insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Sunday, November 24, 2019

HORMAT ORANG

Bismillah walhamdulillah.

Baru-baru ini saya ada buat satu kes, dan berurusan dengan peguam lain yang lebih senior yang mewakili pihak lawan. 

Memang dalam setiap keadaan, selain daripada menjaga kepentingan anakguam, peguam-peguam turut kena fikir bagaimana untuk memberikan penyelesaian terbaik kepada pihak-pihak, biarpun tanpa melalui proses mahkamah. Kalau nak tahu prosiding mahkamah biasanya panjang, makan masa, makan duit dan makan mood/tenaga kita. 

Sebagaimana biasa, juniorlah yang kena greet senior lah - yang mana kita pun faham, dan amalkan.

Cuma malangnya kes kali itu, peguam dia memang ikut kepala sendiri. Pihak-pihak dah pun agreed dengan satu proposal penyelesaian - tapi dia pulak yang buat susah. Sebab kalau ikutkan, dah banyak yang pihak saya dan anakguam beralah untuk settlement, you win some - you lose some. tapi dia (peguam) bukan pihak - taknak lose langsung. 

Dipendekkan cerita - sebab dia macam buat bangkai sangat, kita ikut lah formaliti biasa, buat surat hantar. Bagi tempoh, kalau dia taknak, kita maklum kat court nak proceed untuk bicara. Senang. Lagipun sebab saya ni peguam muda yang cetek pengalaman, buat bicara adalah salah satu cara untuk saya improve apa yang kurang. So nak proceed dengan trial pun saya takde masalah. 

Masa last case management, dia hantar budak dia (LA) datang. And bagitahu saya dah setuju untuk settlement. Eh? Saya hairan lah, 1) bila masa kau reply surat aku, or contact aku? 2) kalau dah setuju untuk settlement, terma-terma mana yang kau pakai? yang saya propose ke apa?

so saya inform TP (timbalan pendaftar), persetujuan terhadap terma-terma penyelesaian yang saya cadangkan menerusi surat bertarikh xx masih saya tak terima. Dan bila LA dia inform bos dia instruct untuk settle dengan terms yang dia nak je semua memang saya bengang lah.

saya inform court mintak tangguh sekejap, sebab saya nak bercakap dengan lawyer senior tu jugak. LA dia memang tak tahu apa, memang bukan salah dia pun sebab tu first time dia datang CM untuk kes tu (sebelum ni elok je bos dia), dan katanya bukan file dia buat jugak. 

bila saya call, dia macam baru bangun tidur (pukul 10 dah la gileee) dan inform ikut je lah settlement yang dia nak. Saya cakap lah, kalau nak yang gitu, itu bukan namanya consent judgement, itu dah macam anakguam saya kalah kes. Dia berkeras kata memang anakguam saya salah. Saya kata ni triable issues, sebab tu kalau nak ada keputusan, marilah kita ikut bicara, biar court yang decide. Dia kata dia taknak sebab leceh. Saya dah macam mati akal. Nak je aku sound, kau ni dah praktis berapa tahun ni woi?

Bila dia dah maki-maki aku, aku dah bengang. Aku panggil kau pun elok-elok, dah la aku yang kena call, aku bagi surat kau tak reply, bila nak jumpa kau hantar LA je, shit tak reti respect profesion langsung. sebab orang macam kau ni la habis busuk dunia guaman. Jenis yang buat semua mende ikut kepala sendiri, even client kau nak apa pun kau tak tahu. 

Kesimpulannya, client nak gaduh sama-sama diorang tu standard lah, sebab memang tu masalah diorang pun. Yang kita (lawyers) ni nak bergaduh sekali kenapa? Kita respek lah pihak lawan kita. Sebab dia pun tengah bekerja jugak, sama  macam kau.

Tapi tulah, pilih nak jadi bodoh jugak - nak buat macamana.

Mudahkan kerja orang,
nanti-nanti Allah mudahkan kerja kau.

Izzat Ghazali.
geram sungguh!

Tuesday, September 17, 2019

PENARIK REZEKI

Bismillah walhamdulillah. 

Aku nak cerita pasal benda yang kita semua tahu :
pasal rezeki. 

pertama -
kita kena akui yang setiap orang nak kepada rezeki. 
even dah ada banyak rezeki pun, nak lagi rezeki lain.
dah dapat kerja sedap, tapi tengok member kerja lagi syok,
rasa nak tukar kerja lagi. 
dah ada rumah sebijik, tengok orang ada apartment,
nak tambah apartment pulak.
gitulah kita -
ada hadis sebut, dah dapat segunung emas pun.
nafsu manusia takkan puas, dan akan nak segunung lagi.
(tapi pasal ibadah taknak pulak buat banyak-banyak ye tak huhu)

kedua - 
so sebab kita tahu kita 'perlu'kan rezeki,
bagaimana cara mendapatkannya?
rezeki milik Allah. 
dan Dia boleh bagi kepada siapa yang Dia berkehendak. 
sebab tu kita tengok ada orang usaha pecah kepala pun, 
dapat sikit je. 
ada orang tak buat apa pun, 
tapi rezeki bergolek depan mata.
yang kita buat adalah usaha supaya rezeki datang.
datang ke tak? tu kerja Tuhan. 

ketiga - 
namun, ada perkara yang kita boleh buat untuk 'membuka pintu rezeki',
atau 'menjemput rezeki datang'.

(kau orang boleh rujuk ustaz-ustaz yang lebih alim, aku sekadar memberikan beberapa idea - yang mudah-mudah dan kita boleh sama-sama amal insyaAllah)

ini cara aku :

1) lebihan duit syiling beli barang tu kau kena biasakan tangan kau terus bubuh dalam tabung besi dekat cashier tu, ada yang nak buat masjid, nak bagi kat anak yatim blabla. 
'ni sindiket ni bro!', takyah bimbang tu bukan kerja kau nak siasat. biasanya pekedai yang jujur sebelum dia bagi tabung tu bubuh depan situ, dia akan tanya dulu. lagipun Allah nilai kita ikut apa yang kita niat. 

