insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, June 23, 2010

Ancaman Jemaah Islamiyyah

Bismillah walhamdulillah.



Isu JI (Jemaah Islamiah) meresap masuk ke dalam kampus bukan menjadi suatu rahasia lagi. Apabila dicanang oleh Menteri Pertahanan baru-baru ini, banyak respon diterima. Ada yang menyatakan kebimbangan, tidak kurang yang menyifatkannya satu omongan. Saya masih kabur tentang isu ini, lantaran pendedahan media tidak berapa jelas, sejauhmana kepesatan JI menerobos dalam IPTA, sejak bila ia bermula dan lain-lain. Namun, ia tetap tidak menghalang minat saya untuk menegur kepimpinan yang pada hemat saya, bertindak tidak wajar dalam isu ini.

Sepatutnya, pihak berwajib tidak tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan kepada media, mengenai kewujudan JI di Malaysia. Ia bukan sahaja, menunjukkan kelemahan pihak berkuasa dalam mengatasi isu ini daripada peringkat akar umbi, tambahan pula, mewujudkan suasana tidak selamat di kampus-kampus IPT seluruh negera. Berdasarkan apa yang ditonjolkan kepada rakyat, JI disifatkan adalah kumpulan pengganas yang ekstrem, dan menggunakan persenjataan sebagai wasilah untuk mencapai matlamat mereka. Tidakkah ia mampu mengundang sesuatu?

Sebagai seorang mahasiswa, saya beranggapan, kerajaan sepatutnya,dalam diam cuba membasmi isu ini. Tidak perlu mengetuk lantang geduk semata-mata utk menangkap pencuri di surau. Dapat maklumat, buat siasatan, cukup bukti, tangkap sahajalah, dan jangan lupa, bawa ke muka pengadilan, biar mahkamah berbicara. Itu yang sebaiknya. Namun, bukan jalan ini yang dipilih mereka. Semua media, elektronik atau bercetak, memainkan isu ini berulang-ulang, ada agenda yang tersembunyikah? Risau saya kian bercambah mengenangkan track record kerajaan kebelakangan ini.

Apabila membabitkan isu keselamatan Negara, secara automatic ISA akan dihalalkan. Tidak berniat untuk mengulas mengenai ISA, tapi prinsip, ‘anda tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah’ tidak mendapat tempat dalam akta undang-undang yang ini. Bukan sahaja tertuduh tidak dihadapkan ke kamar pengadilan untuk dibicarakan, tertuduh juga menghadapi kemungkinan ditahan tanpa waran seberapa lama yang tangan-tangan gelap tersebut sukai. Inilah prinsip keadilan sejagat yang menaungi kita semua tanpa sedar. Tidak pelik sekiranya kita tidak ambil cakna, selagi ISA ini tidak menjengah kehidupan kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai kita. Tapi, fikirkanlah sejenak.

Saya bangkitkan persoalan lunak tentang situasi ini. Untuk apa Muhyiddin Yassin meminta semua Naib Cencelor jumpa ketua polis negara. Untuk apa pula Zaid sebutkan perkara ini kepada para pemberita? Apakah untuk membendungnya atau untuk apa? Apakah dengan cara mendedahkan itu ia boleh dibendung? Atau tiba-tiba saja bila isu JI didedahkan mereka yang cuba menyebarkannya akan berhenti? Begitukah? JI ini bukan calang-calang gerakan. Saya rasa mereka tidak akan berhenti setakat ada menteri mendedahkan kegiatan mereka. Mereka yakin dan komited dengan jihad mereka. Bahkan, saya risau seandainya JI akan bertindak lebih keras lagi.

Ada perkara yang pada pendapat saya, rakyat tidak perlu tahu, untuk menghalang berlaku kekacauan, isu-isu besar seperti keselamatan Negara ini, eloklah didiamkan dan dirahsiakan sahaja. Namun, dalam masa yang sama, selaku mereka yang memegang tampuk yang diberi mandat untuk menjaga keharmonian negara, kerajaan haruslah mengatasi isu ini secepat mungkin. Kesilapan kerajaan dalam menentukan mana satu yang harus didedahkan, dan dirahsiakan ini dilihat mampu menjadi ancaman kepda mereka sendiri. Isu Felda, Sime Darby, APCO dan lain-lain dirahsiakan dari rakyat, sebaliknya isu membabitkan keselamatan dibiarkan lepas?? Oh Tuhan, Ya Allah, saya semakin pening dengan kalian.

May Allah bless. Wallahua’lam.

1 comment:

incek.loyer said...

diancam rakyat dan kemudiannya mengancam rakyat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...