insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Saturday, June 26, 2010

Ulama masuk UMNO

Bismillah walhamdulillah.



Jutaan kesyukuran saya rafa’kan kehadrat Illahi, dengan kehadiran seramai 40 agamawan ke pangkuan UMNO. InsyaAllah, terdapat ibrah yang tersembunyi di sebalik takdiran Allah yang menetapkan hati-hati agamawan muda sekalian menyertai UMNO. Sekurang-kurangnya, dengan wujudnya golongan agama seperti mereka, usaha peng’izzahan Islam itu sendiri dapat berjalan dengan lebih baik.


Saya sangat berharap, mereka sekalian, akan lantang bersuara, dan sekaligus menerapkan unsur-unsur Islam dalam kerajaan. Bolehkah UMNO berubah? Sesungguhnya, Allah lah yang berkuasa membolak-balikkan hati bukan? Saya berharap, moga kebajikan rakyat akan lebih terbela, adegan kezaliman tidak kan berulang, rompakan harta rakyat dapat dihentikan, tidak ada lagi projek-projek pembaziran, pembangunan sahsiah masyarakat diberi penekanan, dan lain-lain.


Namun, saya tetap risau, apabila media dimomokkan dengan gelaran ‘ulama’ yang digunakan bagi mereka? Apa yang kerajaan ingin maknakan sebenarnya? Memesongkan makna ‘ulama’ atau apa? Layak atau tidak, seseorang yang baru menyandang degree dalam bidang agama digelar ulama’? Dan diwar-warkan ketua kumpulan mereka adalah seorang pensyarah sahaja, kalau begitu, semua lecturer IRK di UIA adalag ulama’. Dengan umur yang masih muda belia, saya masih tidak dapat menyembunyikan kesangsian ini.

Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah dalam kitab beliau Kitabul ‘Ilmi mengatakan: “Ulama adalah orang yang ilmunya menyampaikan mereka kepada sifat takut kepada Allah.” (Kitabul ‘Ilmi hal. 147) Sementara itu, Badruddin Al-Kinani rahimahullah mengatakan: “Mereka (para ulama) adalah orang-orang yang menjelaskan segala apa yang dihalalkan dan diharamkan, dan mengajak kepada kebaikan serta menafikan segala bentuk kemudharatan.” (Tadzkiratus Sami’ hal. 31) Dan, Abdus Salam bin Barjas rahimahullah mengatakan: “Orang yang pantas untuk disebut sebagai orang alim jumlahnya sangat sedikit sekali dan tidak berlebihan kalau kita mengatakan jarang. Yang demikian itu karena sifat-sifat orang alim mayoritasnya tidak akan terwujud pada diri orang-orang yang menisbahkan diri kepada ilmu pada masa ini. Dan ulama’ itu, tidak akan tunduk kepada kemungkaran.


Sama-samalah kita saksikan, mampukah mereka memperhebatkan proses Islamisasi menerusi kuasa pemerintahan ataupun sekadar dijadikan peraih undi untuk PRU13 ini. Saya menantikan wujudnya kesedaran untuk menguatkuasakan undang-undang menutup aurat kepada muslim muslimat, menunggu kehadiran fatwa pengharaman konsert2 yang mengizinkan khalayak bercampur lelaki dan wanita, menanti kempen solat di masjid agar masjid-masjid penuh bukan hanya pada saiyidul ayyam, tidak sabar juga menunggu pemboikotan kerajaan terhadap produk Yahudi laknatullah dan sebagainya.


May Allah bless. Wallahua’alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...