2) makcik jual kerepek yang biasa tunggu depan bank, depan stesen minyak. biasanya yang bagi barang kat diorang tu ada 'orang', tapi kalau kau jenis ringan mulut, kau tanya la sepatah (dan kadang-kadang harga jual pun tak masuk akal jugak). aku cadang kau bagi duit cash singgit dua, lima ringgit. kau sebut, duit ni untuk makcik. bukan untuk orang yang hantar makcik sini, makcik doakan saya murah rezeki ye. 

- sedikit cerita peribadi, masa tu aku gila sesak bai. sampai catu makan kot. aku gi bank, nak cek kot ada client dah bayar ke apa, ada makcik depan pintu masuk bank. dalam poket ada 5 inggit sekeping, duit singgit ada beberapa keping aku dah lupa. patutnya beli lauk untuk malam ni, tapi aku nekad Ya Allah, aku takde sapa dah nak mengadu ni. aku seluk poket, dalam lipat duit yang paling luar tu aku tarik, buat pejam mata kuatkan hati (sebab dapat yang paling besar dalam tu huhu) hulur kat makcik tu. Aku nak menangis masa sebut, "saya kerja sendiri, makcik tolong doakan saya ye." Dia nak bagi keropok tu, tapi aku taknak sebab RM10 satu. rugilah dia kan. so bila aku masuk bank mintak statement, Alhamdulillah ya Allah, duit dah bertambah (sebab ada orang dah bayar fees). 

3) jaga silaturrahim. aku ni hati tisu sikit. so kesannya, aku tak suka bergaduh dengan orang. kalau kau kenal aku, aku sedaya mungkin akan elak konfront dengan kawan-kawan. sayang weh. kang aku mati, memori yang kau ingat pasal aku bila aku buat jahat dengan kau je. aku taknak. so aku cuba jaga hati orang dalam setiap kata/perbuatan aku. mungkin ada jugak yang terguris, tanpa aku perasan sebab aku ni bukan malaikat lah kan? 

4) call family. semenjak sebulan dua ni aku selalu masa weekend bawak balik hp office (sebab hp office buat plan unlimited call), so aku sengaja kadang call mak (call abah dia nak cakap mende penting je hahaha), kabo la cucu nak cakap, ataupun cakap pasal mende-mende yang takde faedah, pasal adik-adik lain ke, pasal jiran, makanan blablab - padahal aku nak dengar suara dia je. call adik-adik sebab nak ajak membawang pasal yang lain hahaha. sebab aku rasa, kita dah la selalu takde bersama depan mata pun, jadi kenapa tak bersama walau melalui suara? 

5)  dan yang terakhir, buat baik kat anak bini. haritu staf aku perasan, kenapa asyik ikut rusukkiri pergi checkup klinik? aku cakap, antara tujuan aku bukak office sendiri pun sebab aku nak kelapangan masa untuk buat mende yang aku suka. so sekarang bila aku dah dapat masa ni, kenapa pulak aku tak teman dia pergi checkup sekali? aah buang masa. tapi kalau kira macam tu, dia pun buang masa jugak lah kan? bila lagi aku nak sembang-sembang dengan dia, kacau dia, dengar dia cakap-yang-takde-mende? balik kerja, masing-masing dah barai moody, malam dah nak tidur. pagi esok nak gi kerja balik. bini ni, (pengalaman baru 7 tahun kahwin), dia nak ada kita je. (mungkin dah 10 tahun karang dia jadi lain kot hahahaha) 

untuk anak pulak, aku biasanya download satu movie, pasang pendrive cucuk kat tv dan tengok sama-sama. aku perasan kalau Belong (Irsyad) dia boleh tumpu pada cerita kalau kita layan dia. So biasanya lepas makan malam tu hampar tilam depan tv, tengok cerita. dia tak faham sangat sebab cerita english (macam aku faham sangat) tapi aku tembak je lah, asalkan dia dengar aku cerita. Bengah (Irham) dia nak memanjat-manjat, tindih-tindih je. tak faham cerita langsung tu haha. 


Hujung-hujung minggu tu bawak pergi berjalan, sebab diorang boring (malang sungguh la nasib anak bandar ni huhu), pagi nak gi kerja aku hantar, balik kerja aku ambik, maghrib baru kat rumah. so masa dia nak bermain tu limited betul. tu yang rumah dah jadi padang tu. lantaklah nak. nanti korang dah besar, Abi buat rumah serupa istana nanti, tunggu la. pergi berjalan ni tak semestinya gi tempat yang keluar duit pun, selalunya gi taman tempat orang jogging tu, or pergi library, or gi rumah sadara mara, or mandi kolam kat rumah member yang duduk apartment huhu.  

keempat. 
ini sekadar perkongsian aku je. dan tak semestinya betul pun. 
tapi inilah yang terdaya aku amalkan. dan aku kongsikan. 
moga ada saham pahala jugak mengalir buat aku nanti. insyaAllah. 

penutup. 
rezeki ni milik Allah. 
makin dekat kita dengan Dia,
makin mudah kita nak dapat rezeki.  

semoga diberikan rezeki yang berkecukupan sehingga kita tak perlu meminta-minta. 
dan berlebihan agar kita dapat membantu yang lain.-izzatghazali
tengah cari rezeki. 



benar, gambar sekadar hiasan.

Thursday, September 12, 2019

MENANTI KEHADIRANMU

Bismillah walhamdulillah.

InsyaAllah tak berapa hari lagi,
ada komitmen baru bakal menjelma,
ada satu lagi amanah perlu dijaga,
ada satu lagi lot saham untuk bida syurga.

ruang untuk muhasabah sejauhmana fasa kehidupan telah dipenuhi,
dan banyak mana bekalan untuk dibawa bersama nanti.
untuk rekod, kehadiran pertama dalam fasa bekerja sendiri.
(dan moga insyaAllah bukan yang terakhir.) 

yang dinanti dengan penuh debar,
mungkin sebab ada gap sikit kot jadi dah lupa macamana yang debaran masa penantian yang awal.
takpun sebab rasa cuak sikit sebab takde fix income compared to zaman makan gaji dulu huhu. nak bagi makan apa la nanti fuuhh.
(bukan kita yang bagi rezeki melainkan Allah jua.)

semoga kehadiranmu dipermudahkan sayang,
yang dicinta sebelum bertentang mata,
yang disayang sebelum kenal rupa,
yang dikasih sebelum senyum menyapa. 

