insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Tuesday, June 1, 2010

SUKAR dan BOLEH

Bismillah walhamdulillah..

Di jalan cinta para pejuang, kami tegar menghayun langkah, demi menggamit sebuah cinta yang abadi. Terkadang, kami tersungkur di atas laluan panjang ini, lelah menanti pengakhiran yang tak kunjung tiba, yang masih di ambang teka-teki, kemenangan atau kesyahidan. Sungguh sukar jalan ini, melawan diri sendiri, menentang kehendak mengisi keperluan, the great battle is when you fight against yourself. Dan beginilah, di jalan cinta para pejuang, kami lebih teruji dengan diri sendiri berbanding yang lain. Jihad yang lebih besar adalah jihad menentang hawa nafsu bukan? ;p

Acapkali terbit dari bicara para pejuang, sukar tapi insyaAllah boleh. Berbeda dengan para pencinta dunia, boleh tapi susahlah sikit. Tampakkah kita apa bedanya?

‘Susah tapi boleh’ akan tergerak dengan kefahaman bahawa walaupun mimpi itu sukar dicapai, namun insyaALLAH, tetap boleh digapai. Bukan soalnya sesukar mana, atau sepayah mana rintangan itu menduga, tetapi sejauh mana pembolehubah manipulasi BOLEH yang diwajarkan untuk mengatasinya. ‘Susah tapi boleh’ menggambarkan sebuah tekad untuk mengerahkan sepenuhnya semua potensi demi melepasi semua rintangan, tentangan yang singgah bertandang di sepanjang jalan cinta para pejuang. Kami percaya bahawa dengan setiap kesukaran itu, akan selalu ada kemudahan, ‘jalan keluar’ yang Allah sediakan. Dan kami selalu menghantarkan harapan rintihan ini kepada Sang Pemilik Kekuatan.

“Maka sungguh beserta setiap kesulitan itu akan ada kemudahan”, (94;6)

Sebaliknya, ‘boleh tapi susah’ cenderung membesar2kan penghalang dan aral, sehingga lambat utk bertindak, dan seringkali TIDAK bertindak. Para pencinta dunia ini kerap terhijab dengan ketakutannya pada kesulitan. Kemampuannya terjauh ditiup angin kekhuatiran. Dan kalaupun mereka bertindak, maka ia akan fokus kepada kesulitan sehingga akhirnya menjadi rumit dan hasil yang tidak sepenuhnya. ‘Boleh tapi susah’ mengingatkan jiwa, betapa kendatipun tangan bisa mencapainya, tapi bersiaplah menghadapi kesulitan. Dan atas indikator itu, jiwa terasa lemah, lantaran tumpuan yang lebih untuk risiko kesulitan berbanding kemampuan menggapai mimpi.

Marilah akhawat sekalian, kita sama2 berubah, menjadi pejuang di jalan Allah. Biarpun ia sukar, tapi kita tetap boleh!! Ku damba cinta insan utk gamit redha Illahi. Wallahua’lam.

1 comment:

incek.loyer said...

sukar masuk syurga tapi BOLEH, boleh buat dosa tp SUKAR lh masuk syurga nanti~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...