insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Sunday, June 27, 2010

Pensyarah join politik??

Bismillah walhamdulillah.

Bergempita seluruh Malaysia, apabila sekumpulan ustaz muda yang berkelulusan agama menyeberang kepada UMNO secara beramai-ramai Jumaat lalu. Stesen-stesen TV mengulang-siar berita muak sensasi ini berulangkali bimbang tidak ada rakyat yang tertipu mengetahui bahawa UMNO lah pejuang Islam di Malaysia. Komen2 para menteri diambil, YB A menyebut, “Dalam perlembagaan UMNO memang disebutkan kita memperjuangkan agama (Islam). Kita yakin dengan kemasukan golongan ulama ini, mereka akan membantu kita memperkuatkan lagi parti kita”.. YB B menambah, "Tetapi dengan adanya keyakinan ulama-ulama ini, ia menampakkan ulama pun boleh terima perjuangan Umno,".. Dan terkini, YB C tidak mahu ketinggalan dalam menambahkan perisa tambahan mengutarakan pandangan, “Mereka boleh membantu (menjelaskan) dan menangkis segala tohmahan-tohmahan dalam bidang agama seperti yang sering dikatakan (pihak tertentu) kononnya ulama’ tidak boleh berpakat dengan Umno.”

Pendirian saya dalam hal ini jelas rasanya, UMNO atau PAS, keduanya adalah asbab kepada daulah Islamiyyah. Lunak pandangan Nik Aziz suatu ketika dahulu, andaikata UMNO sudah menegakkan Islam yang sebenar, tidak mustahil PAS akan dibubarkan. Masalahnya, UMNO dilihat semakin jauh dengan dasar2 Islam itu sendiri. Dan Alhamdulillah, PAS semakin menampakkan riak2 sebagai parti yang akan menguburkan menggantikan UMNO sebagai teras kerajaan. Dengan teras Quran dan Sunnah, saya tidak Nampak sebab mengapa PAS tidak boleh memerintah Malaysia. Mungkin ijtihad dari ustaz2 muda sekalian, menjadi rasional tindakan mereka, mungkin menggunakan kekuasaan sebagai pombolehubah mutlak dalam usaha menongkah kebejatan maksiat dan seterusnya mendaulatkan Islam. Siapa tahu?

Suka juga untuk saya melahirkan sokongan kepada NGO BERSIH GAMIS dlm hal ini. Penglibatan seorang tukang kebun pensyarah UKM, Fadlan Mohd Othman yang secara jelas dihadapan khalayak menyertai UMNO. Bukankah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), tidak hanya tertakluk kepada para penuntut bahkan juga para pensyarah? Apa lagi penipuan drama yang akan ditayangkan? Adakah ustaz Fadlan akan ditahan? Atau AUKU akan dipinda semata2 memberikan keizinan kepada ulama’ muda tersebut menyertai UMNO? Ataupun, ustaz Fadlan akan dipecat keahliannya? Saya berharap, kerajaan haruslah tegas dan konsisten dengan keputusan mereka. Perihal 4 orang pelajar UKM yang didakwa terlibat dengan PRK Hulu Selangor masih belum terungkai. Dan mereka bukanlah menyertai parti politik sebaliknya dituduh membantu proses pilihanraya. Apa kata kementerian pengajian tinggi dalam isu kemasukan pensyarah ke dalam UMNO ini? Sama2lah kita nantikan. Mesti kerajaan diam je.

Rentetan episode politik Malaysai pada saya sudah hampir kepada klimaksnya. Saya menyeru kepada sahabat2 sekalian, terutamanya penuntut jurusan Undang2, supaya tidak mengelipkan mata memerhatikan gerak licik politikus dalam Negara ini. Sesungguhnya, di tangan kita lah terletaknya masa depan Negara.

May Allah bless. Wallahua’alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...