Dipermudahkan -
Dengan selamat. 
Dengan sihat. 
dan dengan rahmat.
buat kami semua.

Selamat datang ke dunia!

- fasa tidur buat syarat & tak gerak jauh mode standby. 

Wednesday, August 28, 2019

FASA SETERUSNYA

Bismillah walhamdulillah.

Setelah beberapa tahun membuka firma guaman, fasa honeymoon pun habis. 

Sekarang ialah waktu untuk struggle. 

Dia awal-awal lagi kita akan full battery - high motivation - kiranya semua ada depan mata semua tunggu nak rempuh je.

Pagi jumpa orang lain, tengahari jumpa orang lain, petang sebelum ambik anak jumpa orang lagi. Memang all out.  

Tapi bila dah banyak kena tiow - barulah sedar diri. Hahaha.

Itulah hidup.
Kau sakit dulu baru kau belajar. 

dan daripada pengajaran ini kita boleh elak kesakitan akan datang. 

harapnya - segala yang mendatang boleh dihadapi dengan tenang. 


Izzat Ghazali
pejuang takkan bermakna tanpa perjuangan. 

Thursday, July 25, 2019

BARAI

Bismillah walhamdulillah.

Aku perasan lately aku lambat sangat nak accomplish something. Biasa boleh buat 2-3 mende sekali jalan, tapi kebelakangan ni tak dapat dah. 

Fokus aku pun teruk. kejap buat mende ni, pastu ada staf tanya apa-apa - mesti jadi hanyut. sampai pernah lupa terus tengah buat apa. 

Kalau gi court pagi petang, mesti rasa down semacam. padahal mention je pun. bila balik office siap dengan moody. padahal takde mende pun. 

Badan pun tak fit, kalau tak tidur tengahari - mesti lepas maghrib gitu aku dah naik langit dah. boleh full circle terus sampai kol 5 esok. 

Otak pun dah lembap, badan pun rasa tak sedap. Kalau nak kena drive gi Putrajaya haritu pun aku dah rasa barai gila. Allahu. 

Kena change lifestyle, tapi rasanya dah 3 tahun bukak firm ni memang hidup macam ni pun. Kenapa baru lately pulak rasa gini eh? 

Moga Allah ampunkan. dan berikan ketenangan.

Thursday, July 11, 2019

Bermedia Sosial

Bismillah walhamdulillah. 

Medan langit terbuka macam ni, sebenarnya memberikan kita lebih banyak mudarat - berbanding manfaat. Dalam keadaan semua orang sekarang masing-masing ada media sosial tersendiri, ditambah dengan kealpaan kita yang gagal meletakkan had pembatas terhadap apa yang dikongsi / diluahkan di media.

Seorang kawan saya baru sahaja digantung kerja - kerana diketahui mengkritik majikan beliau di laman sosial.

Hikmah ciptaan Allah.
Tahu kenapa Allah bagitahu kita dua saluran untuk bercakap? 
Satu melalui mulut - untuk perkara yang perlu disampaikan kepada orang lain.
Satu lagi melalui hati -  untuk perkara yang tidak perlu disampaikan. 

Menunjukkan kepada kita, bukan semua perkara harus diluah, diceritakan. 
Ada yang sebaiknya disimpan, dipendam sendiri. 

Setiap sesuatu ada medannya. 

Tidak semua apa yang perlu kita fikir - kita kena cakap, kita kena tulis.
Kita bukan Menteri untuk buat stand, berikan panduan kepada pekerja dalam perkhidmatan. 
Juga bukan seorang Mufti untuk berikan fatwa untuk dijadikan ikutan para pencari keredhaan Tuhan. 

Sekalipun seorang Menteri - 
setiap pendirian beliau pun melalui mesyuarat dengan para pegawainya, barulah ia dikeluarkan.

Juga seorang Mufi - takkan semudah itu mereka berfatwa melainkan melalui disiplin ilmu yang ketat.

Fikir, sebelum berkongsi.

Sebab perkongsian kita boleh memberikan kesan kepada dunia seseorang. 

Monday, July 8, 2019

Booster!

Bismillah walhamdulillah. 

Banyak di kalangan kita, awal pagi je mesti lemau. Mungkin sebab tidur tak cukup, atau serabut dengan apa yang nak kena hadap pagi tu atau penat dengan politik office, atau memang semulajadi barai. 

Ni aku nak kongsikan sikit apa yang nak kena buat di pagi hari untuk start dengan power. 

1) susun apa yang kau nak buat / organize your day 
aku selalu ambik masa dalam toilet, untuk check schedule harian, bagi instruction, reminder. dan up balik floatingkan balik apa-apa yang prioriti. otak kita awal pagi ni kuat lagi sebab dah rehat banyak, haha so asak dia kawkaw sikit. terus fikir nak kena buat apa, bila, dengan siapa, kat mana etc. 

2) lambakkan the positive vibe sampai kau tenggelam
kenapa no. 1 tu dalam toilet, sebab dia ada kesinambungan dengan no.2 ni. dalam toilet mesti ada cermin kan? so sementara bercukur, or merenung mengagumi kebesaran Tuhan melihat muka sendiri tu, keep remind yourself yang hanya kau boleh tentukan hidup kau.

3) highlight kepada kelebihan, tutup mata pada kekurangan
kau pun tahu semua orang tak sempurna, so takde guna kau nak mengomel banyak pasal mende yang kau takde. fokus pada apa yang kau ada, syukuri dan gunakan ia sebaiknya. buat kita rasa special, so that kau kena fight untuk retain the title. 

4) buat kelakar dengan bad situation. 
macamana power pun, mende taik sekali sekala tetap akan jadi, kan? so deep breath - make it funny. bukan apa, berasa kecewa, sedih tidak akan membaiki keadaan, and eventually could make it worse. research says, funnier person solves problem better. 

5) buat apa yang kau minat dulu.
makesure kalau rasa sesak gila banyak sangat mende, buat apa yang kau suka dulu. contohnya, buat blog dulu baru buat submission hahaha. sebab feeling achievement tu akan drive kita lebih jauh ke depan. even mende tu kecik macam sapu pantry buang sampah, still make it count. 

