiap-siaga menghadapi situasi Negara bankrap menjelang 2019, 2010 mencatatkan betapa rakusnya budak2 dlm system pentadbiran Malaysia hari ini menghabiskn baki2 kantung perbendaharaan sbb da taw kalah PRU13.

Subsidi (Barang2 Kawalan) nak tarik balik, nak knekan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) lagi. Kemana inche2 semua nak habiskan duit kami ni? Dgn Malaysia yg pernah digelar ‘semenanjung emas’ suatu ketika dahulu disebabkan kekayaan hasil buminya, pe citer sampai buat kluar kenyataan ‘Rakyat Malaysia Terlalu Dimanjakan dgn Subsidi’ nih?? ‘Kami Mahu Pembangunan bukan Subsidi’ terpampang kt billboard kampung2. Pakcik2 Makcik2, amndlh yang pakcik2 makcik2 dpt bile ad KLCC 2? Betul, saya bukan berniat nk menafikan yang pembangunan institusi sebuah Negara, ia keperluan. Tapi biarlah ia seiring dgn pembangunan sahsiah masyarakat dgn dipacu oleh amalan penjimatan oleh kerajaan. Suruh rakyat hemah berbelanja, tp habiskan 16,000 utk bli seutas jam tangan? Ya Allah~

Selaku manusia yg dikurniakan akal drp Allah, saya dgn rendah dirinya menyeru kt sahabat sahabiah semua, tolonglah Berfikir sejenak. Allah pesan. Amatlah besar perbezaan antara org2 yang mengetahui dan yang tidak mengetahui itu. Dan, kalaupun Parlimen termaktub takdirannya ditukar ke Putrajaya nanti, Alhamdulillah, sbb x sibuk sangat, lagi best demo jgnlah kita kehairanan, kerana telinga gebeng kerajaan mmg susah sikit nk dgar bila rakyat ckap dgn peti suara, apa kata klu kita cakap dgn peti undi lak? Undilah Barisan Nasional parti yang anda rasa baik ;p *undi adalah rahsia*

May Allah bless.Wallahua’lam.


1 comment:

izzatghazali said...

x lama lagi..

ad yg kne sondol ngn jentolak ni aku rasa..

cm penjara pudu ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...