6) set time untuk barai. set time untuk perform.  
aku berguru dengan bos india dulu, pakai jam yang ada stopwatch. sebab tu aku tak hadap jam acah-acah power tu sangat, istiqomah dengan Gshock legend zaman berzaman bila pasar malam mana tak ingat dah. Kau barai, so kau nak tengok movie - boleh, tapi set time. katakanlah sejam. so after sejam, kau stop buat kerja balik. Contoh lagi, kau takde mood, so kau nak ajak member lepak minum. Boleh. tapi again set time.  

7) reward diri sendiri. 
yang ini kita selalu buat, tapi kita selalu tak rasa dihargai. aku selalu pegang gini, kau dah tahu apa yang kau biasa. contohnya, aku jarang makan nasik arab, so aku bubuh dalam mindset, kalau boleh setelkan kerja ni, aku nak makan nasik arab. so nasik arab is my reward. tapi dia tak jadi reward kalau kau memang hari-hari kedarah nasik arab, atau tiba-tiba orang belanja kau nasik arab. biar rasa sakit kena buat tu, baru nikmat reward tu lebih dirasai. 

Orait. dah cukup dah time aku nak menulis ntahapapa. sekarang nak kena menulis untuk kerja pulak. 

Doakan aku. 
aku doakan para pembaca (ada ke?) kemudahan atas setiap urusan. 


Wallahua'lam. 


Izzat Ghazali. 

Monday, July 1, 2019

Biar Turut Dilihat Baik

Bismillah walhamdulillah.

Malang sungguh kalau orang baik,
Tapi tak dilihat baik.

Sebab kebaikan yang kita usahakan,
Tidak diakui, seterusnya tidak diikuti orang.

Buat baik satu hal-
Itu insyaAllah dalam proses.

Dan dilihat baik tu hal lain-
Ini kita masih lemah.

Inilah seni dakwah.
Supaya diakhirnya -
Setiap jiwa mendapat cahayaNya.

Sebab tu Islam ajar;
Orang baik, kena tutup setiap lubang fitnah.
Supaya orang jahat,
Tak ambik kesempatan daripada orang jahil.

Semoga Allah memelihara dan melindungi kita daripada bahaya fitnah (mengfitnah & difitnah).

Ps :

1) Atas setiap yang kita tidak tahu, memilihlah untuk tidak menilai. Sebab kejahilan akan menyesatkan kita.

2) There is something that should be better left unsaid. Truth hurts.

Monday, June 24, 2019

Terlajak Rajin

Bismillah walhamdulillah.

Mungkin sebab aku ni anak sulung, pulak tu jadi lawyer dan terpaksa jadi bos di usia muda - aku perasan yang aku ada tendency untuk 'mengajar' orang.

Mengajar, dalam erti kata lain - menunjukkan cara yang betul.

Contoh mudah macam, aku bagitahu kat budak-budak baru nak up ni eja la penuh masa tengah discuss dalam group Whatsapp, so nanti nak search apa-apa semula senang. Dah kau eja pwd, mana orang nak cari password nanti.

Sama jugak macam kena tadah air bagi penuh dalam toilet sebelum keluar, sinki dapur kena kosong, dan banyak lagi contoh lain. Pendek kata, hampir kebanyakan mende kena ada 'cara' dia.

Mungkin jugak dibesarkan sebegitu menyebabkan kita jadi tak biasa dengan 'cara' orang lain.

Jadi tanpa sedar, aku telah offended orang-orang sekeliling aku dengan kerajinan mengajar sebegini.

Aku mintak maaf kalau-kalau ada mende yang dibuat menyinggung perasaan orang. Takde niat langsung nak perkecilkan ke, nak buat nampak teruk dll. Hanya sebab aku dah terbiasa menjadi sebegitu.

Maaf ya.

Saturday, June 22, 2019

Perjuangan dan Pengorbanan

Bismillah walhamdulillah.

Orang kata - kalau kau nak something, kau kena sacrifice something.

Atas setiap value, pasti ada harga yang kena bayar.

Cuma, ia tidak terpakai untuk kehidupan akhirat.

Sebab kalau kau nak akhirat pun, kau tak perlu sacrifice dunia.

Tuesday, June 11, 2019

Syawal : Biar Jadi Kemenangan Hakiki

Bismillah walhamdulillah.

Kita sambut Syawal dengan riang gembira, sebab (sepatutnya) setelah menempuh Ramadan, kita telah kembali kepada fitrah - sebab tu Hari Raya Aidilfitri. Fitrah sebagai manusia yang lemah tiada daya, fitrah sebagai hamba yang tidak punya apa-apa, fitrah mengharap kepada belas ihsan & kasih sayang, fitrah dalam mentaati Allah.

Malangnya, belumpun tetamu sedia ada melangkah pergi, kita teruja untuk menanti tetamu lain (yang belum tentu datang) menggantikan. Terleka yang tetamu yang masih ada, tidak dilayan sempurna - sedangkan kehadirannya menjanjikan ribuan kebaikan.

Bermaafan sesama kita di Aidilfitri, atas asas bahawa yang menjadi terhutang dengan Allah telahpun sedia dilunaskan sepanjang tempoh madrasah tarbiyah Ramadan.

Semoga kebiasaan yang terbentuk dalam fasa Ramadan, bangun malam, ngaji quran, lazimi masjid, sedekah jariah dll tetap tidak ditinggalkan - walaupun bukan atas nama Ramadan. 

Kerana sesungguhnya, kitalah hamba kepada Rabbani bukanlah hamba Ramadani.

Kerana itu jawapan kepada Ramadan Kareem ialah Allahu Akram. Agar kita tidak goyah bahawa kemuliaan yang ada pada Ramadan tidak sedikit pun menggugah kemuliaan Allah. 

Semoga menjadi peringatan dan memberikan manfaat bersama.

Selamat Hari Raya,
Semoga amal ibadah yang kita laksana sambil lewa, tanpa khusyuk, tetap diterima Allah.

Mohon maaf salah silap.

Kullu am wa antum bil khair.

Izzat Ghazali.

Sunday, June 2, 2019

Jangan Pergi.

Betullah.

Bila mende tengah ada, takde orang nak rai,  takde orang nak peduli.

Sibuk sangat la kita konon, buat kerja itu buat kerja ini.

Padahal tahu, yang setiap satu tentu akan ada tarikh akhir waktu pergi.

Time dah last baru la kita sibuk menggagau merungut di masa berbaki.

Ramadan, jangan pergi.

Kesempatan yang kita lupa akan datangkah lagi pada kita nanti?

Umur dalam tangan Tuhan, tapi ego dan jahil kita selalu dok lupa diri.

Walhal daripada awal kita azam, taknak masuk dalam kelompok orang yang rugi.

Alih-alih cinta kita pada dunia butakan mati, gelapkan hati.

Ramadan, akankah kau kembali? 

Sebab rasanya kita mampu buat dengan lebih sempurna daripada yang kali ini.

Moga diterima setiap sujud, siyam & qiyam di celah waktu saban hari.

Walau mungkin tak sempurna, hati tak khusyuk, persediaan tak rapi.

Harapnya di sisiMu, yang kecil inilah di mahsyar nanti yang bantu kami.

Ya Rabbi, 

Saksikanlah - setiap amal buat kami, hidup kami, mati kami, segalanya untuk Illahi.

Maka, redhakanlah kami.

Izzat Ghazali
29 Ramadan

Sunday, May 12, 2019

KeranaNya.

Bismillah walhamdulillah.

Abah pesan - nanti akan ada orang yang akan janjikan kita macam-macam, termasuklah pangkat jawatan - asalkan kita tolong 'up' kan dia.
.
Hahaha.
.
Empat tahun lepas, ada seorang brother senior zaman belajar ajak jumpa (yang takdelah aku layan mana sebab dengar-dengar dia banyak buat hal dulu), tapi still sebab hormat atas faktor usia, aku ON je lah.
.
So dipendekkan cerita waktu ni aku (dengan bantuan team sebenarnya) ada buat something yang meletup, dan disebabkan aku yang paling muda - brother ni offer ni position something kononnya nanti aku akan dapat ruang lagi besar & exposure lagi banyak.
.
Kahkah.
.
Mula-mula aku jadi hanyut jugak oii, biasalah kena gosok kawkaw kot. Tapi bila aku fikir dalam-dalam balik, waktu tu ramai lagi perform lagi daripada aku. So kenapa dia tak offer bro-bro lain? Lepas aku tanya-tanya sikit barulah aku faham game dia, sebab yang lain dia takleh makan hahaha so sebab aku junior dia, dia target mudahlah dia nak control aku.
.
Alaa lagipun ni politik makan budi. Kang bila kau nak buat something yang against dia kau jadi malu alah pulak. Sebab dia yang tarik kau ke position tu.
.
Mudah cerita, aku tolak. Aku bagi alasan lebih kurang better aku fokus for improvement dulu la berbanding sibuk pegang tanggungjawab tu, aku petik dua tiga nama lain.
.
Kemudian aku 'digelapkan' dari radar sekejap, dan salah seorang yang aku suggest diberikan port tu (boleh pulak bro tu buat eksyen depan aku hahahaha).
.
Mula-mula aku tak ambik port sangat, sebab banyak mende la nak kena fikir apasal aku nak heran sangat pun kan. Tapi bila sorang member ni cerita kat aku yang brother ni bukak mulut bukan-bukan pasal aku kat orang lain - aii geram jugak boh.
.
Ada la sebut pasal aku nak duit la, tak cukup 'knowledge' la, ada agenda lain blabla.
Well, untuk makluman : 1) aku yang reject kau. 2) orang yang kau ambik tu pun rujuk aku. 3) aku taknak terlibat jadi buah catur kau macam orang lain. 4) aku tak minat naik sebab orang up. 
.
.
So selepas empat tahun, ia datang semula. Itu yang mengingatkan aku cerita-cerita lepas. Tapi bro, aku dah lali lah dengan mainan kau. Mudah cerita better aku buat apa yang aku mampu buat. Dan selagi orang macam kau wujud, bahaya betul nasib orang yang terperdaya.
.
Dan Abah betul - ujian kedudukan ni memang menggetarkan. Nak selamat, buatlah apa-apa pun, biarlah keranaNya.




- Izzat Ghazali 
Yang cuba menjauh daripada orang bijak (pergunakan orang).

Wednesday, May 8, 2019

Belajar.

Bismillah walhamdulillah.

Dah tiga hari Ramadan - apa khabar ibadah kita? Rugilah kalau kita sekadar jalani hidup macam biasa, tanpa ambil kesempatan dengan kedatangan Ramadan ni, kan?
 .
Aku nak share - pasal management. Betul,  ia tak sepenting content delivery, tapi tanpa management yang baik, content power macamanapun confirm takleh deliver.
.
Aku bagi contoh mudah, instruction adalah untuk buat rumah. Ada 5 orang tukang, masing-masing memang pakar tahap dewa. Kalau buat sendiri pun confirm boleh siap rumah, cuma lambat je lah.
Masalah timbul, bila tidak ada operating sistem yang manage kerja 5 orang ni. Kau agak-agak rumah boleh jadi rumah tak? Even if ada pelan etc,  tetapi management yang lemah mesti akan bawak masalah kemudian hari.
.
Aku rasa dah cukup tua untuk alami mismanagement orang ni. So bila aku nak setup office sendiri, mende yang paling aku takut ialah, apa jenis working sistem yang aku nak implement dekat ofis?  Macamana nak ambik instruction,  macamana nak terima payment,  macamana nak distribute tasks, macamana line of command nak turun etc.
.
Aku tahu takde sistem pun yang sempurna - tapi aku percaya bahawa sistem yang lebih baik tu selalu ada.
.
So lesson learnt ialah - sebelum setup apa-apa,  makesure tahu dulu apa model perlaksanaan dia. Kang senang,  takdelah semput tengah jalan. Apapun, bila jadi suwey gini. Time to look back, setara mana dah relationship kita dengan Allah. Kot ada lacking kat mana-mana ke.
.
Wallahua'lam. Doakan aku kuat.




Izzat Ghazali
- being stronger is the only choice.

Monday, May 6, 2019

Ramadan di Kampung

Bismillah walhamdulillah.

Tahukah anda kenapa ada negeri yang ambik cuti sempena satu ramadan? 
Sebab nak 'meraikan' kedatangan penghulu segala bulan.
.
Rasanya sejak daripada zaman asrama - hampir kebanyakan sambutan Ramadan adalah di rumah. Berbuka,  atau setidaknya bertarawih, bersahur bersama keluarga - merayakan & mensyukuri peluang diberikan kesempatan mengikuti madrasah Ramadan buat sekian kali.
.
Menyambut di rumah - untuk anak isteri keluar aku tahu - beginilah sepatutnya Ramadan disambut. Dan manakah lagi contoh yang lebih baik, selain daripada daripada mana aku di'manusia'kan? 
.

Peluang lagi dan lagi ini akan berakhir,  mungkin dengan putusnya nafas kita - atau mereka yang dekat dengan kita.
.
Jadi, kenapa tidak pergunakan sebaiknya?
.


Izzat Ghazali. 

Semoga Ramadan ini lebih baik, daripada yang pernah kita lalui dulu.
Ramadan Kareem semuanya. 

Wednesday, May 1, 2019

Dekatnya Mati.

Bismillah walhamdulillah.

Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati. Itu confirm. Buat baik mati, buat jahat pun mati. Cumanya, bagaimana kematian kita tu yang masih jadi persoalan.

Mati tengah nadah kitab ke, tengah joget kat kelab ke. Mati dalam taubat & redha, atau mati dalam maksiat & dosa.

Kita banyak buat dosa, dan kita takut mati - sebab dosa kita yang banyak. Bagaimana kita hiduplah akan menentukan bagaimana kita akan mati. Jadi hiduplah dalam ketaatan, harapnya mati pun dalam keampunan.

Moga kematian kita tidak sia-sia & akan menghidupkan jiwa-jiwa yang terlupa.

Semoga sempat membalas jasa ibu bapa,  melunaskan hutang, dan meninggalkan saham untuk membida syurga dengan amal kebajikan, ilmu yang dikongsi & anak-anak yang soleh solehah.

Dan pergi dengan tenang saat dipanggil pulang.

Izzat Ghazali.

Allaumaghfirlahum warhamhum waafihim wa'fuanhum buat semua asatizah, alim ulama, yang berjasa besar mengeluarkan kami daripada kejahilan, & buat saudara muslimin yang telah pergi meninggalkan kita.

Friday, April 26, 2019

Hujung Minggu Kita

Bismillah walhamdulillah.

Harini ada banyak gila program. Tak boleh kata apa,  sebab memang kita dihimpit hanya ke hujung minggu untuk menambahnilai hidup, dalam keadaan ketaksuban kita kepada 9-6 & malam untuk rehat atas kelesuan sepanjang hari.

Aku jadi dilema sebab antara yang banyak itupun - aku tak pergi satupun haha.

Sebab aku setup polisi untuk keluarga - its either Saturday or Monday, jangan both. Family ada hak jugak atas masa kita. Dalam keadaan Ahad aku dah ada pengisian wajib datang, terpaksalah aku korbankan Sabtu.

Aku faham,  ada jiwa terasa bila kita tak dapat turun menyatakan sokongan, waima ada penganjur yang bagi pilih masa sendiri untuk slot.Tapi aku harap dia pun faham,  prioriti kita tidak lagi sama, kawan.

Sebab itu antara pesan jujur yang tidak selalu ditutur - sebelum kahwin,  ada anak - berlarilah mengejar hidup sepuas hati. Sebab bila ada anak,  ada suami/isteri : langkah sudah tidak jadi sejauh sewaktu bersendiri. Mungkin tidak terpakai untuk semua,  namun terikat dengan kebanyakan kita.

Dan lagi, menjaga amanah keluarga adalah lebih besar daripada amanah masyarakat,  negara. Malang sungguh bila kita lantang memperjuangkan hak dunia,  namun keperluan keluarga keciciran si belakang.

Menyumbanglah selagi terdaya.
Ia bukan lagi tentang sebanyak mana.
Kerana kapasiti kita tentu sekali tidak sama.

Izzat Ghazali
- member kata takut bini, staf kata family man,  tapi aku kata itu kewajipan aku.

Tuesday, April 23, 2019

Sharing A Cake?

Bismillah walhamdulillah.

Dah jadi adat,  orang kita.
Nampak orang boleh buat kerja sikit, 
Offer gaji besar - suruh kerja dengan kita.
Dan akhirnya,  satu potensi jadi rugi.

Padahal,  banyaknya perusahaan akan membuka lebih banyak peluang kerja untuk orang tak berkemampuan.

Takut orang lawan kita.
So baik ajak dia join kita,  nanti nama kita jugak yang naik.

Aku geram betul.
Dengan orang yang pergunakan semangat & kesungguhan orang.

Dan lagi rasa bengang, 
Bila yang pergunakan tu kebanyakan orang-orang besar.
Sepatutnya kau guna kelebihan untuk giving back dengan nurture yang talent -
Supaya sampai satu masa,
mereka boleh jadi lagi power daripada kau
Dan mould orang yang lagi power daripada dia.

Tapi,
Buat apa bantu besarkan budak kalau boleh buat dia up nama kita, kan?
Sudahnya - kau guna kekurangan dia,  atas keperluan dia untuk terus bernafas -
Untuk ikat dia bawah kau,
Untuk terus bawak kau naik.

Malang sungguh.

Izzat Ghazali.
- yang baru sahaja diperbodohkan.

Monday, April 22, 2019

Kawan-kawan Yang Baik

Bismillah walhamdulillah.

Kenapa dalam kebanyakan movie,  mesti Hero kena ada sidekick dia?  Adakah Hero tu tak betul-betul untuk jadi seorang Hero? Ataupun dia power, cuma dia tak konfiden untuk survive sendiri?

Sebab dia pun orang.
Dan orang, mesti perlukan teman.

Nabi Adam duduk kat syurga - yang padahal dah ada semua kenikmatan pun masih rasa boring & minta peneman.

Apatah lagi kita yang kat dunia ni kan? 

Sebab tu, aku sedaya mungkin untuk mengelak buat musuh dengan orang - sebesar manapun pertelingkahan yang mungkin ada.

Sebab aku rasa rugi.
Dah lah dunia ni sekejap je,  dah tu nak bermusuh dengan kau pulak.

Dosa aku sorang-sorang pun tak terkira dah,  lagi nak buat dosa dengan orang.

Mintak simpang jauh ya Allah. 😇🤲🙏

Dan medium FB (salahsatu) memberikan kita ruang & peluang yang besar kepada untuk spark the hate / mencetuskan pemusuhan tu.

Takdelah aku nak claim aku nak takde musuh langsung,  mungkim wujud je orang yang tak puas hati dengan aku. Sebab aku susahkan dia tanpa aku sedar ke,  sebab perangai aku ke,  tak tahulah tu.

Tapi kalau katakanlah ada orang buat jenayah kat aku,  then polis tanya aku ada suspek ke tak : aku boleh confident cakap tak.

Sebab aku tak minat nak ada musuh ni. Harap jugak,  yang aku pun tak dimusuhi sesiapa.

Kita sebenarnya saling memerlukan. Ada part yang kau tahu, tapi aku tak tahu. Ada side yang aku faham,  tapi kau tak faham.

Rugi kalau kita jadi orang yang sombong,  rasa boleh naik hidup sorang-sorang.

Kalau kita ada 100 sebab yang kita boleh bergaduh,  kenapa tidak kita cari 1 sebab untuk kita bersama? 

Aku doakan kawan-kawan aku - yang masih sudi setia bersama walaupun aku ni bukan kawan yang baik pun - agar sentiasa dalam rahmat & perlindungan Allah.

Semoga kita akan berkawan jugak, 
Di syurgaNya kelak.

InsyaAllah.

Izzat Ghazali
- baru lepas call kawan-kawan yang lebih arif untuk minta advice pasal satu kes ni.

Stress!

Bismillah walhamdulillah. 

Minggu ni banyak sangat mende urgent - mungkin kafarah daripada bulan lepas punya bersenang-lenang kot. 

Ada kes dengan Pemaju yang dah dapatkan perintah untuk robohkan kedai penjaja, ada kena prepare agreement untuk satu syarikat mendapatkan arang batu daripada negara luar dan bekalkan kepada TNB, ada kena prepare kertas kausa untuk kes fitnah, ada kena jumpa orang pasal kena buang kerja blablabla tu je yang urgent.

Setiap kali langkah masuk office, mesti rasa aduhhh serabut betul kepala ni. Sebab nak mengadap karenah orang - dan melawan kemalasan sendiri. 
Orang cakap, kalau kita minat buat something, kita takkan rasa penat buat kan? Bini yang kita sayang pun ada waktu kita rasa geram dengan dia, apatah lagi dengan kerja.  Bila buat mende sama, kita jadi tak fresh, dan lemau. 

Aku serius minat betul jadi lawyer. suka menulis, suka bercakap, suka discuss dengan orang-orang power. cumanya, repetation yang membuat mende tu 'hilang harga'. 

Sebab tu kadang-kadang, aku akan divert advocacy work ni dengan buat kerja bini aku, buat soalan exam students dia contohnya. Ia macam stimulate other part of the brain la konon-konon. 

Tapi bila aku tengok kawan-kawan lain yang macam loss, dengan macam-macam isu. Asyik meraban kat medsos pasal karenah bos, politik office etc, aku rasa syukur. Sebab sekurangnya aku dah tak perlu hadapi dah keserabutan itu. Sakit weh. Rela atau paksa, apa yang bos suruh tetap kena deliver. 

Indirectly buat aku sedar, selagi nyawa di dada, ujian pasti akan tiba -waima dalam apa jua cara sekalipun.

Stress, pada aku - perlu. cuma ia mesti kena pada kadarnya.

Kalau berlebihan bahaya, boleh bawak kemurungan dan rasa rendah diri.
Kalau takde pulak, jadi buat tak pressure langsung dan kerja sambil lewa.

Jadinya sekarang - Alhamdulillah - sebab aku stress dalam keadaan ada file masuk, (part payment letak tepi) sedangkan ada kawan lain yang stress sebab takde apa nak buat.

Yang paling utama,
Semoga stress ini, bernilai ibadah.

Izzat Ghazali.
1128 230419

Saturday, April 20, 2019

Beruzlah - Sunnah Rasulullah

Bismillah walhamdulillah.

InsyaAllah dalam fasa untuk terus membina batu-bata kehidupan dengan lebih baik, ada waktu yang memerlukan kita berundur beberapa tapak untuk kembali menilai diri.
.
Dalam organisasi kita panggil retreat, yang mana kita nilai balik di mana kita dalam perancangan awal kita. Adakah semakin hampir dengan halatuju,  ataupun makin jauh tersasar.
.
Dan ia tentu sekali tidak akan berhasil tanpa kita berhenti sekejap daripada apa yang sedang dilakukan,  untuk berpaling semula ke belakang.
.
Beruzlah,  memencilkan diri. Untuk memaksimakan fasa muhasabah agar menjadi lebih baik insyaAllah.
.
Doakan.
Semoga segalanya sentiasa dalam rahmat & lindungan Allah.

Izzat Ghazali
0722 190419.

Wednesday, April 17, 2019

DI AMBANG RAMADAN


Bismillah walhamdulillah. 

Waktu aku tulis ni, dalam tempoh kurang 3 minggu, insyaAllah Ramadan akan menjelang. Bulan yang dijanjikan seribu kerahmatan untuk orang yang menanti, dan mengambil peluang. Dan hanya akan berlalu sebagai bulan yang biasa - sama seperti lainnya - buat yang leka dan terbuai dengan sibuknya dunia. 

Apa yang dah kita bersiap untuk Ramadan? Tak sure nak buat apa, kerja tetap kena jalan macam biasa, court case still jalan siap ada yang ke Seremban, office pun kena running kang duit raya pulak pending, anak-bini pun tetap sekolah-kerja macam biasa. Cuma - aku taknak jadi orang yang rugi, dah berapa kali Ramadan dah datang, tapi tetap buat macam biasa. 

Jadinya, ini adalah antara perancangan aku - insyaAllah sepanjang Ramadan kali. Bila sebut 'rancang' ni, kena faham-faham sendirilah yang kadangkala tak menjadi pun sebab tentunya perancangan Allah-lah tentu sekali lebih baik. 

1) deactivate FB. 
dulu aku tak activate sebab kononnya, boleh buat baik dengan ada medium sosial ni. tapi sejak kebelakangan ni - aku rasa kita makin jadi rosak bila terbuai dengan seronoknya bersosial dengan orang yang bukan depan mata. Sindir menyindir, troll, kutuk-maki, even respect/hormat kat orang boleh jadi hilang macam gitu je. Malang sungguh kita. 

2) baca Quran - sebanyaknya. 
tahun lepas aku tak sempat nak khatam pun. so tahun ni aku taknak jadi poyo dengan konon berazam nak khatam, tapi ke laut. realiti kerja sendiri, kau lah bos, kau lah kuli sangat membataskan masa. ada waktu yang rilek, memang 5-6 episod Running Man boleh habis sekali hadap. tapi kalau kena waktu sibuk tu ya Allah - nak makan pun tak sempat, nak pergi kencing pun rasa buang masa. jadi harapnya, dengan berkurangnya aktiviti di 1), aku boleh spend banyak masa - untuk baca Quran. insyaAllah. Adik aku ada tulis baru ni, banyak mana kita kena baca Quran? Banyak mana kau nak ketenangan.

3) tidur dan bangun awal. 
ini masalah besar, sebab aku perasan yang aku ni lagi perform bila buat kerja malam. Siang waktu untuk jumpa orang, cari bahan, malam ialah waktu buat, waktu goreng. tapi insyaAllah Ramadan kali ni, aku sedaya mungkin tarik awal, or tolak lewat kes-kes besar, supaya aku dapat peace of mind untuk dapatkan tidur yang cukup insyaAllah. 

4) dengar Quran/ceramah/kuliah.
tahukah anda, waktu yang dihabiskan dalam kereta aku menjangkau 2-3 jam kalau kena caranya? destinasi jauh, jalan jem memang paduan yang baik - untuk memenjarakan aku dalam binaan besi kenderaan. Yang sekarang ini dihabiskan dengan dengar Pakcik Nasi Lemak, Benar Atau Cabar dan lain-lain mende yang menipu otak kau dengan ketawa kosong, dan sebenarnya hilang tak berdegih pun. so aku cadang nak cari CD Quran, dan dengar ulang-ulang sampai aku bosan. dan nak download ibrah ke, motivasi pagi ke, usrah nurani ke, bubuh dalam pendrive dengar dalam kereta. yang ini insyaAllah boleh buat. 

5) spend time membaca/menulis.
aku perasan, sepanjang jadi Lawyer ni - jarang gila aku baca buku selain daripada kes, sekyen blabla. Buku PBAKL zaman dapat baucer buku tu pun bersepah lagi Allahu. Aku taktahu la bila nak baca. Sebenarnya, baca memang kena paksa. Paksa dan paksa sampai ketagih. Dulu zaman belajar, aku boleh habiskan satu buku semalam. confirm la bukan buku belajar kan, tapi serius. punyalah sedap. ya Allah, di manakah kesedapan membaca tu hilanggg? dan menulis pulak, memang aku malas. Update FB pun aku malas sebenarnya, tapi kadang-kadang sebab ada mende yang jadi, yang wajar untuk jadi memori - sebab FB ni ulang balik setiap tahun kan? - jadi aku pun 'terpaksa' la post. dia bukan taknak post, tapi memang kalau kerja kau dah menulis - kau akan jadi sangat malas.

ini insyaAllah akan jadi target Ramadan aku. Mesti kau pelik, eh kenapa tak bubuh semayang dhuha ke, tahajud ke, hahaha. yang tu takyah tulis kang kau tepek aku pak lebai kaki tahlil pulakk. 

Buatlah apa pun cuma yang paling penting, semoga apa yang dibuat tu membawa kita lebih dekat dengan Allah, bukannya lebih jauh.

Semoga Allah redha.

Ya Allah sampaikan kami kepada Ramadan.

Izzat Ghazali
Office. balik meeting dengan geng melayu. 
dan baru sudah update files dengan staf. 






Thursday, March 21, 2019

HIDUP ADALAH UNTUK BERJUANG

Bismillah walhamdulillah.

Aku baru masuk sebulan pindah office baru. Sebab office lama dulu berkongsi premis dengan bisness partner, so ada overlapping sikit cashflow. Bukan apa pun, cuma sebab nak kena bayar maintenance sama-sama, dalam keadaan partner aku ialah sole-prop business dia, so ada korek-kambus merata la sikit. Yang jadi masalah ialah bila tidak ada clear record pasal ni, sebab flow tu laju dan masing-masing pun sama-sama busy. 

So lepas fikir panjang, aku rasa its time to move on. 

Tak senang weh nak start over. Cuma Alhamdulillah aku ada LA yang quite boleh harap jugak, so aku tak perlu fokus admin sangat sebab dia pun boleh fikir jugak so takdelah menyusahkan aku sorang-sorang. So here I am, fighting all might untuk keep on going. Lawan malas, lawan stress, lawan takdak duit, lawan tak cukup kelengkapan. Lawan lawan. 

Aku start buat kerja bukak firm 0417 setelkan semua paperwork blabla, submit itu ini - officially masa cuti Hari Buruh tu aku last day kat office lama. and pufff no more duit masuk hujung bulan. no more enjoy etc. Dan aku perasan masalah menjadi bos sendiri ialah self-motivation.  

Dia ada timing kau barai teruk bang. Kiri kanan kena libas. Balik office terbongkang je lah nak pick up balik semangat kau. Ada tu jenuh jugak nak kena kutip hati sekeping-keping yang hancur. Being tough, is not an option anymore. So nak taknak its the only choice yang kau ada.

Malas adalah masalah terbesar. Sebab kita jadi bos dah. So takde orang yang boleh marah kau pun if kau taknak buat apa-apa. Tapi tulah, kerja jadi makin tertunggak. Dilema weh. 

So salute untuk mereka yang dah berjaya melepasi fasa ini, dan membolehkan office dia auto run sekarang. Aku target dalam tempoh 5 tahun, aku dah taknak fikir office dah, aku nak fikir perform je. 

Semoga terus dituntunkan niat untuk menggapai syurga, dengan perjuangan di jalan ini. 

Ya Allah, bantulah. 

Peguam Jalanan.
210319 Office NAIZ KP2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...